Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, March 1, 2025

Ramadhan Mubarak 1446H

 Selamat menyambut Ramadhan Mubarak 1446H

Happy Ramadan 2025: Ramzan Mubarak Wishes, Images, Status, Quotes,  Messages, Wallpaper, SMS, GIF Pics, Shayari, Photos, Greetings Card

Alhamdulillah, selamat datang Ramadhan 1446H, wahai bulan ibadah, wahai bulan kebahagiaan... semuga kita semua diberikan kesihatan yang baik mental dan fizikal untuk melalui bulan ibadah ini. jom sama sama kita sucikan hati, kuatkan diri dari segala godaan dan lakukan amalan ibadah dengan sesungguh hati, muga semuanya diterima Ilahi. Aamiin

Izinkan kedua tangan bersimpuh memohon maaf untuk kata dan pertuturan juga tulisan yang tak terjaga, janji yang tak tertunaikan, hati yang selalu berperasangka dan sikap yang pernah menyakitkan. Mohon maaf semua dan selamat berpuasa buat semua ya...

Ya Allah izinkan bulan Ramadhan ini bagi kami penuh kedamaian dan keimanan.
Penuh keselamatan dan keislaman
Serta taufik untuk melakukan apa saja yang Engkau sukai dan ridhoi
Wahai zat yang Maha besar dan mulia
Ya Allah… bantulah kami untuk berpuasa dan menunaikan sholat dibulan ini
Ya Allah… jadikan lah kami termasuk dari golongan yang berpuasa dan menunaikan ibadah dibulan ini penuh keimanan dan harapan
Ya Allah.. selamatkan kami untuk buan Ramadhan
Dan selamatkan Ramadhan untuk kami
Dan terima lah amal Ramadhan kami dengan penuh keridhoaan
Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan kemuliaan untuk agama Islam dan umat Islam
Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan kemenangan dan keagungan
Untuk agama Islam dan orang orang Islam dimana sahaja
Wahai Tuhan semesta alam
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin...


Wednesday, May 15, 2024

Tetamu raya ke lima

 Baraan marhaban terakhir sebelum kami balik ke sarang.

Grup baraan tetamu ke tujuh pada hari ke lima raya.. dan masaalahnya satu pun kak rose tak kenal orang kampung ni... dalam banyak grup yang datang tu ada dua tiga orang jer yang kak rose kenal, jiran terdekat tu kenal lah yang lain tu memang tidak lah... nnti lah bila dah duk kampung betul2 agaknya boleh lah berkenalan dengan semua orang kan...
dan bila dah raya hari ke lima, juadah pa nak disediakan untuk tetamu pun dah buntu jadinya..cookie tu ada lah tapi tentunya derang tak jamah lah kuih raya kan.. so kak rose gorengkan keledek mani cicah sambal kicap stail jawa johor makan gorengan lah.. laju jer lakunya juadah macam ni bila dah jemu dengan juadah raya kan..
buat juga kuih apam gebus ni dan potongkan buah yellow melon dari green house kami

yellow melon fresh from our green house garden. sweet n crunchy. rezeki tetamu yang datang dapat merasa buah yang fresh dari garden kami.

Tuesday, May 14, 2024

Raya dikampung

Asalamualaikum bertemu lagi dalam dapo kak rose yang segan sangat nak hidup dah ni.. entah kenapa banyak sangat vit m yang menepek kat tuan tanah ni... dan ni kak rose nak tepek kat sini kenangan raya hari tu masa kat kampung.. masa ni dah raya ke 4 dan baraan marhaban yang ke 7 yang berkunjung kat rumah kak rose ni..

 

untuk baraan yang ke tujuh ni baru lah kak rose dapat nak amik gambo juadah yang kak rose sediakan... memang tak menang tangan dibuatnya. kali ni kak rose sediakan spaghetti bolognese menggunakan dua pack 800gm daging kisar ramly   dan 4 bungkus san remo spaghetti. pagi2 lagi dah bersilat kat dapo siapkan ni..

Ngam2 siap hidang tetamu pun dah sampai...

1.6kg daging kisar dan 6 tin sos prego dan sedikit carrot, tomato dadu dan bawang holland. sekuali jadinya

masa untuk menjamu juadah raya..

tak cukup kerusi meja, so duduk bawah je la..

macam2 gaya derang ni makan...

grup yang sama tapi makan cookies jer.. raya dah abesss tapi nak jugak tepek kat sini buat kenangan nanti2 sebab kiranya ni lah raya pertama yang kak rose betul2 raya dikampung...selalunya raya kedua macam tu kami dah balik ke sarang di kl semula. memang penat dengan tetamu yang tak putus berkunjung, tapi itu lah raya dikampung yang sebenarnya... satu kampung sama2 berkunjungan dalam beberapa grup. so memang sentiasa open house lah...







 





Monday, May 13, 2024

Tetamu raya

tetamu pertama dihari raya pertama... kami sedang bersiap nak berkunjung kerumah abang di Kluang sampai pulak baraan pertama ni.. hidangan pagi ni pulut lemang dan rendang daging, tapi tak sempat pun amik gambo..
salam raya, duit raya pun tak sempat nak masuk dalam angpow packet..


dah selesai... ramai ramai bergerak ke rumah yang lain pulak...

raya ke dua... baraan pertama oarng lelaki, x dapat nak amik gambo marhaban dalam rumah, cuma kasut jer jadi lah ya...setiap kali baraan ada bawak tabung kutipan..

raya ke dua, baraan kedua orang lelaki juga... ramai pulak orang kampung ni bila hari raya. selalunya kalau balik kampung tu sunyi jerrr... macam tak ada orang kat kampung pun. juadah untuk tetamu dihari raya kedua nasi impit dan kuah lodeh, rendang daging dan gorengkan 2 paket tempura

raya ke tiga, baraan pertama perempuan pulak.. baraan yang kedua grup perempuan ni dah tak dan nak amik gambo... hujan lebat pun derang teruskan kunjungan dari rumah ke rumah ni. gigih kan.

juadah untuk raya ketiga kak rose buat mee udang, tempura goreng dan bubur pulut hitam. Kuah mee udang ni kak rose siapkan awal2 dan fozenkan. pagi tu cuma tambahkan santan dan segala mak nenek bahan2 kasarnya. dan lepas tu siapkan segala dayang2 untuk mee udang dan rebus 3 paket spaghetti. juga gorengkan tempura.bubur pulut hitam pun kak rose dah siapkan malam sebelum tu

Sunday, May 24, 2020

Selamat hari raya Syawal 1441

1 Syawal 1441, pkp/pkpb hari ke 68


selamat berhari raya kepada semua..
berhari raya dalam keadaan normal baharu
tiada episod jalan jem balik kampung
tiada ziarah sanak saudara
tiada ziarah sahabat handai
tiada ziarah rakan taulan
tiada salam bersalam
raya sendiri sendiri
dimana kita berada
disitu kita rayakan kemenangan
setelah sebulan berpuasa
duduklah di rumah
kita jaga kita
demi kesihatan dan kesejahteraan Malaysia kita
bersama kita putuskan rantaian covid 19
kita pasti menang.

maaf zahir dan batin

Wednesday, August 14, 2019

Homestay raya kami..

Asalamualaikum dan selamat pagi semua...

 
 nak jugak buat kenangan kat sini, homestay penginapan kami semasa cuti hari raya korban baru ni.. memula nak jugak kat homestay yang kami duduki semasa hari raya aidil fitri yang lalu. tapi katanya tuan punya nak balik dan stay kat situ, tapi sampai ke sudah homestay tu kosong jer tak de penghuni. yang tu memang sangat dekat dengan rumah adik, so memudahkan kami nak gader2 dan makan2 kat rumah dia.. tak pe lah tak de rezeki, dan kali ni jauh sket lah dari rumah adik, lebih kurang 6km, yang penting kawasan parking pun luas. mudahlah kami tiga beradik nak stay kat sini.. masa ni pagi raya, bersiap sedia nak pergi solat raya di mesjid berhampiran..

 homestay 3r2b untuk kami tiga beradik yang dari kl dan seremban...yang dari jb stay kat rumah adik, dari kluang memasing datang pagi tu terus ke kampung untuk majlis korban.. hall yang lapang untuk lepak2 dan gebang2..

 
 corridor dari hall untuk ke bilik...dibalik langsir tu, ruang yang luas diluar rumah. kalau nak buat bbq memang cantik sangat tempat ni. siap berbumbung dan lantai tiles...

 
 rumah ni memang banyak lorong dan para (is there a word?) cam ni... yang ni menuju ke master bedroom ada stool untuk duduk disini baca Quran dan kitab yassin yang disediakan..

 the master bedroom...

 meja cantik di master bedroom

 dressing table

 built-in wardrobe yang luas..

 another para with stool didepan 2nd bedroom

 2nd bedroom yang juga sangat luas

bilik ke tiga... sayang tak de aircond la pulak..

 meja makan yang comel jer didepan ruang kosong yang luas..

 the pantry...ade fridge juga disediakan..

 dapo yang luas kalau rajin nak masak2...

 another para berdepan dengan pantry tadi... boleh lah mengopi sambil gebang2 kat sini..hihi

laundry room... tapi tak de mesin basuh ya...

Hari Raya korban kami...

Asalamualaikum dan salam 13 dzulhijjah...

 rasanya belum terlambat untuk nak ucap selamat hari raya korban buat semua kan... walaupun kak rose berhari raya dikampung, tapi disebabkan rumah pusaka arwah memang tinggal kosong, so kami duduk di homestay sajalah. dan untuk pagi raya, dimesjid ni lah solat raya kami adik beradik. lepas makan dan salam raya terus kami split kedua destinasi... separuh ke tempat semeblih lembu korban dan selebihnya kami ke rumah kampung dan tunggu sembelihan korban sampai...

 walaupun dalam list tu lembu korban kami ialah yang pertama akan disembelih, tapi lambat jugak baru sampai kat kampung... hampir pukul satu baru sampai, dah siap lapah dan dipotong 4 bahagian untuk memudahkan kawan2 dikampung untuk mengerjakan dan seterusnya dibahagi2kan...

 separuh bahagian... sedia untuk dilapah. alas dengan daun kelapa fresh yang baru potong dari pokok.

 dan separuh bahagian lagi... ready untuk digantung untuk memudahkan kerja memotong dagingnya..

 memasing tahu dengan tugas yang dah diamanahkan oleh abang sulung..

 cepat dan pantas derang buat kerja... sebahagian dah hampir selesai dilapah..

 Alhamdulillah, ramai yang datang tolong... memotong, menimbang sekilo/pack dan seterusnya membungkus...sekejap jer selesai semua kerja dan terus bahagikan kepada semua yang datang.. yang tak dapat datang adik jadi tukang delivery sekitar kampung..kerjasama dari semua sangat memudahkan dan mempercepatkan semua kerja.

 ni bahagian kami adik beradik dan sedara mara pulak nak cuba buat sendiri...

Alhamdulillah, semua selesai dan dipermudahkan urusan korban kami adik beradik..Semuga Allah menerima ibadah korban kami adik beradik. Aamiin.   lepas dah selesai kenalah bersihkan semua peralatan dan tempat memotong tadi tu. kena pastikan rumah peninggalan arwah bersih sebelum kami semua balik semula ke rumah penginapan kami..

Monday, June 24, 2019

Raya semalam...

Asalamualaikum dan salam isnin buat semua..

 fuh!! fuh!!! tiup habuk2 dulu.. tuan tanah sibuk berhari raya back to back, maka tak sempat nak jenguk dapo maya ni. kesian terbiar jer kan. kawan2 dan habis ker beraya... #rayakansebulan tu memang betul2 lah. apa lagi bila hujung minggu, berderet2 jemputan open house.. tapi kak rose mampu pergi yang dekat2 jer sebab memang tak lalu nak menghadap jem diperjalanan tu. so mohon maaf lah ya kengkawan yang jauh tu... ade masa nanti kita gader2 lagi walaupun bukan hari raya. Insya Allah..

 dan yang buat tambah tuan tanah ni bz ni sebab semalam kak rose pulak yang jemput kawan2 kat sini... buat dua menu jer tapi renyahnya memang memakan masa nak sediakan ... menu kak rose laksa johor yang memang permintaan dari kawan2.. dengan dayang2, terutama timun tu lah yang paling leceh nak sediakan... ya lah nak jugak potong syanteeek2 kan..bertabahlah semuanya nak kena sediakan sorang2... tak de assistant. Alhamdulillah, berbaloi penat bersilat didapo, bila tetamu suka dengan hidangan simple kak rose.

 2nd menu kak rose, soto ayam...lagi lah renyah nak sediakan... dayang pengiring yang banyak dan memakan masa nak sediakan semuanya. ayam carik2 tu sehari awal kak rose siapkan. kak rose goreng dan siat2 dan simpan dalam fridge, kacang goreng, sambal kicap, soon goreng boleh siapkan awal2.. malam nya kak rose buat kuah soto. pegedil jugak kak rose buat malam tu, dan siap bentukkan, bakar dalam oben sekejap dan paginya baru lah goreng celup telor tu. jadi pagi tu cuma potong daun sup dan siang taugeh. bawang goreng beli jer dari kawan. nasi impit juga siap kan awal2 sbb nak biarkan sejuk baru boleh potong kan..

 pagi tu siapkan bubur kacang jugak... Alhamdulillah, walaupun cuma tiga jer menu hidangan kak rose semuanya siap bila tetamu pertama sampai... tuan tanah dah boleh duduk layan tamu..tapi dek bz pok pet layan tetamu satu gambo pun tak teramik...huhu

cookies memang tak de. awal2 dah bagi tau kat kawan2 kak rose tak de cookies raya... buat sikit pun hari tu bawak balik kampung semua.. tinggallah sebalang kecik tat nenas kerang tu... sesambil merebus ketupat dan buat kuah laksa dan soto sempat jugak panaskan oben buat marble kek.. itu jer yang sempat sediakan... nak buat brownis kononnya, terbiar jer chocolat masakan dalam piok, nasib baik belum cairkan... hihi. simpan balik lah kalau gitu... nanti2 lah kalau rajin.