Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 26, 2022

Nasi arab kabsah ayam

 Asalamualaikum dan salam penghujung December 2022...

dan ini lah entry pertama dibulan ni... dah nak sampai ke penghujung bulan ditahun 2022 dah... dan kerajinan untuk mengupdate dapo maya ni semakin hilang... seakan tersesat dan tak jumpa jalan pulang gitu lah agaknya.... apa kah ditahun baru nanti, dapo maya ni masih ada lagi, only time will tell...
tapi sebenarnya memang sayang nak tinggalkan begitu saja... dapo maya yang kak rose bina dari zero, dengan tersangat lah buta it, selalu menjengah dan menjelajah blog kawan2 yang aktif masa tu, menimba pengalaman dan mintak tunjuk ajar... kini semuanya dah macam tak berdaya nak bersaing dan aktif mengupdate lagi dah... memasing dah berpindah ke platform yang lain yang lebih hipster!
namun kak rose masih sayang dengan blog ni walaupun jarang mengupdate disini, masih jugak aktif di instagram yang lebih mudah nk update... yang kekadang tu banyak merapu meraban jer... kita punya account, suka lah nak bubuh apa pun kan..
untuk  entri terakhir sebelum menjelang tahun baru 2023, kak rose hidang nasi arab kabsah yang kak rose buat hari minggu ari tu.. sos harrah yang sedap dan resepi nasi arab tu boleh tengok kat sini ya.
salad sempoi untuk dayang nasik arab kabsah ayam
 

Saturday, November 12, 2022

Masak lemak pucuk ubi + udang


 

Bahan-bahan:
10-20 ekor udang
2 genggam pucuk ubi(dicelur)
1 inci kunyit hidup
1 kotak kecil santan
8 biji cili padi
2 batang serai diketuk
1 keping asam keping
Gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi hingga halus.
  2. Satukan bahan tumbuk di dalam periuk dan masukkan santan, asam keping dan serai.
  3. Masak hingga mendidih, kacau selalu. Kemudian, masukkan udang dan pucuk ubi.
  4. Perasakan gula garam.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Thursday, November 10, 2022

Ikan siakap stim mudah


Bahan bahan:
1 ekor ikan Siakap - kelar
1 biji imau nipis - hiris hiasan (X de, kak rose guna limau kasturi)

Bahan Kuah:
1/2 biji bawang besar -hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2-3 tangkai cili padi - hiris
3 helai daun limau purut - carik
1 biji limau nipis - ambil jus
1-2 batang serai - potong serong
1 inci halia - hiris
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap
Garam 
Gula


Cara cara:
Masukkan sedikit dari bawang, halia dan serai untuk disumbat ke dalam perut ikan dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak. 

Tabur bahan bahan kuah ke atas ikan dan kukus beberapa minit lagi. 

Angkat dan hias dengan hirisan limau.

 

Wednesday, November 9, 2022

Sambal udang petai


RESEPI SAMBAL UDANG PETAI

BAHAN-BAHANNYA
20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram, sedikit ajinomoto kalau suka..

BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara2:
1- tumis bahan kisar halus smpai naik bau
2- masukkan cili kering yang dah dikisar & air asam jawa
3- masukkan bawang besar yang dihiris-tunggu sampai layu sikit
4- then letak garam, gula, sos tiram & sedikit ajinomoto....
5- masukkan petai - biakan sekejap untuk rasa & bau petai masuk dalam sambal tapi jangan lama sangat nanti petai da tak rangup
6- masukkan udang. bila udang masak, angkat dan hidang bersama nasi panas..


 

Thursday, November 3, 2022

Ikan bawal tiga rasa


Bahan-bahan:-
1 ekor ikan bawal - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 


Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram


 Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan bawal tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi
 

Wednesday, November 2, 2022

Lemak pisang muda dengan ikan masin

 Bahan-bahan

  • Cara-cara

  • Pisang  disiat kulitnya dan dipotong serong. (Jika suka boleh masukkan kulit pisang sekali dalam masakan)
  • Masukkan semua bahan kisar bersama tulang ikan masin ke dalam periuk.
  • Seterusnya tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
  • Selepas itu,masukkan pula pisang tadi dan serai yang telah diketuk ke dalamnya.
  • Taburkan daun kunyit hiris, biarkan mereneh.
  • ambahkan garam secukup rasa, dan biar kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, October 31, 2022

Pajeri nenas berempah

Salam hujung october, sekejap jer rasanya dah nak sampai ke hujung tahun kan... dan dapo maya ni lamanya terbiar tak berupdate... bukan nya tak masak tapi entah lah... kerajinan tu memang dah hilang macam tak jumpa jalan pulang... kesian kan sudahnya hidup segan tapi tak mo mati lagi 😪😪
so moh ler kita bagi update pajeri nenas yang kak rose masak semalam tu.. bawak nenas dari kampung dah seminggu tak berusik dan terpikir nak buat pajeri ni... lepas masak ni kita g keluar makan nasi arab kat rawsha pulak. so pajeri ni duk dalam fridge lah sudahnya...resepi kakrose amik dari Sajian dapur bonda. terima kasih kak rose copy resepinya ya.

Bahan-bahannya:
1 biji nenas
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
1 sudu kecil udang kering
1 cawan air
2 biji cili hijau (kak rose x de stok, so tak letak lah)
Gula (gula merah + gula putih), garam, dan perisa secukup rasa

Bahan-bahan untuk pes: (diblender semuanya)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia

Bahan-bahan untuk tumis:
2 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
½ inci halia dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Sedikit daun kari
3 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaannya:
1.       Potong nenas kepingan bulat, jangan nipis sangat.
2.       Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis.  Setelah kekuningan dan naik baunya, masukkan pes  dan udang kering, tumis hingga garing dan terbit minyak.
3.       Selepas itu masukkan santan, kerisik, garam, gula dan perisa,   Kalau pekat sangat, masukkan 1 cawan air.  Biarkan mendidih seketika.  Suaikan rasa, kalau kurang garam atau gula, tambah sehingga menepati citarasa.  Kebiasaannya pajeri nenas mesti terasa kemanisannya.. Kemudian masukkan nenas dan masak hingga nenas layu dan kuah pekat.
4.       Akhir sekali masukkan cili hijau  dan tutup api.

 

Thursday, October 6, 2022

Peria goreng telor


 antara sayur pebret kami dirumah ni... selalunya goreng dengan udang, tapi kali ni nak cuba goreng dengan telor pulak... Alhamdulillah sedap jer kat citarasa kami bila digandingkan dengan nasi hangat dan ikan goreng.. jom masak...

 Bahan:
1 biji peria saiz sederhana. Belah dua & buang empulurnya. hiris nipis
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji cili merah*(*ditumbuk hancur)

Penyediaan:
1. Rendam peria yang dihiris dalam air bergaram. Rendam dalam 5-10 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata & tuang sedikit air. 3. Masukkan peria kambas. Kacau rata & masak hingga peria lembut sedikit.
3. Tambah garam secukup rasa & kacau rata. Perlahan-lahan tuang telur pada keliling kuali. Bila kelihatan telur mengeras sedikit, gaul rata dengan peria. Masak hingga telur seakan-akan bersalut. Rasa & jika ok, matikan api. Siap.

Wednesday, October 5, 2022

Tuesday, October 4, 2022

mee hoon singapura

buat lagi mee hoon goreng singapura ni... ade beli tapi memang sangat susah nak menepati citarasa yang kita mahukan.. so jawapan yang paling bagus... kedapo, sinsing lengan dan tung tang tung tang... maka siap lah mee hoon singapura yang sedap nih... ni bukan kes naik lif tekan sendiri tau, tapi memang sedap dan memenuhi citarasa sendiri lah!

Bahan utama:

  • Sebungkus bihun direndam lembut.

Bahan A:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia

Nota: Kisar kesemua bahan A

Bahan rencah:

  • Udang  250g (kopek kulit udang)
  • Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
  • Lobak sebatang dihiris halus memanjang,

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
  2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan isi udang.
  4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan!

 

 

Monday, October 3, 2022

Nasi goreng petai

saya tukang masak jer, sebab saya tak makan petai dan ini request dari en asben yang beli petai dah siap2 buang kulit tu..dah lah sebungkus tu punyalah banyak, entah berapa lama lah nak abes agaknya tu..nanti nak buatkan sambal bilis petai pulak lah... ikan bilis dah siap kirim beli dengan kawan yang pergi ke sabah ari tu. harap adalah kerajinan tu nanti ya..

Bahan bahan:
 
2 mangkuk nasi putih
1 genggam ikan bilis - goreng garing
1 genggam petai - hiris
6 ekor udang sederhana besar
1 biji telur
Garam
Bahan tumbuk:
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat tos dan ketepikan. Goreng pula petai seketika dan angkat. Ketepikan..

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan telur dan udang. Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih. Kacau rata.

Masukkan ikan bilis dan petai yang digoreng. Kacau rata. Masukkan garam secukupnya. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas panas.


 

Friday, September 30, 2022

#itismeali

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari..


 jangan kacau saya pleaseeee.... tengah bz nih!

Thursday, September 29, 2022

Kerabu apple hijau with popcorn chicken


 sedap meratah ni.  sangat sesuai untuk yang nak eat clean tapi minus lah popcorn chicken tu ya... hehehe. kalau kak rose kata boleh jer makan as long as guna your common sense.. makan untuk rasa jer, bukan lah makan sampai semangkuk tu kan..

 Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 biji apple hijau (disagat halus panjang)
  • 1 biji cili merah (dihiris halus)
  • 3 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 ulas bwg merah (dihiris halus)
  • 1 btg kecil carrot (disagat halus panjang)
  • popcorn chicken, goreng
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit parutan lemon
  • sedikit jus lemon
  • sedikit garam
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. Gaulkan semua , taburkan popcorn chicken atas kerabu then siap utk dihidang... mudah sajaaa..... 
  2. Selamat Mencuba

Tuesday, September 27, 2022

Hati ayam masak kicap


 lauk simple yang sedap dimakan bersama nasi hangat

Bahan-bahannya

- Hati Ayam secukupnya..( nak guna hati lembu pon boleh gak)
- 1 Labu bawang besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- Sedikit Halia
- Sedikit kacang panjang
- 1 biji cili besar
- 3 sudu besar Kicap manis, 
- 1 sudu besar Sos Tiram
- 1 sudu besar sos cili
- Black paper ikut pedas

Cara-Caranya..

- Hati ayam gaul garam + kunyit dan goreng hati ayam setengah masak. Ketepikan
- Tumis bawang besar, bawang putih halia hingga hampir garing
- Masukkan kacang panjang.
- Kacau goreng dan masukkan hati yg telah di goreng tadi
- Letak sedikit air untuk kuah, dan masukkan semua sos dan kicap
- Taburkan lada hitam, cili merah yg telah di potong dan perasakan dgn garam
- Gaul sebati..tunggu dalam 2,3 minit dan boleh la di hidang.

Monday, September 26, 2022

Tumis kangkong udang kering


 Bahan-bahan

  • 1 ikat kangkung segar
  • 1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • Segenggam ikan bilis/udang kering*
  • 1 sudu makan(atau lebih) belacan* (kak rose skip tang ni tp lebihkan udang kering tu!)
  • Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara

  1. Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat (kak rose blend je semuanya)
  2. Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
  3. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
  4. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
  5. Hidangkan segera dengan nasi panas..!

Sunday, September 25, 2022

Lempeng nasi

ni lah bila kehabisan roti untuk nak sarapan pagi. mula lah mereka dengan apa yang ada kat dapo kan. kebetulan ada baki nasi semalam dan sambal tumis memang ada stok yang kak rose buat banyak2 tempoh hari... so jom lah buat lempeng nasi, kalau rajin boleh lah buat kecik2 comel macam ni... laju jer nak menyuapnya...

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Sebiji telor
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah


 Cara-cara

  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, telor, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap

Saturday, September 24, 2022

Kuey teow goreng

 Alhamdulillah... kuey teow goreng sedap!


 sangat lah sedapnya... sendiri masak sendiri makan dan sendiri puji gitu lah kekdahnya.. walaupun memang tak de kerajinan nak siang taugeh tu, tapi tetap sedap jer. kalau beli pun mana lah ada taugeh yang bersiang kan, dengan ekor2 pun kita makan jugak kan... ayat nak senangkan hati sendiri lah ni. 😝 jom lah tengok resepinya kuey teow goreng sedap nih!

Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow 
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai
Garam

Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis

Cara cara:
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 

Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 
Kemudian masukkan cili kisar. 
Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.   
Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. 
 Masukkan udang dan kacau rata. 
Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 
Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata.  
Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 

Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap.

 

Friday, September 23, 2022

Doa untuk anak dan cucu...

 Untuk anak dan cucu ibu ibu dan nenek nenek semua...









semuga bermanafaat, terima kasih pada yang kongsikan doa2 ini di wall fb... dan panjangkan di sini..
 

Sunday, September 18, 2022

Jom makan buah...






 buah yang sentiasa pebret buat kami sekeluarga, kalau nanti tak ade update yang baru sekurang2nya buah ni tak lah basi kan.. eh! boleh gitu?
 

Saturday, September 17, 2022

Gulai nenas dengan udang

nenas fresh dari pokok didepan rumah, nak makan gitu jer pun sangat lah manisnya tapi kak rose memang dah plan nak masak lemak ciliapi dengan udang nenas ni... so separuh dari nenas tu memang makan gitu jer dan separuh lagi kak rose buat masak lemak ni..udang tu buat pendamping jer, kak rose lebih suka meratah nenas dalam gulai ni...apa lagi kalau digandingkan dengan ikan masin goreng, memag boleh bertambah2 makan nasik lah..

Bahan-bahan :  
  
udang secukupnya
nenas secukupnya
1 cawan santan - boleh tambah
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
 
Bahan tumbuk :
2 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
 kunyit hidup

Cara : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

 

Friday, September 16, 2022

Nota ulangkaji..

 Alhamdulillah, terima kasih pada yang kongsikan nota ini dan kak rose simpan sini buat rujukan pada masa masa mendatang...

Nota Tajwid Infografik
[ Kuaci Studio x Ustaz Tajwid ]

✅Ringkas Dan Padat
✅Pantas Dan Mudah Diakses
✅Senang Faham Mudah Dipelajari
✅Menarik Dan Inovasi
✅Formula Yang Kreatif  
✅Sesuai Bagi Semua Peringkat Umur
✅Berwarna Dan beranimasi
✅Percuma 100%
✅Membantu Memahami

Siapa yang terlihat posting ini , minta jasa baik untuk kongsikan nota ini kepada semua rakan² facebook whatsapps dan guru - guru Quran , anak² Pelajar yang sedang berjuang untuk memahami hukum² Tajwid.

Saya doakan Tuan Puan Yang Berkongsi Nota ini dipermudahkan Urusan Hidup Dunia & Akhirat

23 Episod Bersiri Playlist Nota Tajwid Infografik:


https://youtube.com/playlist?list=PLXsORb5aYqp9e9AE4HLtQRuZSdl6Z6X3n


Episod 1 : ASAS- ASAS TAJWID (USTAZ TAJWID) https://youtu.be/WTaSPQPrgis

Episod 2 : EPISOD 2 : HUKUM IZHAR HALQI ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/zC34t5vdbwA

EPISOD 3 : HUKUM MAD ASLI ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/SLac5z9xn9E

EPISOD 4 : TANDA- TANDA WAQAF {USTAZ TAJWID}
https://youtu.be/urd8-_akJQE

EPISOD 5 : ALIF LAM QOMARIAH & ALIF LAM SYAMSIAH (USTAZ TAJWID)
https://youtu.be/HjeOSPORavo

EPISOD 6 : HUKUM IQLAB ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/8qkERhPhPP0

EPISOD 7 : HUKUM IDGHAM BI GHUNNAH & IDGHAM BILA GHUNNAH ( USTAZ TAJWID)
https://youtu.be/meW4XeYZldM

EPISOD 8 : HUKUM BACAAN QALQALAH ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/12UrV7Vo45Q

EPISOD 9 : HUKUM MAD WAJIB MUTTASIL & MAD JAIZ MUNFASIL ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/cku5JGHBldI

EPISOD 10 : HUKUM  IZHAR SYAFAWI & IKHFA SYAFAWI ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/R3nX_Rv__yU

EPISOD 11 : HUKUM MAD I'WAD ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/G-1hF6OTR4k

EPISOD 12 : HUKUM MAD SILAH QASIRAH & MAD SILAH TOWILAH ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/Z2NAacA422g

EPISOD 13 : HUKUM MAD LIN (USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/ffFU2cp6QAY

EPISOD 14 : HUKUM MAD BADAL ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/IekXwY9dQYI

EPISOD 15 : HUKUM MAD ARIDH LISSUKUN ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/6-trH6EuXCU

EPISOD 16 : HUKUM MAD LAZIM MUTSAQQOL KALIMI ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/sivYsJzFgBg

EPISOD 17 : MAD LAZIM MUKHAFFAF KALIMI (USTAZ TAJWID)
https://youtu.be/5H7GWv50ZFI

EPISOD 18 : MAD TAMKIN ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/k4xXwhS2Pmw

EPISOD 19 : MAD FARQI ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/Kuv-ccp0XfI

EPISOD 20 : WAJIBUL GHUNNAH ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/61sRg4jI1Ow

EPISOD 21 : IKHFA HAQIQI ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/MgvNTk_g608

EPISOD 22 : MAKHRAJ SYAFATAIN ( DUA BIBIR ) [ USTAZ TAJWID ]
https://youtu.be/mRsV2TLxIRA

EPISOD 23 : SIMBOL - SIMBOL WAQAF DALAM AL QURAN ( USTAZ TAJWID )
https://youtu.be/1xSl5H7GdIo


Bantu sebarkan inshallah manfaat bersama kekal sampai bila². Syukran

Thursday, September 15, 2022

Lempeng pisang

Lempeng pisang yang kak rose buat untuk minum petang bersama secawan nescafe. saja suka buat size kecik2 cenggini tapi cumanya kena lah banyak banyak sabar masa nak balikkan tu...
ni lah pisangnya, pemberian dari adik masa kak rose balik kampung dihujung minggu tu. pisang 40 hari katanya. tapi memang manis sangat pisang ni apa lagi bila masak fresh dari pokok. bila dah lenyek cuma tambahkan telor, tepung yang sangat minima, sedikit minyak masak dan sedikit garam...
kena sabar banyak2 masa mendadar lempeng pisang comel ni baru lah dapat hasil yang comel2 jugak kan... ish! ish!!! naik lift tertekan sendiri pulaknay..😜
 

Wednesday, September 14, 2022