Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label sos. Show all posts
Showing posts with label sos. Show all posts

Thursday, January 14, 2021

Sos harrah untuk nasi arab

Hari kedua PKP2.0. semuga covid ni cepatlah lenyap dan kita semua boleh kembali kepada kehidupan yang ceria seperti dulu, kan... sos yang kak rose buat untuk digandingkan dengan nasi arab kabsah. dah banyak kali buat nasi arab ni, mudah dan sedap lah buat kami naka beranak. sementelah rempah ready made dah ada, jadi mudah lah nak buatnya. dengan nasi yang dah lengkap berperisa, tak perlukan kuah dan lauk yang banyak. jom tengok resepi nak buat sos harrah ni...
 bahan2 untuk nasinya, salad arab dan juga untuk sos harrah ni...

Sos Harrah

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan

salad arab yang sangat simple yet sedap bila digandingkan dengan nasi arah...
ready nak masak nasi... masuk semua dalam piok, tekan HP 7 minit dan tunggu hingga bip bip bip.... nak resepi nasi arab ni boleh tengok kat sini ya
ha...dah ready nasi arab kabsah dengan dayang pengiring. jemput lah semua....
 

Tuesday, November 10, 2020

Homemade chicken chop

 PKP/PKPB hari ke 238 dan ini lah kerja SAHM...

rasanya lama dah tak buat chicken chop kat rumah ni... dan bila ada request dan ada yang nak makan, lagi lah memudahkan kerja tukang masak ni... tak payah pening2 nak fikir masak apa kan... dan yang penting bahan asas tu kena lah ada, tak cukup dayang pengiring tak lah jadi masaalah, kita yang buat dia kan... so seadanya lah...

kali ni kak rose cuba buat sauce guna resepi yang lain dari yang pernah buat berkali2 sebelum ni. rasanya yang ni lebih memenuhi selera dan tak cepat muak... yang penting ikut lah cita rasa sendiri kan.. resepi dari sini sebagai rujukan....

Ingredients

  • 1 can Beef broth 14.50z (411g)
  • 5 cloves Garlic
  • 1/2 Onion small
  • 2 tablespoon s Soy sauce
  • 1/2 tablespoon Worcestershire sauce
  • 1/8 teaspoon Salt
  • 2 tablespoon s All purpose flour
  • 1 tablespoon vegetable oil
  • 1/2 tablespoon Brown sugar
  • 3/4 teaspoon Black pepper Ground (suggest add 1/4 teaspoon and to your taste)

Instructions

  • Minced garlic
  • Cut onion into small pieces
  • After that, add 1 can of beef broth, 2 tablespoons of soy sauce, 1/2 tablespoon of worcestershire sauce, 1/2 tablespoon of brown sugar, 2 tablespoons of flour and 3/4 teaspoon of black pepper in a container and mix them well. 
  • Add 1 tablespoon of vegetable oil into non-stick pan and stir fried minced garlic and chopped onion for a little bit. And, add 1/8 teaspoon of salt. 
  • Pour the mixture into the pan and let it cook and simmer for 5-10 minutes. Keep stirring the sauce until it’s thicken.

ha... dah siap, makan masa hangat2 memang sedap lah. resepi sos ni boleh jadikan a keeper recipe lah.
 

Friday, May 3, 2019

Cili sos, jom buat sendiri...

 home made chilli sauce. ada kala rasa nak makan cekodok dengan cili sos yang kita buat sendiri instead of yang botol tu kan.. walaupun cili sos yang beli tu sentiasa ada, sesekali nak jugak tukar rasa.. selalunya kalau buat popia kak rose akan buat juga sos ni. tapi kali ni kak rose buat cucur udang jer, pun sangat lah sedapnya bila dicicah dengan home made sos ni. kak rose ni memang peminat tegar cekodok, tak kira cekodok apa pun, semua nya pebret! lihat lah dunia... sebakul cekodok!

jom, kak rose kongsikan resepi sos ni... boleh buat stok untuk bulan puasa nanti kan...

BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
 
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang sedap!

Tuesday, December 25, 2018

DIY Sos

Jom DIY bermacam sos ni...

 terima kasih pada yang kongsikan resepi nak buat bermacam sos yang sedap di wall fb, dan kak rose nak tepek pulak kat blog ni, biar nanti senang nak rujuk semula bila ada kesempatan nak buatnya... muga2 ada lah kerajinan nak merealisasikan kerajinan diri tu kan.. jo, lets check it out!

Resepi Mayonis

telur 4 biji( yg belum dimasak😄..amik putih dan kuning tlur skli ye )
Gula 4 sudu besar
Garam satu sudu besar
Lemon separuh biji..(air perahan lemon..klu x de..boleh gntikn dgn sesudu besar @ lebih cuka mkn)
Minyak msk 2 cawan./minyak jagung
*klu utk mkn sendiri sy lebih syorkn guna minyak jagung..elakkn dr mayo tu mmbeku.

Cara2
Masukkn smuanya kecuali minyak dn blend..blend sebati baru masukkn minyak sdikit2 smpi hbis...dan blend hingga putih likat..kemudian
Masakkn dgn api yg paling kecik kacau hingga pekat(sentiasa kacau..jgn smpai mndidih pulk ye!😄..ikut pekat yg kite mahu je..dh sejuk blend kn utk dptkn tekstur yg halus..siap!!

Sos chili thai

Lada besar 10biji..buang biji
Lada kecil merah 5 biji(klu nk pds boleh lebihkn)
Bwg putih 3 @ 5 ulas
Gula secwn(boleh lebih dan kurgkn jika mahu)
Tepung jagung 3 sudu atau lebih ..utk memekatkn(bncuh bersama sdikit air)
Garam sdikit(ikut citarasa)
Cuka 2 sudu besar(nk rasa msm boleh lebihkn)
Air 4 cwn

cara2
Lada diblend dgn bwg putih
Masukkn dlm periuk dn msk sehingga mendidih. masukkn gula..sebatikn..kemudian cuka dan grm td.. air 4cwn ( boleh lebihkn)dan bncuhn tepung jagung(klu nk pekat lgi.. boleh tmbhkn tepung jgung ye)..kacau laju2..jgn smpai berketul..sntiasa kacau.. hingga jdi berkilat dan kepekatan serta ikut kemanisan yg kite nak..siap..

Resepi sos black papper

2 sudu besar lada hitam direndam slma 4 jam(klu nk rasa lebih pedas boleh lebihkn ye) diblend dgn air rendaman tu skli..
Tepung gndum 3 sudu besar( isi lebih klu nk lebih pekat)
1 biji Bwg holland dicincang/blend
Kiub ayam seketul(boleh lebihkn klu nak)
Air secwn(lebihkn pun boleh)
3 sudu besar butter/majerin
Sos lada hitam 2 sudu besar(x de pun x pe)
Sos tiram 2 sudu besar( klu x nak isi pun x pe)
Kicap 2 sudu utk wrne(x isi pun x pe)

Cara2
Cairkn butter/majerin
Masukkn bwg dan lada hitam sehingga naik bau..dan masukkn tepung kacau2 hingga sebati..masukkn air dan kiub ayam.sos...kmudian kicp utk wrna yg kita mahu..masukkn gula jika mahu..grm dn serbuk perasa..msk hingga kepekatan yg kita nakk..siap!

Sy izinkan share resepi Rohaizan Saari. terima kasih tuan punya resepi kerana kongsikannya dan semuga bertambah murah rezeki tuan. dan izinkan saya guna gambar tuan jugak untuk blog ini. terima kasih.

dan ini pesanan dari tuan resepi tu..
Kuantiti resepi yg sy share ni x bnyk..mayonis dan sos chili ,boleh thn dlm sbulan klu simpn dlm aisbox dgn penyimpanan yg betul....black papper sy x pasti..sy berniaga jdi x sempat simpan lama..dh hbis! sy akn buat lgi 3 jenis sos tu..seminggu 2 kli sy buat kuantiti seperti dlm pic tu...cuba sikit dulu..klu ok! baru buat bnyk ye kwn2..tq.

Monday, December 3, 2018

BBQ sauce dan menu for family day


 bbq sos yang kak rose buat untuk event family day kat kampung pada hari sabtu lepas. memang happening bila dapat berkumpul reramai adik beradik, harap dapat kekalkan tradisi macam ni yang kami semua buat sejak arwah mak dan bapak ade bersama kami lagi.... dan ini kali pertama kami berkumpul tanpa kedua mereka.. Al-Fatihah untuk arwah. semuga mereka tenang disana dengan doa dari kami semua. 
 dan sos ni kak rose buat awal2 dan frozenkan untuk bawak balik kampung.. jom tengok resepinya yang kak rose gandakan hingga lima kali dari bahan diatas..

Sauce Gravy 
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging


 Cara penyediannya
1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4-  Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. 



Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5-  Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!

 banner yang disediakan untuk family day kami... kali ni kami serahkan pada generasi kedua untuk uruskan semuanya... kami mak2 dan pak2 ni sediakan ongkosnya jer. bagi lak chan untuk rehat2 jer kan.. dan sos yang ak rose buat tu untuk dipping menu kat bawah ni... macam2 ade, pilih jer yang mana berkenan dihati..


 ayam fillet gorerng celup double tepung...

 chicken wing grilled... marinated with special sauces by mak win. sedap sangat!

 the balls... sotong, ketam dan juga fish balls..

 6kg grilled udang... laku keras. tuan tanah like the most!

 frankfurters dan sotong grilled... pun sekejap jer dah tinggal bekas kosong!

 jagung rebus yang sweet... yang bakar tak sempat nak enter frame pulak!

kambing golek dengan black pepper sauces yang dibawa sendiri oleh caterer yang sediakan menu ni...

  datang bersama potato wedges dan coleslaw yang sedap

 baguette dipatnerkan dengan sup tulang...

 20kg of tulang untuk sup ni... 

apalah johor kalau tak de otak otak ni kan...

nasi goreng cina pun ada... free flow orange juice drink, cream puff, brownis, kuih koci, kuih peneram, 2 tong beso puding koktail, are mineral dan bermacam tid bits yang tak habis2... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan cuaca yang baik sepanjang hari.

Monday, August 7, 2017

Tauhu sumbat n home made cili sos

 home made cili sos yang sedap ditekak kak rose ni... dah banyak kali buat guna resepi dari CMG yang mabeles ni... ciciah apa pun sedap... dan selalunya kak rose buat untuk cicah popis goreng, cekodok sayuran dan kali ni kak rose buat untuk digandingkan dengan tauhu sumbat... memang ngam sangat lah. meh kak rose kongsikan sekali lagi resepinya kat sini...

BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
 
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN) 
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama tauhu sumbat

home made cici sos yang sedap dengan tauhu sumbat... 3 keping ni untuk kak rose sorang jer...

Tuesday, September 6, 2016

Tom yam paste

 pes tom yam yang kak rose buat beberapa hari lepas.... bila teringat nak makan tomyam mula lah teringat kan paste yang pernah buat dulu, sedap lah ditekak kak rose instead of yang beli tu super duper pedasnya... makan sambil menjejeh air mata dan air hidung jugak dek kepedasan... jadi yang terbaik adalah yang kita buat sendiri, ikut citarasa tekak sendiri barulah ngam nak buat juadah apapun dengan menggunakan paste ni... jom tengok bahan2 dan resepinya..

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar) (kak rose gantikan dengan 2 kiub pati ikan bilis)
air asam jawa, gula & garam


bahan dah ready untuk diblend...
 
Cara-caranya:

1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.

4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan.  

 
dah siap pun sebotol paste tomyam yang sedap nih... nanti kak rose kongsikan resepi spiral pasta goreng menggunakan paste ni... sedap!

Monday, April 25, 2016

Lunch semalam...

 Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua... semuga semua dalam lindungan Allah sentiasa... dan dalam cuaca yang berbahang kepanasan ni jangan lupa untuk minum air kosong banyak2... jangan pulak minum air yang bergas atau yang manis manis tau... nanti tak pasal pasal cik diabetes akan hinggap pulak kan...  dalam bahang panas semalam kak rose merajinkan diri buat chicken chop bodo2 untuk lunch... sebenarnya semalam fb tunjuk memory setahun lepas, chicken chop yang kak rose buat... bila dah tengok tu, teringin la pulak... kebetulan bahan2 yang seadanya pun ada stok.... ok la buat jer....

 chicken chop bodo2 bersama gandingan sempoinya.... coleslaw dan fries... black pepper sauce tu pun buat from stratch, tapi kureeeng pulak kalernya... tak de kicap pekat, kak rose buh kicap masin jer. kita yang buat dia kan, so pepandai lah mengolah menderhakakan resepi...hihihi... maaf lah tuan punya resepi ya..

 resepi asal yang guna kicap pekat dari kak fida, kak rose buat satu adunan ni memang berlebih banyak untuk 3 keping chicken chop ni, walaupun dah makan dengan mewahnya sosnya tu...

Bahan-bahan

  • 3 sb mentega*
  • 4 sb tepung gandum*
  • 300 ml air panas
  • 300 ml susu segar
  • 1 keping kiub lembu/kiub ayam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sk cuka
  • 1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)

  • Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak hingga berbuih.
  2. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.
  3. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan

Saturday, November 28, 2015

Aneka Sos

 Sos karamel

Aneka sos yang kita boleh sediakan sendiri... hasil perkongsian kawan2 di fb, dan kak rose mohon izin nak kongsikan kat sini lak ya. terima kasih sangat2... kalau terdesak boleh jugak kita buat sendiri sos yang kita nak guna.... sudah tentu dijamin bersih dan kehalalan nya...

 Sos butterscotch nutella
 
 Salted caramel sauce
 
 Sos kastard
 
Sos vanilla

Sunday, September 27, 2015

Popia n home made cili sos

 Asalamualaikum dan selamat petang semua..... jom layan petang2 yang berjerebu dengan popia inti jejari ketam n sayur mayur cicah dengan home made cili sos yang sedap nih. sejak terjumpa resepi dari CMG ni, dah banyak kali lah kak rose mencuba resepi ni... meh kak rose kongsikan kat sini resepinya... mekasih ya cik mat.

 
BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN) 
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama popia...

dan ni dia... sebakul popia dah ready untuk dinikmati.... inti popia ni kak rose buat awal2 n toskan air nya.. bila dah sejat barulah gulungkan.... x la basah kulit popia tu kan dan bila dah goreng kulit akan jadi rangup. krup krap, best.... cicah pulak denga cili sos home made ni. hmmmmmm sedapnya!

Friday, April 24, 2015

Buat sendiri tak kena gst!

 lama dah rasanya tak buat chicken chop ni.... buat from stratch, semuanya home made... bread crumb pun buat sendiri jugak. nak jimat la katakan dan kebetulan ade pulak sedikit kerajinan... tp yang sebenonya memang nak makan tapi tak nak keluar belanja n keluar rumah! so buat sendiri je la jawapnya.... tak dapatlah depa nak megenakan gst pada chicken chop kak rose nih...

 black pepper sauce pun buat sendiri jugak... resepi dari kak fida, dulu dah pernah cuba guna resepi ni dan memang kena dengan selera kami anak beranak... kak rose kongsikan kat sini ya resepinya..

Bahan-bahan
  • 3 sb mentega*
  • 4 sb tepung gandum*
  • 300 ml air panas
  • 300 ml susu segar
  • 1 keping kiub lembu/kiub ayam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sk cuka
  • 1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)

  • Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak hingga berbuih.
  2. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.
  3. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan.
 puas hati bila buat sendiri... boleh makan lunch n dinner sekali... gandingan simple fries n coleslaw bersama chicken chop dan black pepper sauce.  yang penting tak de gst!

Thursday, March 5, 2015

Sos cili+cekodokudang+sayur2

 mengsekodeng blog CMG mmg geram... terasa semua nak makan! tayangan amal yang sangat menggoda rasa...dia punya presentation dan gambar2 yg mmg top tu lah membuatkan tekak nak merasa semua... dan kali ni terjumpa pulak sos cili yang dia buat untuk cicah dengan popia, so kak rose buatlah jugak tapi digandingkan dengan cekodok jer.... kulit popia dah ada tapi tersangatlah malasnya nak buat inti tu... len kali pulak la..

jom kita sekodeng lagi resepinya.... mintak izin nak cnp kat sini ya Mat, mekasih. 

BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN) (kak rose guna cap tamin)
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama popia...

cekodok sempoi kak rose, masuk apa saja yang ada..... udang, carrot, sedikit kubis, cili hijau, bawang besar, telo and of cos tepung la kan....heavennya dapat makan cekodok cicah home made sos cili merah yang seksi----> bak kata CMG !