Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 27, 2012

Gader2 semalam....

salam semua.... hari ni intenet sangat lah hampehnya.... nak dengar radio pun tersekat2 jer.... dah miss celoteh trio sinar pagi sbb asik terputus2 jer siaran..... last2 terus x dengar langsung! nak update ni pun, wireless asik terputus... adakah disebabkan bersih 0.3 tu, tp apa kena mengenanya kan... tp itulah yg kak rose baca.... traffic sangat heavy, unifi pun macam siput!

Kak Arah, yg pernah kami raikan dulu, sedang menyampaikan cenderahati dari kami semua buat Kak Pah

anyway nak entry pasal gader2 semalam.... meraikan atau sebenarnya buat jamuan perpisahan buat kawan yang akan berpindah kerumah barunya... selamat berpindah buat Ibu Sharifah, semuga akan lebih bahagia ditempat dan suasana baru.... juga meraikan harijadi tuan pengerusi majlis, Puan Malia. majlis pot-luck cam ni mmg banyak sangat makanan yg ada bila sorang bawak satu menu, sampai x muat meja.... tp sayang kak rose x dapat nak amik gambo semua juadah tu.... even yg datang kemajlis tu pun x dan nak amik gambo.... ya lah bila dah jumpa ramai2 dan pot pet, lupa dah semuanya!

happy birthday to Malia.....

birthday girl tengah potong kek.... happy birthday Puan Malia, semuga dipanjang kan umur, murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah jua.... bersama ibu pah, tumpang sekaki potong kek.. Puan Maznah tukang sediakan mee rebus yg sedap juga ada sama...

vadai yg kak rose bawak untuk jamuan semalam.... guna resepi yg kak rose buat ari tu kat sini tp kak rose buat double the adunan.... sekejap jer dah abes sbb the only kuih masin yg ada....

buat jugak puding ni untuk majlis yg sama, puding karamel tanpa telor guna resepi yg ini.

Wednesday, April 25, 2012

Begedil ayam

makan dengan bubur nasi a la mekdonal tu.... boleh kan?

salam tengahari semua, dah lunch ker? hari ni kak rose masak bubur nasi ala2 mekdonal gitu.... dan sambil tunggu bubur masak g ronda2 rumah kawan dan ternampak begedil ayam ni kat rumah Love. apa lagi, buat penggemar begedil macam kak rose ni.... terus lah ingin nak mencuba.....tp kak rose x de daging ayam yg hancur tu, so kak rose guna sekeping dada ayam n minced halus2.... jenuh jugak nak menghancurkan isi ayam nih! tp x pe, nak buat punya pasal gagahkan jugak lah! nasib bail bahan yg lain semua mmg ada, dan ni lah begedilnya....

ready untuk digoreng.....

mekasih ya Love sharekan resepi ni dan kak rose nak mintak ur permission to kongsikan the recipe ni kat sini lak....

Ingredients :~
  • 300 gm minced chicken * (kak rose guna sekeping dada - minced)
  • 2 medium potatoes ~ boiled, peeled and mashed *
  • 1 large onion ~ minced *
  • 4 cloves garlic ~ minced *
  • 1 green chilli ~ minced *
  • 2 tsp coarse blackpepper *
  • 1 tsp white pepper *
  • 1 tbsp minced fresh parsley *
  • 3 tsp cornflour*
  • salt to taste *
  • 2 eggs ~ beaten

sebelum goreng..... celupkan dalam telor yg dipukul sedikit

Method:~
  1. In a large bowl, mix together all ingredients marked *.
  2. Take a portion in your hand and make small - medium sized balls. Place them on a plate and give a little press on the top.
  3. Dip the cutlet balls in the beaten egg. Deep fry in oil until both sides turn golden brown.
  4. Drain on paper towel and serve immediately with chilli sauce or with anything you prefer.
satu adunan dapat 10 keping beso2.... ratah je cicah dengan cili sos n mayonis. best!


Tuesday, April 24, 2012

Cok bantal cicah sambal ikan bilis

menu minum petang kami..... cok bantal yg x berapa nak membantal dan terhangus pulak tu.... dah tercanai nipis2, malas lah pulak nak buat semula.... terus goreng jer dan jadilah bantal yg x berapa gebu. tapi bila dapat cicah dengan sambal ikan bilis tu laju je masok molot! makan hangat2 dengan secawan teh o. resepinya kak rose godek kat Myr oleh MommaMia. mekasih ya share resepi dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak... camner ya dapat nama cok bantal tu?

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)

Cara-cara

Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau.
Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.
Uli sampai sebati dan licin.
Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit.
Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!

Som tam

salam dan selamat tengahari semua.... sibuk menyediakan lunch untuk keluarga tentunya.... kak rose pun nyibuk jugak nak nyipkan juadah untuk semolot ni.... ya lah duk rumah sorang pun nak makan jugak kan.... dan bila kak rose tayang betik muda dalam entry semalam, ada yang suggest buat som tam, kak rose pun nak lah menerai.... bila balik rumah MIL ni adalah menu kemestian yg x boleh ketinggalan.... pedas, masin, manis.... mmg terangkat kalau dapat makan! dan yg ni kak rose buat ikut resepi dari arah, mekasih ya Ika sharekan resepi ni.... tp kak rose x de la gula nise tu, guna je gula biasa. mmg lain lah rasa dia...

Bahan2>>

  • 1 gengam penuh betik muda yg dsagat>> kita guna manual jer
  • 1 genggam atau kurang udang kering yg kaler oren, direndam dan toskan
  • 1 btg kacang Panjang dpatah patahkan
  • 3 ulas bwg putih size kecik
  • 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yg disangai
  • Hirisan Lobak merah >>ni tambahan nk cantikkan kaler som tam tu :D
  • 5 biji cili padi atau kurang atau lebih (kak rose buh sebiji jer!)
  • 1 biji lime perah ambil jusnyer
  • Air asam jawa ikut selera
  • 4 biji ceri tomato (kak rose guna tomato biasa jer...)
  • 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok>>yg ni ikut kemanisan nak pedas2 manis atau masin2 terpulang
  • 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
  • Ajinamoto>> org thai mmg tak leh tggl ajinomoto dlm masakan dia org jdnyer kita skip yg ni..
Bahan sampingan

3 ekor udang di bakar atau lebih. (kak rose x bubuh yg ni....)

Cara2>>

Tumbuk bhn rencah dlm lesung atau lesung somtam seperti bwg putih, udang kering, lada n masukkan bhn cecair perasakan mana yg nak dtambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul2 then baru masukkan bahan2 hiris seperti kacang panjang dan juga tomato, gaul sebati dan perasakan, sedia untuk dihidang!

sebelum acara pengaulan.... betik n carrot yg dah disagat!....

psssttt: terima kasih pada kawan maya yg bagitau camner nak tukar balik pada setting yg lama.... really appreciated it.... maklumla orang buta it, masih prefer to stick to the old one!

Monday, April 23, 2012

Blog with new setting?

Salam semua..... dah berhari2 x bukak rumah maya ni dah jadi lain lak setting dia.... pening jap pagi ni. ke kak rose je yang rasa lain rumah ni? entahlah! sejak x berapa sihat dan banyak kenduri yg perlu dihadiri juga terus balik kampung, berhari2 jugak x menjengah ke rumah ni.... x familiar dengan setting baru ni.... senang dengan yg lama tu ada sapa2 nak bagi tau camner nak kekalkan setting yg lama tu mai la habaq kat kak rose ya! orang buta it mmg camni la....


balik sampai rumah petang semalam terus goreng ubi ni untuk minum petang aka dinner sekali!



 betik yang hampir masak tp masih keras.... ingat nak buat jeruk, kalau rajin la....


buah kelapa muda... ole2 dari kampung.




Thursday, April 19, 2012

Kuih apam jepun

salam semua.... laju kuih ni terbang dari sarawak mai shah alam.... pada pertanyaan Sue tu, semua pernah kecuali buatnya dan yg paling x leh nak kata.... baru ni tau nama kuih ni.... apam jepun ropanya! pernah makan yg bli kat pasar malam tempat gerai jual apam balik tu... dan dia ada pelbagai inti dalam tu... pilih je mana nak kan... tp bila pagi ni nampak kat rumah Hasue teringin jugaklah nak mencubanya walaupun acuan bulat2 tu nipis jer.... yg goreng telo tu punya, nak jugak menerai... kebetulah inti kacang merah baki buat apam semalam pun ada lagi.... so, ini lah hasilnya.... dan yg pasti x secomel tuan punya resepi tu.... Sue, kak rose cnp resepinya ya.... mintak dihalalkan dan terima kasih bebanyak jugak pada tuan punya resepi asal kh267tm@myresipi. mekasih semua.

mmg kena sabar bebanyak sbb ada 4 jer acuan molat ni, tp koli lak kecik, so buh 3 je at one go!

bahan-bahan:

500gm tepung gandum (kak rose buat separuh je....)
40gm mentega
2 sdt penuh instant yeast **
1 sdt gula pasir **
1-2 sdm air suam **
campurkan bahan ** gaul rata..biarkan sekejap...hingga berbuih & mengembang
3 biji telur - untuk separuh adunan hasue guna 2 biji telur saiz C
510ml santan (dari 1/2 kelapa)..panaskan hingga naik wap aje...sejukkan
1sdt potas (boleh gantikan dgn 1/2 sdt baking soda + 1/2 sdt baking powder)(guna yg substitute)
160gm gula halus
1/2 sdt garam & sedikit pewarna kuning (kak rose x buh kaler- allergic to artificial color la pulak!)
sedikit esen vanilla (klau suka)

bila dah set sebelah atas tu kak rose terbalikkan kat koli leper lagi satu.... senang n cepat sket keja!

Cara-cara:
  1. Tepung dan mentega di gaul jadi saperti habuk roti...ketepikan
  2. Telur dan gula dipukul hingga hancur kemudian masukkan santan ,yeast , garam, dan potas / bsoda & bp..gaul rata.
  3. Masukkan adunan tadi kedlm bekas yg berisi tepung..gaul rata.
  4. Blend kan sikit adunan tadi utk mendptkan tekstur yg lebih halus.
  5. Bubuhkan sedikit pewarna kuning...kemudian diperap selama 4-5 jam
  6. Lengserkan sedikit minyak dgn menggunakan tisu dapur ke permukaan kuali leper (syarat jer..) susunkan acuan diatas kuali...
  7. Sebelum tu sapukan mentega pada acuan..letakkan adunan 1 sudu besar kemudian bubohkan inti kacang tadi..masak dgn api yg perlahan supaya tk hangus..
  8. Kalau nk tau bila boleh terbalikkan...tolak(gerak2kan) sedikit acuan tu ..kalau dah tak melekat makna nye dah boleh...terbalikkan acuan tu kena cepat2 supaya adunan yg sebelah atas tu tk tumpah...
  9. Terbalikkan acuan tu gunakan penyepit sbb besi tu panas...klau dah pro tk pe..hehehe
  10. Kalau yg sebelah lagi tu dah masak...kluarkan dari acuan..sapukan sedikit mentega diatas nye...boleh la disantap... :)
dah siap! meh jemput semua minum petang dengan apam jepun ni

Wednesday, April 18, 2012

Pau mama

salam dan selamat pagi semua..... pagi ni kak rose mencuba buat pau spt yg kawan2 suggest pada entry inti kacang merah kak rose semalam..... ni kira 2nd taim buat pau ni.... rasa jeran sbb pertama kali dulu buat x jadi, x nak jadi gebus gitu. tp tu lama dulu, bila dah lupa kisah tu hendaklah mencuba sekali lagi dengan resepi yg lain pulak.... so kiranya yg ni agak puas hati jugak lah dengan hasilnya.... walaupun x semontok macam dalam laporan yg kawan2 hantar dalam resepi tu.... apa pun mekasih pada mama kastam tioman yg sharekan resepi ni.... siap dengan gambar step by step lagi tu....

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepong gandum ( 300gm )
  • 1 cawan + 1 sudu makan lagi air suam
  • 1 sudu kecil membumbung planta
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu kecil mauripan
  • Plastik/ daun pisang

Cara-cara
  1. Satukan air suam, gula, garam dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga ibu roti naik.
  2. Dalam mangkok. masukan tepong, planta dan susu. Ramas sehingga rata.
  3. Masukkan yis, uli hingga menjadi doh kemudian masukkan minyak masak, uli lagi sehingga sekata.
  4. Kemudian hempas adunan sebanyak 21 kali..ketepikan dan tutup adunan selama 10 ke 15 minit. Sementara itu siapkan pelapik pau, daun pisang atau plastik yang di potong 4 segi. (kak rose: wonder jugak kenapa kena hempas? tp ikut jugak dan hasilnya x la mengeciwakan)
  5. Apabila adunan dah naik ambil sedikit adunan, leperkan, isi inti yg di sukai, tutup, letak atas daun pisang atau plastik yg di potong tadi.
  6. Buat begitu sehingga habis. Susun dalam kukusan. Biarkan selama 10 minit. Buat adunan sedikit, kena ambil masa sikit.
  7. Panaskan kukusan. Api besar ( dapur gas biasa )
  8. Apabila air dah mendidih, letakkan bahagian kukusan yg ada pau tadi tu..kukus selama 5-6 minit aje..
  9. Bila dah masak, angkat kukusan yg ada pau tu dengan penutupnya sekali, kebawah. Buka penutup, cepat2 keluarkan pau dan susun di atas surat khabar bagi mengeringkan air yg terdapat pd pau..
  10. Makan time panas2 ni..tak ingat org di belakang..
  11. Kalau nak buat pau goreng, guna api pelahan, sentiasa balik2kan supaya masak sekata. Bila dah perang, bolihlah di angkat..yg ni tak bolih makan panas2, nanti melecur lak mulut tu..tunggu suam sikit

Tuesday, April 17, 2012

Baked ubi keledek

menu minum petang kami berdua hari ni.... ada keledek yg tergolek2 kat dapur tu eloklah jadikan sesuatu yg boleh mengenyangkan perut.... so godek resepi kat Myr.... mak aiii!!! banyaknya resepi berasaskan keledek dan kak rose pilih keledek bakar dalam oben ni... terkenang lak kat kampung dulu2... bakar keledek ni dalam unggun api dan makan ramai2.... sedapnya.... fresh dari tanah terus bakar, mmg manis sangat semanis kenangan itu!

resepi ni kak rose amik dari Myr oleh purplerossa yg katanya dia dapat dari allrecipes.com. terimakasih banyak kerana share resepi ni ya dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak...

ni panas2 lagi... baru kuor dari oben cenonet kak rose
Bahan-bahan
  • 2 sudu besar minyak zaitun (kak rose guna minyak masak biasa jer!)
  • 3 biji ubi keledek
  • sedikit oregano
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (kak rose termiss yg ni pulak...tp ttp sedap n manis!)

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke suhu 175 darjah Celsius.Griskan dulang pembakar(gelas atau tin tak kesah) dengan sedikit minyak.
  2. Cuci dan kupas keledek,dan potong kecil2.Masukkan dalam dulang tadi. Tuangkan sedikit minyak lagi keatas ubi dan gaul rata.
  3. Taburkan oregano,garam dan serbuk lada hitam,dan gaul rata supaya kledek tadi disaluti bahan2 perisa ni.
  4. Bakar selama 40-50 minit,atau sehingga ubi masak..Separuh jalan membakar,bolehla dibalikkan2 sikit ubi tadi supaya garing sekata..
  5. Siap untuk dihidangkan..cicah dgn sos cili & mayonis..sambil tengok tv..
sebelum kebakaran.... gaul dengan sedikit garam, minyak dan oregano kering. sayang sekali keledek yg kuning tu berurat tp yg oren sangat lembut n manis.

Inti kacang merah

salam dan selamat petang semua.... malas sungguh hari ini..... pagi tadi kemaskan paper lama yang bertimbun tu, tp bila dah letak kat luar x de pulak lori yg hari2 lalu dengan tape suara pecah.... suratkabar lama, paper lama, bateri lama..... kadang2 tu sehari sampai 2, 3 kali dia lalu, bila kita tunggu x dak lak! adoyaiiii.... kalau hujan kan satu hal pulak nak kemaskan semula!

tengahari td selongkar fridge terjumpa pulak kacang merah ni yg dah berzaman dok dalam tu... tengok elok lagi terus lah g rendam, ingat nak buat bubur kacang merah tp x dak santan lak.... nak guna santan serbuk nnti x sedap lak, kurang lah lemak nak menepek dibadan kan.... so end-up rebus sampai empuk n blend.... jadikan inti kacang merah ni. resepi dari Myr oleh mama kastam tioman, tp kak rose dah derhakakan sbb blend je kacang tu... nak cepat n senang keja kan.... tq ya mama.... x tau lagi nak wat apa dengan inti ni, sapu kat roti pun ok gak kan... atau kalau rajin boleh buat kuih bom inti kacang merah ni.... tp rajin ker?

Bahan-bahan

  • 500 gm kacang merah
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula kerek
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara-cara

  1. Kacang merah di rebus sehingga empok. Mama guna pressure cooker, rebus selama 20 minit. sejukan kemudian rebus lagi sekali sehingga betul2 empok.
  2. Tapis buang airnya kalau berlebihan. Masak lagi sehingga iarnya kering.
  3. Masukan gula pasir, gula kerek, minyak masak dan daun pandan. Masak lagi sehingga terasa berat nak mengacau..pekat lah tu..
  4. Bolih lah tutup api..dah siap..
*** kak rose skip step 2... dah empuk terus blend n ikut step seterusnya.

Monday, April 16, 2012

Basic bread: Garlic finger bread

permukaan garing yg x rata.... maklumlah oben cap ayam jer!

tu dia!!!! orang buat finger bread size jer tp yang kak rose punya dah jadi macam arm size pulak.... ni la kan bila buat keja nak senang jadi out-come pun seadanya la kan.... tp roti ni mmg sangat gebus n terasa garlic spreadnya tu..... ramai dah yg mencubanya dan kak rose mmg dah agak kalau virus ni laju je merebaknya pasti lah kesedapanya hingga menjilat jari kan! mekasih pada semua yg mempromosikan resepi garlic finger bread ni.... tq sooo much, mmg sedap, hangat2 lagi kak rose dah ngap satu arm tu! x de ciciah pun sedap jer! resepinya kak rose cnp dari rumah Izah.... mekasih semua!

BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana & Ika

Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum (kak rose pun sama...)
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak
1 sk bread improver- optional - izah letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- tun x letak *tak letak


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.


GARLIC SPREAD

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD:
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!

Sunday, April 15, 2012

Makan2 semalam....

semalam hari yang sangat bersejarah bila menerima tetamu yg selama ni belum pernah kami temui.... terima kasih pada Pak Teh Azmi dan Mak Teh Maznah dan anak2 yg sudi datang kerumah kami dengan ada sesuatu untuk busu.... terima kasih banyak2 dan harap2 lepas ni hubungan kekeluargaan x kan terputus lagi.... insyaallah. dan makan2 simple yg kak rose dapat sajikan seadanya....

sayur campur.... cauliflower+carrot+green capsicum+kacang panjang n udang

ayam goreng berempah ayam penyet

daging masak lemak cili api.... daging lembut sangat sampai hancur dalam tu!

the set hidangan.... dengan nasi putih jer....

buat jugak puding marble ni untuk pencuci mulut.

Lempeng nasi

salam hari minggu semuanya.... sarapan apa lah agaknya pagi ni ya? semalam kak rose ternampak lempeng ni kat rumah hana, apa lagi teruslah kopi resepinya dan buat pagi ni untuk sarapan.... tp kejadiannya sungguhlah x macam tuan punya resepi CMG dan hana tu buat.... kak rose punya tu patah bila nak lipat, tang mana silapnya x taulah.... apa pun 2 keping pun rasa x cukup dengan lempeng ni yg kak rose ganding kan dengan sambal tumis.... hana n CMG, kak rose cnp resepinya ya..... dan terima kasih bebanyak!

RESEPI LEMPENG NASI
sumber : matgebu@tiffinbiru.com

Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun ( kak rose guna minyak masak biasa jer!)
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah - hana cicah dgn sambal tumis cili padi resepi di SINI
Cara-cara
  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.

Thursday, April 12, 2012

Banana double chocolate muffin

buat muffin untuk makan2 petang ni.... ada pisang yg jiran bagi tp x termakan pulak.... kesian dia terbiar cenggitu baiklah jadikan sesuatu yg mengenyangkan. balik dari sdmc td terus masak dan sambil tu selongkar gobok izah cari resepi muffin pisang ni.... jumpa yg ni, nampak macam mudah jer resepinya... tp biasalah kak rose ni kan ada je yg x kenanya kalau buat muffin.... tp x jeran! nak jugak mencuba... dan hasilnya mmg mabeles, lembut n moist muffin ni.

mekasih pada tuan punya resepi asal Charishma Ramchandani dan Izah yg sharekan resepi ni dan kak rose nak mintak tepek kat sini lak ya....


Menghasilkan 8-11 biji muffin (kak rose dapat 13 biji guna cup yg ni)

Bahan:
1 1/2 cwn tepung
1 cwn gula * izah kurangkan setengah (kak rose ikut izah... just nice manisnya!)
1/4 cwn serbuk koko
1 sk baking soda
1/2 sk garam
1/4 sk baking powder

1 1/3 cwn pisang lecek
1/3 cwn minyak sayur
1 biji telur
1 cwn coklat chips


Caranya:
Di dalam mangkuk yang besar, satukan semua 6 bahan-bahan pertama.
Di dalam mangkuk kecil yang lain, satukan pisang lecek, minyak dan telur.
Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bahan kering tadi.
Sebatikan tapi jangan overmix.
Masukkan coklat chip. Gaul rata.
Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh.
Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.
Sedia untuk di hidang.

bak kata Izah, makan panas2.... sedap!

Wednesday, April 11, 2012

Kuih vadai

salam dan selamat petang semua... buat kuih vadai ni sbb nak makan puas2.... semalam lepas makan rojak tu ada la kat sebelah tu mamak jual kuih ni.... bli 4 keping jer, nak rasa... mak ai!!! sekeping ceconet tu pun dah 50sen. balik dari situ terus je singgah kat c4 g cari kacang dhal ni.... meh kita buat sendiri barulah dapat makan puas2 kan.... macam kemaruk pulak!

pagi tadi nampak kuih ni kat rumah Watierman, nampaknya menu kita samalah hari ni ya Watie.... tp resepi ni kak rose dapat dari fotopages rinnchan yg pernah jugak kak rose buat dulu.... mmg sedap dan puas ati sangat dengan kejadiannya. makan panas2 dengan secawan nescafe sambil borak2 dihari cuti.

bahan2:

250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng

cara:

rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam
toskan hingga kering
kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)
satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat
susun atas dulag yg disapu sedikit minyak
goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan n garing.

Nasi lemak n sambal ayam penyet

heavy bekpes n lunch dah leh skip ni......

selamat bercuti2 dan bermalas2an.... masak nasik lemak dengan sambal ayam penyet ni atas permintaan. kan senang mama nak masak kalau ada orang yg suggest nak makan apa... x la mamanya ni poning palo nak mike apa yg nak dihidang untuk keluarga kan.... sejak pertama kali dapat makan nasi ayam dengan sambal ayam penyet tu, terasa pulak nak lagi, kali ni gandingkan dengan nasik lemak pulak.... mmg mabeles la sambal tu... begitu lah review pada ramai yang telah mencuba sambal ni....

resepinya dari Ijan yg digandingkan dengan nasi ayam penyet tu...

Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit (kak rose buh banyak2 ikan bilis tu....)
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 4 biji je cili api!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.(kak rose skip yg ni...)
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

nasi lemak dengan sambal ayam penyet dan segala neka sampingannya..... fish fillet, chicken fingers, ikan bilis goreng, telor mata, timun dan juga sambal ikan bilis yg x terenter frame.... kesian sambal tu kan, mentang2 dah ada sambal ayam penyet, macam diketepikan pulak dia!

Tuesday, April 10, 2012

Meh pekena rojak mamak....

tengahari td lepas abes g physiotherapy anak bujang kat sdmc terus lah singgah kat ss15, pekena rojak mamak. punyalah panjang berbaris nak dapatkan sepinggan rojak ni... mama yg bli cendol pun dah puas tunggu sampai cendol suma cair baru dapat nyuap rojak ni.... maklumlah waktu lunch, ramai sungguh pelanggan dia

sementara anak baris kat rojak, mama pulak baris kat cendol ni.... tp x ramai mana dan kejap je dah dapat....

cendol yg best dengan kidney beans yg sangat lembut.... puas dapat makan cendol dengan ais batu sagat.

2 beranak duduk kat birai divider menikmati rojak dan cendol mamak.... nasib baik je x de gagak kat atas pokok2 tempat kami duduk dibawahnya tu....

Bun manis

semalam hari yg rajin duduk didapur.... bila anak bujang ada dirumah kerana cuti seminggu mamanya kenalah rajin terperap didapur.... gunakan lengan yg banyak lemak ni, menguli doh roti ni hingga keluar muscle macam mr. popye tu.... dan hasilnya mmg puas hati lah dapat makan bun yg panas2 baru kuor dari oben sendiri.... resepi kak rose cnp dari rumah Ros jintanmanis yg kini dah memulakan business home stay nya. tahniah ya ros dan bertambah maju hendakya dengan apa saja yang diceburi.... terima kasih juga pada resepi bun manis ni.

Bahan-bahanya

150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil bread improver ( mesia mari)

ingat nak wat sarapan pagi ni......
rupanya bila tengok dah kosong tupperware kat blakang tu.....alahai anak.... anak!


Caranya.
1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya.Selamat Mencuba.

Ayam ros pandan

Salam dan selamat pagi yg sejuk..... hujan x berenti dari sebelum subuh lagi. kalau dapat tarik selimut ni alangkah bestnya kan..... tp pagi nak kena hantar anak sambung buat physiotherapy kat SDMC lagi.... kena g awal takut jalan jem hujan2 ni kan....

sebelum tu sempat lagi tepek lauk lunch semalam..... 2 beranak nak makan nasi tengahari semalam, buatlah ayam ros pandan yang wangi n sedap nih. harum semerbak bau pandan masa memasaknya dan bila hidang pun masih terbau wanginya. pernah buat dulu dan bila dah tau kesedapanya, maka ulang tayang pun mesti ada kan.... resepi dari CMG, mekasih ya mat.... makan dengan nasi panas2 terlupa dah lauk yg lain!

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..