Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label puff. Show all posts
Showing posts with label puff. Show all posts

Sunday, January 3, 2021

Puff sadin

hari cuti dan tukang makan ada kat rumah, makanya tukang masak pun kena lah jadi rajin kan... godek2 dalam fridge ada kulit puff yang keras kejung dan kebetulan sadin pun ada... jadilah projek untuk minum petang kami berdua bersama nescafe o kosong.
BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan"

1 merah telur + 1 camca teh susu cair 
 Sedikit serbuk lada hitam, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.


Friday, December 4, 2020

Puff sadin rangup

laaaaaama dah beli kulit puff dan jugak sadinnya... tapi vitamin m sangatlah banyaknya bertepek dalam diri dan terbiar lah keras kejung dalam freezer. kesian dia kan. meh la merajinkan diri, memula masak sadin boleh jugak buat lauk sebab kak rose beli tin cap ayam yang beso tu. ade tiga ketul beso2 mackerel dalam tu, memang tak abes la kan... so bakinya buat inti puff ni lah..
BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya
BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair 
 Sedikit serbuk lada hitam, jika suka
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

** kak rose buat masa lepas lunch, jadi masa nak minum petang tu dah sejuk, masuk dalam air fyer  180° 4 minit, rangup krup krap semula lah.


 

Thursday, October 18, 2018

Puff sadin simple

 kalau tak de rotan akar pun berguna.. itulah kata orang kan... jadi bila teringin nak makan puff tapi tak de kulit pastry, tisha roti pratha ni lah jadi penyelemat.. walaupun kejadiannya sangat lah senget benget sbb pratha ni akan jadi lembik dan susah nak hendle bila dah defrost...nak mudah kak rose kuar kan satu2, potong empat dan isikan dengan inti sadin... pas tu baru keluarkan next piece dan buat yang seterusnya... pun masih senget benget...ishhhh!!

 senget pun sengetlah, asal dapat makan hangat2 sadin puff yang sedap ni... rapuh dan sangat crunchy kulit dia bila guna roti prata ni... kalau nak goreng cam tu jer pun boleh, makan dengan gulai kari leftover... itu memang kesukaan kak rose la kan...pasal makan memang semuanya pebret lah!

ni lah kulit puff kak rose ni. mudahkan guna tisha's roti pratha ni... inti boleh bubuh apa yang terasa tekak nak makan... dan yang ni kak rose guna inti sadin...ikutlah citarasa sendirikan...

Tuesday, December 12, 2017

Puff sadin ranguppp!

 Asalamualaikum dan berjumpa lagi kat dapo maya kak rose ni... maaf lah wahai dapo, asik terbiar jer this lately. sebenarnya tuan tanah sibuk dengan urusan kawan yang kematian suami pada hari khamis lepas... sebelum ni, kak rose selalu menemaninya bertunggu di hospital. tapi setelah admitted dan bertarung nyawa selama empat bulan her husband pergi dijemput Ilahi. Al-Fatihah buat arwah Pak Jali. dan selepas pengekebumiannya, kak rose sibuk pulak sediakan makanan untuk jiran2 yang datang untuk majlis tahlil dan doa dirumahnya di subang jaya... itulah sebab dapo maya kak rose terbiar sepi tak berasap!

 dan puff ni kak rose buat bebehari lepas... cukuplah untuk minum petang kami, guna ready made kulit puff, senang keja kan... cuma kena sediakan inti sadin tu lah kan.. kak rose kongsikan resepi inti sadin tu kat sini ya. resepi asal dari CMG.... tapi ikutlah selera memasing nak letak inti apa pun boleh... kita yang buat dia kan!

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

 BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair 
 Sedikit serbuk lada hitam, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Friday, October 9, 2015

Puff sadin

 puff sadin buat untuk minum petang semalam....lama dah beli kulit puff ni, nasib baik tak expired lagi lagi dan selamat lah dapat dijadikan hidangan petang semalam.... crunchy lapisan2 dia walaupun dah sejuk... dan inti yang sedap tu buat terlupa sekejap pasal gatal bila makan sadin tu...

 sebelum kebakaran pun nak jugak enter frame kat sini.... resepi puff ni kak rose copy dari blog CMG, mekasih ya Mat... kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya...

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair

 selepas kebekaran yang hampir hangit....

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan
selamat sudah jadi hidangan minum petang aka dinner sekali... maklumlah dinner memang jarang amik nasik... so hidangan ringan cam ni pun dah lebih dari cukup untuk kami berdua. terima kasih Allah yang masih berikan kami kesempatan menikmati hidangan simple cam ni. Alhamdullilah.

Monday, January 13, 2014

Puff tuna kelopak

 puff tuna untuk minum petang semalam.... so tinggal gambo je la ya. kali ni ade sikit kerajinan nak membuat puff yang berkelopak bagai! sebenarnya nak menguji kekerasan tangan ni, kalau tengok yang tuan punya resepi ni iaitu sifu masak2 CMG mmg sangat cantik menggoda, tu yang menyebabkan tersangatlah ingin nak mencubanya.. dan siap ade step by step camner nak buat kelopak tu..mekasih mat. .tapi bisalah tangan keras kak rose ni....

BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.


BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)


UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :-

 Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar.
 Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar.
Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi.
Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi.
Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar.
Alih ke dalam loyang.
Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap.
Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar.
Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan.
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...

Monday, June 3, 2013

Sadin puff

sadin puff yang sempoi untuk minum petang aka dinner sekali....boleh kan sbb tiada kerajinan nak masak nasi segala. jadilah dinner dengan puff ni jer. punya lah malas, amik gamba pun dalam loyang pembakar jer. tp jangan tenung lama2 loyang kak rose yg sangat cantik tu!

resepi puff ni dah banyak kali kak rose buat dari CMG tu, pada sapa2 yang nak mencuba kak rose cnpkan resepinya kat sini. mekasih ya Mat.

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair 

 CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Tuesday, April 9, 2013

Puff sadin


lama sungguh x buat puff ni.... sadin dah bli berkali2 tp x terbuat jugak sampai kulit puff ni naik kejung dalam freezer. dan sebelum dia expired baik lah dijadikan menu untuk minum petang. bila dah siap laju jer nak ngapnya. maklumlah masa hangat2 tu makan mmg best sangat. rangup dan meresik jer kulit dia tu. kena buat sendiri baru boleh nikmati puff yang rangup ni, kak rose nak ajak pun tinggal bekas jer!

 resepi kak rose amik dari rumah CMG, dan pernah buat kat sini jugak. mekasih ya mat, kak rose cnp kat sini lak...

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair 
 Sedikit serbuk lada hitam, jika suka

 sebelum kebakaran.... nak jugak posing kat sini.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Thursday, January 3, 2013

Puff king kong ditahun baru

 

 salam dan selamat tengahari buat semua.... mungkin sedang bz didapur menyediakan lunch, apa lagi yg anak2 bersekolah petang, pastinya para ibu dah siapkan lunch awal2 lagi kan.... kak rose pulak nak tepek puff kingkong malas yang kak rose buat untuk minum petang aka dinner semalam. yang jadi puff kingkong ni adalah sbb kemalasan yang amat sangat. inti mmg dah siap tp nak buat kulit tu mmg kurang rajin, jadi bli jer kulit pratha n isikan dengan inti karipap n bako.... senang keja kan... resepi asal oleh CMG dan kak rose pernah buat kat sini.

 selepas 20 minits dalam oben antik kak rose.... garing dan rangup je kulit karipap ni. tapi atas dia ni kak rose cuma sapu butter jer.... malas lagi!

 ready untuk dingap bersama secawan kopi panas2.... makan separuh pun dah boleh kenyang.




Monday, February 20, 2012

Buat lagi.... pratha gulung

Salam hari isnin semuanya.... muga kita semua dapat memulakan minggu yg baru ni dengan hati yg ceria dan gembira.... tp kan pagi ni cuaca mendung dengan hujan renyai2 yg membuatkan kak rose membatalkan hasrat nak ber briskwalk.... pas subuh jer terus onkan pc n ngadap sampai lebam!..... sebenarnya kalau nak boleh saja briskwalk atas treadmill tu kan.... alasan apakah?

so bila dah malas2 ni meh la kita g bekpes dengan pratha gulung ni.... dah banyak kali buat dengan isi yang berlainan.... sadin, tuna, serunding daging tp yg ni kak rose guna fillet ayam + kentang n mixed vege... inti ni pernah buat untuk buat pie yang sedap! resepi asal dari Ros@SinaranMenu, terima kasih ya Ros. instead of goreng, kak rose bakar je dalam oben.... makan panas2 bersama secawan nescafe o tanpa gula..... heaven

inti:

  • ~1 bijik bwg besar dicincang
  • ~1 cwn kentang yg dipotong dadu
  • ~1 cwn mix vegetable
  • ~cendawan butang dihiris (kak rose x letak... x de)
  • ~2 keping dada ayam diptg kecil
  • ~minyak
  • ~1\2 cawan air.
  • ~1 sudu bsr tepung jagung+2 sudu bsr air
  • ~1 sudu bsr gula & sos tiram
  • ~garam dan lada sulah
cara buat inti sedap nih:

goreng kentang sehingga warna keemasan, ketepikan
panaskan minyak
tumiskan bawang besar, masukkan mixed vege, cendawan, ayam dan kentang yg telah digoreng td
masukkan air, sos tiram, garam, gula dan lada sulah
akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti jadi pekat
sejukkan inti.... dan sedia digunakan.

tips dari Ros:

Pastikan mengunakan prata yang baru dikeluarkan dari freezer.Biarkan beberapa saat dan mulakan proses mengulung.
Siapkan satu persatu.
Prata yang belum digunakan biarkan didalan plasti.
Lakukan proses mengulung dgn cepat sebab prata cepat lembik.

Sunday, December 25, 2011

Pratha sardin gulung

selamt bercuti2 and Merry Christmas. musim cuti camni tentu ramai yang berjalan2 dan bercuti2 mesia sempena menghabiskan cuti hujung tahun kan. apa kata sediakan pratha sardin gulung ni untuk jadikan bekalan jenjalan.... kak rose buat ni sbb semalam lagi ternampak kat rumah Ros SinaranMenu, sementelah semua bahan pun ada, kak rose pun buat ni untuk anak bawak bekal balik ke Melaka. selamat jalan dan ingat pesan mama dan ayah yg x pernah abes2.... jangan bawak keta laju2, patuhi undang2 jalanraya dan always be very careful.....

Ros, kak rose cnp resepinya n tepek kat sini lak ya... mekasih bebanyak dan selamat bercuti2... tp kak rose mintak maaf banyak2 sbb dah menderhaka kepada resepi ni.... instead of frying kak rose bako je dalam oben... kurang sikit lemak dalam badan! x pe kan ros?

* 3 keping pratha dipotong 2 ( jenama kawan)
* 1 keping ikan sardin
* Sedikit potongan bawang besar (boleh masukkan cili jika suka)
* sedikit garam dan lada sulah
* Minyak masak untuk deep fry (kak rose bake 190deg for 30 mts)
* (kak rose perahkan sebiji asam limau kasturi)

Cara membuatnya.
1- Hancurkan sardin.Masukan bawang ,garam dan lada sulah.gaul rata(boleh juga ditumis sekejap jika suka).
2-Potong setiap prata kepada 2 bahagian. Letakkan sardin pada bahagian yang dipotong dan gulung kemas roti pratha.Tutup kedua-dua hujung setiap pratha.
3- Panaskan minyak secukupnya dan goreng pratha dengan api perlahan hingga garing.Hidang bersama coffee masa panas-panas.u...la...la.... sedap.

ni bekpes busu sebelum memulakan perjalanan balik ke Melaka.... nak sangat makan beger mama buat, wpun x cukup bahan - timun n tomato x dak - cuma kak rose tambahkan coleslaw untuk letak dalam beger tu.

Thursday, December 22, 2011

Puff kingkong lagi....

salam dan selamat pagi semua.... pagi2 ni dah hujan pulak, x la lebat tp drizzle yang berterusan... x dapat la nak g brisk walk, dan apa lagi ....pepagi cenggini terus je mengadap pc. boleh la mengupdate rumah maya kak rose ni....puff kingkong ni kak rose buat untuk minum petang semalam. malas punya pasal ni lah terjadinya puff kingkong.... kalau buat kecik2 mesti lagi cantik kan. tapikan mmg x terabes sebiji ni makan sorang. separuh tu pun dah kenyang tau! ada sebiji lagi nak reheat n wat sarapan pagi ni.....

resepi nya kak rose cnp dari rumah CMG dan kak rose penah tepek kat sini dulu.... tp kali ni kak rose guna isi ayam instead of burger tu. sedap! meh kak rose tepek lagi sekali ya...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 biji kentang saiz sederhana, kupas, dadu kecil dan rebus hingga empuk, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping daging burger ayam jenama Ramly (kak rose guna isi ayam didadu...)
1/2 camca besar cili kisar (kak rose guna cili flake + lada sulah)
1/2 camca besar tomato puree (x letak)
1 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's)
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun sup, hiris halus (kak rose x de la pulak!)
2 camca besar kacang pis (guna yg dalam tin, toskan airnya) (kak rose guna mixed vege)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 keping roti prata instat jenama KAWAN
1 biji telur, dipukul sedikit untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio", untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum masukkan cili kisar, rempah kari dan tomato pure, tumis hingga garing. Masukkan daging burger (hancurkan), kacau dan tambah air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah kentang dan kacang pis, masak hingga kering. Rasa dan matikan api. Gaul dengan daun sup. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping prata, letak 1/2 bahagian inti dan lipat 2, kemudian tekan keliling nya, kelim seperti karipap, letak atas dulang pembakar yang disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Cucuk2 sedikit dengan garfu, sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa. Bakar dalam oven pada suhu 190C yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidang untuk minum petang atau sarapan.... Selamat mencuba..

Sunday, December 4, 2011

Pai daging

salam hari minggu semuanya.... ni kes nak menghabiskan puff pastry yg dah lama terperuk dalam freezer.... sejak pandai menggunakan pratha tu, kulit pastry ni macam terbiar lak. kesian dia kan, dpd nnti expired baik kak rose buat sesuatu.... actually banyak tengok kat SinaranMenu yg banyak menggunakan pastry cenggini dengan menu yg sedap2, simple pulak tu... tu yg rajin menyelongkar dapur Ros tu... jangan marah ya Ros, lepas selongkar kak rose kemas balik elok2 dah... he he he meh tengok resepi pai daging untuk brunch ari ni.. mekasih ya Ros dan nak mintak izin cnp kat sini lak.

Kulit Pai
* 4 keping puff pastry jenama pampas (boleh beli kat Tesco) (kak rose guna jenama kawan )

Bahan Inti
* 1 packet minced beef
* 1 biji bawang besar potong dadu
* 1 biji kentang potong dadu
* 1 mangkuk sayur campur
* 1 1/2 sudu besar tomato puree
* 2 sudu besar butter
* 2 sudu besar gandum
* 1/2 sudu kecil lada hitam
* 1 keping kiub pati ayam
* Garam secukup rasa
* 1 cawan air

tergeseng pulak yg beso gedabak ni....

Cara memasak inti

1- Panaskan butter dan goreng bawang besar hingga terbit bau.Masukkan gandum dan kacau rata.Masukkan pula tomato puree.Goreng sebentar dan masukkan air.Biarkan mendidih sebentar.
2- Masukkan kentang diikuti dengan daging hancur.Kacau lagi. Masukkan pula sayur campur.Biarkan mendidih.Masukkan pula kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.
3- Biarkan daging mendidih dan air agak kering (Jangan sampai terlalu kering sebab bila sejuk daging akan menjadi betul-betul kering- tak sedap kalau inti pai kering.)
4- Rasa dahulu sebelum diangkat dan sekiranya suka boleh masuk garam. Angkat dan sejukkan.



Cara membuat pai

1- Keluarkan kulit pastry dari peti sejuk dan biarkan sebentar.Guna cawan atau mangkuk ,terap bentuk bulat diatas kulit pastry. Masukkan kulit pastry kedalam acuan.
2- Letak inti sebanyak yang disukai.Letakkan lagi sekeping terapan kulit pastry tadi diatas inti pai dan klim tepinya atau buatlah hiasan sesuka hati.Sapukan susu segar atau telur diatas permukaan pai.
3- Bakar dalam suhu 180 c sehingga pai kelihatan perang dan kuning keemasan lebih kurang dalam 30 minit. Selamat mencuba.

Friday, December 2, 2011

Puff kingkong CMG

Asalamualaikum dan salam tengahari Jumaat yg mulia... dah waktu lunch tp nak tayang menu bekpes yg x sempat pagi td.... walaupun cepat disediakan tp disebabkan pepagi dah potpet ngan jiran sebelah, so lambatlah jugak siap menda nih! kulit pratha yg dah dikeluarkan terpaksa masuk balik sekejap dalam freezer, baru senang nak wat keja... sudahnya bekpes dengan roti bakar jugak. pas bekpes barulah siapkan puff ni, elok jugak dah siap menu untuk minum nnti kan... pssttt... x sempat tunggu petang dah baham setengah biji tu.... sedap!

nampak puff ala karipap kingkong ni kat rumah CMG yg keratif tu, teruslah kak rose tingin nak wat... eh! tingin nak makan sebenarnya.... nak tau camner rasa daging beger kalau buat inti puff ni... so meh kita tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah CMG.... kak rose buh nama baru pd resepi ni - Puff kingkong CMG - ok x? anyway, mekasih ya mat!

karipap yg sebeso kingkong... mmg boleh tergolek kalau boleh abes sebijik nih!

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 biji kentang saiz sederhana, kupas, dadu kecil dan rebus hingga empuk, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping daging burger ayam jenama Ramly (kak rose buh 2 keping...yg daging punya...)
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar tomato puree
1 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's)
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun sup, hiris halus (kak rose x de la pulak!)
2 camca besar kacang pis (guna yg dalam tin, toskan airnya) (kak rose guna mixed vege)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 keping roti prata instat jenama KAWAN
1 biji telur, dipukul sedikit untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio", untuk ditabur


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum masukkan cili kisar, rempah kari dan tomato pure, tumis hingga garing. Masukkan daging burger (hancurkan), kacau dan tambah air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah kentang dan kacang pis, masak hingga kering. Rasa dan matikan api. Gaul dengan daun sup. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping prata, letak 1/2 bahagian inti dan lipat 2, kemudian tekan keliling nya, kelim seperti karipap, letak atas dulang pembakar yang disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Cucuk2 sedikit dengan garfu, sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa. Bakar dalam oven pada suhu 190C yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidang untuk minum petang atau sarapan.... Selamat mencuba..

Friday, November 18, 2011

Chicken horn

Asalamualaikum dan selamat pagi.... wat ni untuk minum petang semalam.... nama bukan main lagi, tp x de nampak macam horn pun kan.... maklumlah dek x kepandaian mak membalut buat corong tu, jadila macam kon saja, instead of horn. dapat idea ni masa tengok Ros Sinaranmenu dok tayang dia punya tuna horn yg sangat cantik tu... teringinla nak membuatnya, phrata tu dah ade tp tuna lak x de stok... so kak rose pun membega sendiri... tu yg jadi chicken horn... kan filling dia tu kita boleh letak apa saja asalkan sedap ditekak, x gitu Ros? maaf sesangatla ya sbb dah tuko nama dia.... kira derhaka pada resepi lah ni namanya kan? ya la nak buh nama tuna horn tp x de pulak tunanya! silalah ke blog Sinaranmenu, macam2 Ros buat dengan pratha ni.... siap ada step by step camner nak membuatnya... kak rose ni dah ikut.... tp keras tangan kak rose ni x leh nak adjust dah!... so ni lah hasilnya! apa ada pada rupa kan?----->>>>ayat nak sedapkan mata sendirilah ni....

inti nya kak rose guna sama seperti yg kak rose buat chiken pie ari tu.... sbb sedapnya punya pasal so kak rose buat lagi dan isikan dalam gulungan horn ni, cuma taburkan cheese atas inti tadi...

inti:
  • ~1 bijik bwg bsr dicincang
  • ~1 cwn kentang yg dipotong dadu
  • ~1 cwn mix vegetable
  • ~cendawan butang dihiris (kak rose x letak... x de)
  • ~2 keping dada ayam diptg kecil
  • ~minyak
  • ~1\2 cawan air.
  • ~1 sudu bsr tepung jagung+2 sudu bsr air
  • ~1 sudu bsr gula & sos tiram
  • ~garam dan lada sulah
cara-cara

goreng kentang hingga warna keemasan - ketepikan
panaskan minyak dan tumis bawang besar, masukkan ayam, biar ayam masak dan masukkan kentang n mixed vege
masukkan sos tiram, sedikita air, garam, gula dan lada sulah
akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sekejap dan padam api
sejukkan inti.

sedap sangat.... dan ada lagi... panaskan dan sambung buat sarapan pagi ni. terima kasih pada Ros yg share menu yg mempelbagaikan kegunaan prata ni.

tips dari Ros:

Pastikan mengunakan prata yang baru dikeluarkan dari freezer.Biarkan beberapa saat dan mulakan proses mengulung.
Siapkan satu persatu.
Prata yang belum digunakan biarkan didalan plasti.
Lakukan proses mengulung dgn cepat sebab prata cepat lembik.

Alternative: Intinya boleh dimulakan dgn memasukkan sedikit tuna dan letakkan pula cheese kemudian tuna dan siapkan dgn lapisan cheese. (kak rose cuma tabur kat atas jer....)

Friday, September 23, 2011

Cream puff

Salam hari jumaat yang mulia kepada semua..... hari ini ada satu menu baru kak rose cuba nak buat setelah gagal pada percubaan kali pertama dulu... takut lak nak cuba lagi. tapi dengan adanya tunjuk ajar dan gambar step by step yang ditunjukkan oleh ita diblog MasamManis tu, kak rose gagahkan diri nak mencuba sekali lagi..... dan dengan bismillahhirohmanirohim mudah2an kali ni berjaya lah hendaknya.




kak rose ni jenis malas nak salin resepi bawak kedapur jadi berulang kalilah asik kedepan pc.... baca sekali, bila kedapur dah lupa lagi... adeiiii!!!! setelah berkali2 akhirnya jadi jugak adunan tu dan cepat2 masuk dalam bekas plastik yang dah siap pasangkan nozle munger2..... dan bila picit tu.... alamak panas pulak dan munga jadi macam selonggok gitu..... x de langsung rupa munger.... kutip dan masukkan sekali lagi, dan akhirnya jadilah munga selonggok ni.. dah siap tu terus masuk dalam oven dan g semula ke pc.... adoiiiii sekali lagi terlupa nak spray air pada permukaan puff..... so akhirnya spray je masa dah dalam oven! ampun ita n yani, maklumlah baru nak blaja!
meh tengok resepinya yang kak rose copy dari rumah Azlita Masam Manis, terima kasih bebanyak ya ita dengan segala tunjuk ajarnya dan izinkan kak rose sharekan resepinya kat sini pulak..

CREAM PUFF
by : Yani

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.



CREAM CUSTARD
by :Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.