Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 30, 2020

Satu lagi lenovo x1 carbon

 Bulan shopping lap top gituww... 12 September 2020

selepas si ayah membeli lenovo 2nd hand ni si anak pun tak nak jugak... walaupun company dah sediakan tapi yang tu berat katanya... hari2 bawak pergi balik naik motor memang terasa lah bahu carry back pack tu.. so beli jugak yang ni sebab nipis dan ringan jer

 

 maka jumpa lagi dengan budak singh ni... mudah berurusan dengan dia ni. walaupun 2nd hand lappy ni tapi nampak masih sangat elok.. en asben memang cerewet kalau dengan gedget2 cam ni... check luar dalamnya, kalau puas hati baru lah dia setuju nak beli. dan yang ni memang ok lah, tu yang sampai datang lagi kesini.  kalau setakat nak buat kerja office yang biasa tu ok jer... tapi jangan lah nak main games yang berat2... tu kena lah tambah RAM segala kan...

ssd dan RAM seadanya... boleh lah untuk tampung buat kerja dirumah tanpa perlu bawak balik yang dah ada dioffice tu kan...

since beli pun dah yang second hand, so kotak pun tak de lah ya... masuk jer dalam beg plastik pun ok lah...lepas ni harap2 lah dua beranak ni tak de nak beli lagi another lappy dah.
 

Tuesday, September 29, 2020

HP 14s pulak...

 empat hari lepas beli Lenovo tu...

amik yang ni pulak... 27 August 2020

beli yang ni pulak sebab yang lenovo tu hard disc nya kecik katanya... ade jer alasan nak dapatkan lagi satu kan... tapi en asben nak jugak tambah kan capacity ssd tu, tu yang berusaha mencari dan akhirnya dapat lah di shopee...order nun jauh dari china, gitu
lagi seratus satu hengget dah nak jadi 3k... tapi dah kehendak, bayo jer la kan..
dan memang kaki godek, nak jugak tambah lagi size ssd dan juga RAM
ni dia additional pada yang sedia ada... 1tb ssd dan 8gb RAM...
 

Friday, September 25, 2020

Lenovo x1 carbon

 2nd hand pun boleh lah... 

dah sebulan baru dapat tepek kat sini.. 23 August 2020

tak tau dah ni lappy yang keberapa dah...agaknya dah puas guna yang jenis apple separuh tu.. so beli yang ni pulak.. katanya nak bawak kemana2 pun senang sebab nipis dan ringan.. apa punya alasan kan..
dan since it is 2nd hand punya lap top, so ada lah kekurangan dia... ssd dia cuma 120gb, so memang tak de banyak space nak simpan segala mak nenek dia tu kan...
so beli lah another ssd... 256gb pulak... tapi bila nak pasang dah tak sama pulak.. dah kena beli adapternya pulak..
ssd yang lama, ssd baru dan adapter , keduanya nun order jauh dari china... puas cari yang local tak jumpa.. so memang amik masa lah menda ni nak sampai... sabo jer la kan..
dan tiba masanya nak menggodek... pasangkan ssd baru 256gb tu... tak tau lah nak store apa lagi dalam tuh! ni lah satu kepuasan buat tukang beli tu
 

Thursday, September 24, 2020

Bye bye Yamaha FZ150i

 it is time to say good bye... 23 July 2020

walaupun baru guna tak tak sampai empat tahun, tapi tuannya dah beli yang baru, so terpaksa lah let go yang ni... dan yang besar kat sebelah tu pun akan say good bye jugak rasanya... sebab tuannya memang tak punya masa nak ride macam dulu2... walaupun sayang dengan ER6n tu, tapi apakan daya kan....
23 July 2020, moto ni bertukar owner... dan ini lah tuan punya yang baru tu...aka his brother in law yang masih study, so let go dengan harga student, katanya... muga namy jaga baik2 moto ni macam tuan asal dia jaga ya..
 

Wednesday, September 23, 2020

Menu sepital...

 Alhamdulillah seadanya...

Alhamdulillah...dengan menu yang disediakan... walaupun kadang2 memang payah nak memenuhi citarasa, tapi itu lah yang disediakan dan pilihan yang ada untuk pesakit yang admitted. semasa 1st day admitted, pesakit dan caregiver memang tidak dibenarkan keluar dari bilik sehingga lah keputusan covid-19 diperolehi pada petang esoknya... even anak ada belikan makanan, tapi cuma boleh hantar kat security di lobby dan akan ada staff yang tolong amik kan dan hantar ke bilik kita...so makan jer lah apa yang dah disediakan ni kan.. hingga esok petangnya baru kak rose boleh turun tapau mkanan di cafe..
orang sakit tak beapa selera nak makan... care giver tumpang sekaki lah.. dan malam tu pulak ayam masak kari, veges dan buah apple hijau... tapi tak termakan sbb dah tapau dari luar yang memang banyak pilihan kan..
pilihan sarapan paginya... roti dan jem+butter.. caregiver pun makan roti jugak lah. dan bermacam2 makanan buah tangan dari kawan2 yang datang melawat... terima kasih semuanya..
lunch untuk 2nd day... ayam percik n clear soup.
untuk dinner chicken pizza n mushroom soup, katanya...
tak de roti.. pilih kuey teow goreng pulak...bila dah malas nak turun untuk tapau dan anak2 pun dah kerja... makan jer lah apa yang disediakan. Alhamdulillah.. simpan sini buat kenangan di kemudian hari kisah hospitalised for 3 days sebab jatuh moto masa balik kerja... so sekarang dah stat untuk buat physiotherapy dan follow up next week... much better dah, Syukur sangat2..
 

Tuesday, September 22, 2020

Bubur nasi a la mc d

 Alhamdulillah..bubur mc d untuk yang sakit...


sekembali dari beberapa hari di hospital, kak rose buat bubur nasi a la mc d ni... walaupun en asben boleh jer nak makan macam biasa tapi nak jugak nak makan bubur ni.. so buat kan jer lah ya. boleh tumpang sekali makan... buka sekali jer tapi berkali2 pulaknya tukang masak ni makan!..semua condiment dah ada tapi cili merah pulaknya lupa nak potong... cuma potongkan cili api dan masuk dalam kuah kicap masin tu... pun boleh la kan... sendiri buat, sendiri makan kan.
dah siap untuk dinikmati... tapi kaler pucat jer tak de potongan cili merah tu kan..
meh kak rose kongsikan resepinya...

Bahan-bahan

  • 1  cwn beras 
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah/cili kicap
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan 
  • isi ayam yang dah disiat2
  • kacan tanah goreng 
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng


  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

 

Monday, September 21, 2020

Seminggu yang lalu

14hb September 2020 yang jadi sejarah...

4 malam mejadi care giver pada en suami yang admitted di KPJ, tergesel motor masa balik dari kerja petang tu.. kerana kecuaian penunggang lain. en asben yang jatuh teruk hingga hospitalised dan menanggung kesakitan yang teramat... mat motor tu keluar dari celah2 kereta yang berhenti sbb jalan jammed tanpa pandang pada motor yang datang dijalan lurus... dan akhirnya....
this the final diagnosis... retak tulang pangkal lengan dan 4 tulang rusuk jugak retak... ouchhh!!!
masa ni baru sampai, terima kasih pada rakan sekerja yang tolong hantarkan ke hospital.. dalam kesakitan yang teramat dengan jalan jem waktu balik kerja memang terasa lambat sangat nak sampai ke sepital... almost eight pm baru sampai.. dan menunggu untuk dapatkan rawatan jugak sangat lama... berkali2 tanya kat kaunter bila boleh dapatkan rawatan tu..
at last... baru lah disorong untuk jumpa doktor... tunjuk semua tempat yang sakit.. tapi masa ni cuma nampak sedikit bruises dan tak lah lebam2 bagai tapi sangat sakit... lengan dan bahu tak leh nak gerakkan... kat rusuk pun sakitttt... so doc advice to go for x ray...
ni lepas x ray... dua kali kena buat x ray dan lepas tu tunggu lagi for next treatment
kena buat jugak ECG test di kawasan treatment awal tu.. lepas ni menunggu lagi untuk buat covid test..lamaaaaaa tunggu baru lah buat test tu. dah selesai semua baru lah di tolak untuk masuk ke wad for admitted
akhirnya at 12am, baru lah sampai ke wad... macam2 procedure untuk sampai kesini...dapat jab ubat tahan sakit dan boleh lah rehatkan diri kat sini.. rehat sambil menahan sakit gitu lah..
next morning...since x ray tak berapa jelas untuk nak diagnosis kesakitan tu.. so kena buat ct-scan pulak dan resultnya seperti yang kat atas tu lah... bertabah lah ya..
melayan kesakitan...dan nak memenafaatkan masa di wad... internet jadi penyelamat
3rd day di wad, kena stat buat physio.... guna iced pack therapy untuk legakan sakit dan kurangkan bengkak dan kena buat ni setiap tiga jam untuk setengah jam sekali procedure tu... Alhamdulillah hari ke empat dah boleh discharge, tapi memang makin banyak lebam biru yang kelihatan di lengan, badan dan kaki jugak.. so kita sambung makan ubat dan buat ice therapy kat rumah saja lah...  
memanjakan kaki yang bengkak lebam teruk...cold pack therapy by caregiver kat rumah... dan lepas seminggu ni dah agak selesa walau pun belum pulih sepenuhnya... follow up untuk therapy in 2 days time dan jugak untuk jumpa doktor lagi dalam masa seminggu lagi...semuga cepat sembuh ya en suami.

Friday, September 11, 2020

Kari ayam istimewa

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua...


 gulai kari ayam berposing dalam kuali..

ada masa rajin kak rose masak gulai kari ayam ni... tapi entak lah vitamin m tu dah banyak sangat untuk nak amik gambo bagai... so gambo yang ada ni jer lah dalam periuk atas do jer.. tak per lah kan asalkan sendiri masak dan sendiri punya gambo, tak de nak cilok orang lain punya dan tepek diblog sendiri kan.. dan hingga sekarang pun masih ada kes2 cenggini... tak larat dah nak melayan kannya.. jom lah bersama kak rose masak gulai kari ni...yang ni kak rose guna semua bahagian peha yang gumuks2 gitu. memang kalau beli ayam suka bahagian either whole leg, peha atau pun fillet saja... jom masak..

Bahan-Bahan:

  • 6 peha ayam yang gemuks
  • 2 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 mangkuk santan
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 3 biji kentang
  • garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk hiris halus (A):
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis (B):
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    • 1 sudu kecil halba campur

Cara-cara untuk kari ayam:
  1. Bersihkan ayam dan toskan
  2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air supaya menjadi pes pekat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A dan B sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Setelah bahan tadi pecah minyak, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak.
  6. Masukkan sedikit air jika takut kari hangus di bahagian bawah.
  7. Masukkan pula santan dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang

Thursday, September 10, 2020

Udang goreng kunyit

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua...

ada hari rajin kak rose untuk nak masak2.. bila ada tukang makan maka tukang masak pun rajin lah nak sediakan juadah kan... ni kak rose masak masa anak2 ada kat rumah ni sebab rumah derang ni masih tak de bekalan air... jadinya derang pun berkampung kat sini... Alhamdulillah mama pun jadi rajin masak walaupun dengan bahan apa yang ade jer dalam fridge... udang goreng kunyit togel2 pun boleh lah kan...

Bahan-Bahan:

  • udang saiz besar secukupnya, siang buang kulitnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili hijau, hiris kasar
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang/daun sup.

 

Wednesday, September 9, 2020

Tuesday, September 8, 2020

Goreng telo pun sedapppp

 Alhamdulillah dengan rezeki Nya...

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan.... dan tukang masak yang tak berapa rajin ni. dan pulak tu malas nak keluar makan, bila fikir dengan air tak de, soal kebersihan tu yang jadi keutamaan... macammana penyediaannya... ish!!! tak nak fikir lah kan. so masak jugak lah dengan apa bahan yang ada dalam fridge.. dan ini lah jadinya.. ayam fillet goreng berlada, telo goreng ala thai dan sayur pak choy... cam ni pun kami berdua boleh bertambah nasik... kiranya sedap lah tu kan..
nasib baik jugak sebelum kisah air tak de tu ada beli sedozen air mineral yang 1.5 litre tu, so boleh lah guna berjimat2... untuk masak n jerang air jer.. sejak pkp ni kawasan kita ni dah dua kali terpaksa bertahan denagn tak de bekalan air... masa memula pkp tu lagi lama tak de bekalan air ni... dan kali ni selepas empat hari, air mula dibekalkan semula tetapi sangat perlahan dan tak sampai ke bilik air di atas... tapi Alhamdulillah dah ada, walaupun perlahan kan... dan yang jadi masaalahnya perkara ni berlaku disebabkan oleh pencemaran dari kilang yang sama yang menyusahkan 1.2 juta akaun pengguna termasuk lah kak rose ni yang tak boleh nak tapau makanan dan terus jadi rajin memasak walaupun cuma goreng telo!😉😉
 

Monday, September 7, 2020

Bingka tepung beras

 Asalamualaikum dan salam isnin yang ceria selepas empat hari tak ade bekalan air...

resepi kuih bingka tepung beras ni asik lalu lalang kat fb wall, jadinya walaupun sangat lah tidak rajin nak buat tapi bila asik terpandang jeeeee maunya tak nak rasakan... so tukang masak ni pun merajinkan diri buat lah kuih ni... walaupun tukang makan nya tak de, so kak rose buat separuh dari adunan ni... boleh lah untuk melayan tekak yang nak makan ni kan.. nasib baik jer kejadiannya menepati citarasa, so tukang masak ni pun happy lah... jom check resepinya yang kak rose amik dari fb.. terima kasih yang kongsikan resepinya ya..
Resepi kuih bingka tepung beras:

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung jagung

1 cawan gula

7 cawan santan

garam

Cara:

Satukan semua bahan dan masak bahan diatas hingga pekat.

Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven lebih kurang dalam satu jam atau hingga masak.

 

Friday, September 4, 2020

Assistant baru..

Mata pun nak kan assistant yang baru.... sebenarnya yang dok pakai ni tak sampai setahun pun baru gantinya, tapi tak tahu lah macam dah tak serasi dengan mata... cermin mata yang salah atau mata yang bertambah kaburnya... entah lah... so jawapanya memang nak kena buat yang baru lah...
since yang lama tu buat kat kedai lain dan sangat tak selesa bila pakai, so kita balik ke tempat yang memula buat lah... so terus tuju ke focus points kat subang parade, bila test mata tu memang ada pertambahan powernya... agaknya sebab asik menghadap komputer sepanjang hari ke power tu jadi bertambah2...eH! betul ke statement cam tu? entah ler...
lepas seminggu assistant baru pun dah ready, guna nikon glass yang harganya  buat mata tambah terbuntang!
Alhamdulillah, terang dah mata bila dapat assistant baru ni...
me in my new norm and my rm2k++ new assistant  

Wednesday, September 2, 2020

Pengat ubi pulak...

Bila ada banyak ubi, maka menu pun asik berasaskan ubi jer la kan... yang ni pun kak rose buat dah beberapa hari lalu, nak jugak tepek kat sini hasil dari ubi yang kak rose tanam sendiri kat kampung... bangga gitu rasanya dapat makan ubi hasil dari tanaman sendiri.. tapi sayang bila dah cabut pokok ni, terlupa pulak nak tanam semula batang ubi tu... dan ramai pulak yang mintak batang ubi ni untuk ditanam kat rumah memasing... agaknya sebab jarang dapat isi ubi yang kuning macam ni kan... tak per lah rezeki sama sama kita kongsi kan.. jom lah kita nikmati pengat ubi kuning bersagu yang sedap nih.

Bahan bahan

3 ketul ubi kayu ( saiz sederhana) - buang kulit, bersihkan dan rebus hingga empuk
2 cawan santan 
3 sudu makan gula pasir - tambah jika suka lebih manis 
1 ketul gula kabung
1 helai daun pandan - simpulkan
Secubit garam
2 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu

Cara cara

 1. Masukkan semua bahan kecuali ubi kayu ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang perlahan.
2. Sentiasa dikacau supya santan tidak pecah minyak. Biarkan hingga gula hancur dan hampir mendidih.
3. Masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi. Biarkan seketika dan kuah mendidih.
4. Dah siap boleh la dihidang.