Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 30, 2020

Satu lagi lenovo x1 carbon

 Bulan shopping lap top gituww... 12 September 2020

selepas si ayah membeli lenovo 2nd hand ni si anak pun tak nak jugak... walaupun company dah sediakan tapi yang tu berat katanya... hari2 bawak pergi balik naik motor memang terasa lah bahu carry back pack tu.. so beli jugak yang ni sebab nipis dan ringan jer

 

 maka jumpa lagi dengan budak singh ni... mudah berurusan dengan dia ni. walaupun 2nd hand lappy ni tapi nampak masih sangat elok.. en asben memang cerewet kalau dengan gedget2 cam ni... check luar dalamnya, kalau puas hati baru lah dia setuju nak beli. dan yang ni memang ok lah, tu yang sampai datang lagi kesini.  kalau setakat nak buat kerja office yang biasa tu ok jer... tapi jangan lah nak main games yang berat2... tu kena lah tambah RAM segala kan...

ssd dan RAM seadanya... boleh lah untuk tampung buat kerja dirumah tanpa perlu bawak balik yang dah ada dioffice tu kan...

since beli pun dah yang second hand, so kotak pun tak de lah ya... masuk jer dalam beg plastik pun ok lah...lepas ni harap2 lah dua beranak ni tak de nak beli lagi another lappy dah.
 

No comments: