Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, September 28, 2021

Sarapan....



 Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan... bukan malas masak cumanya tak rajin jer 😜

Sunday, September 26, 2021

Oranges..

 sapa suka makan buah oranges ni keta geng lah...

soooo sweet n juicy... saya sukaaaa...
hari2 makan buah mcam ni pun tak jemu..
5 biji for 11.90... untuk stok seminggu
3 biji saploh hengget... manis n juicy
 

Saturday, September 18, 2021

Walaupun pahit....

 tapi tak leh berhenti mengunyah...


kerepek peria katak salut tepung bistari.... sedap krup krap krup krap!

 

Wednesday, September 15, 2021

Tuesday, September 14, 2021

Salmon panggang sedap

bila terasa nak makan, makan merajinkan diri panggang ikan salmon yang dah kejung dalam freezer ni.. nasib baik lah rasanya tetap sedap walaupun dah kejung tu kan.. sekeping cam ni mana cukup kan so kak rose gandingkan dengan nasik goreng dan celurkan brokoli untuk sayurnya...  resepi yang kak rose copy ni untuk 4 keping ikan, so pepandai lah nak adjust ya...
Bahan-bahan:

4 Keping ikan salmon
1 inci halia muda ( mayang )
4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
1 biji lemon ( ambil jus )
Garam & Serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit oregano
Minyak zaitun

Cara-cara penyediaannya:

1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.

2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.

3. Taburka lada hitam, oregano.

4. Gaulkan dengan bahan putih dan halia.
5. Perap selama setengah jam.

6. Panggang ikan hingga masak.

7. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis.


 

Monday, September 13, 2021

Udang celup tepung bistari

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua... lamanya terbiar dapo kak rose ni kan....

meh la hari ni kak rose kongsikan udang goreng celup tepung bistari yang cuma tinggal gambo jer ni... sejak dua menjak ni asik bz jer entah apanya... tapi yang pasti sedang berkemas untuk berpindah kerumah baru yang lama... eh, camner tu ya... sebenarnya rumah tu dah lama cumanya kini baru jadi kepunyaan kami... so berkemas lah segala harta karun yang telah sekian lama dikumpul tu... so berulang lah dari rumah ni ke rumah tu, nasib baik tak jauh jadi boleh lah angkut sikit2 barang kecik2 dulu.. dan yang selebihnya tu kenalah sewa lori movers... semuga dipermudahkan urusan perpindahan kami nanti..
sebelum tu jom la tengok udang goreng celup tepung bistari yang sedap ni..kak rose guna tepung bistari perasa original tu, dan tepun ni dah masin kan, so tak yah buh garam dah. just bancuh dan celup udang yang dah dibuang kulit tapi tunggalkan bahagan ekornya tu, goreng dengan minyak yang cukup panas. dan siap... makan hangat2 cicah dengan cili sos memang sedap sangat lah buat kami... teringat makan gorengan ict kat pantai terengganu pulak. entah bila lah agaknya boleh sampai kesana  lagi kan. covid, cepat lah pergi. kami nak hidup bebas dan normal macam dulu2...
 

Thursday, September 2, 2021

Pengat keledek bersagu

 laaaaaaamaaa tak buat pengat cenggini...

keledek ni dah lama belinya, tapi bila membeli just untuk ada stok kat rumah, jadinya memang lama lah terbiar hingga lah tuan tanah ni ada rasa nak transform kan jadi sesuatu menu yang sedapppp gitu. dapat buat pengat cenggini pun dah tersangat lah sedapnya buat kami ni... cam tu lah kalau kerajinan tu tak de kan, dapat buat sesuatu menu untuk minum petang pun dah satu pencapaian yang boleh dibanggakan sendiri. betul lah kata orang... malas ni tak de ubatnya!
so, dah jadi pengat ni meh ler kita menikmatinya dengan sepenuh hati dan bersyukur padaNya kerana diberikan kerajinan untuk menyediakan menu untuk minum petang itu. Alhamdulillah, bangga untuk diri sendiri lah 😜😝
 

Wednesday, September 1, 2021

Selamat datang September...

 semuga semuanya baik baik belaka...