Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, September 14, 2021

Salmon panggang sedap

bila terasa nak makan, makan merajinkan diri panggang ikan salmon yang dah kejung dalam freezer ni.. nasib baik lah rasanya tetap sedap walaupun dah kejung tu kan.. sekeping cam ni mana cukup kan so kak rose gandingkan dengan nasik goreng dan celurkan brokoli untuk sayurnya...  resepi yang kak rose copy ni untuk 4 keping ikan, so pepandai lah nak adjust ya...
Bahan-bahan:

4 Keping ikan salmon
1 inci halia muda ( mayang )
4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
1 biji lemon ( ambil jus )
Garam & Serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit oregano
Minyak zaitun

Cara-cara penyediaannya:

1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.

2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.

3. Taburka lada hitam, oregano.

4. Gaulkan dengan bahan putih dan halia.
5. Perap selama setengah jam.

6. Panggang ikan hingga masak.

7. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis.