Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 31, 2017

Kuih2 hari jumaat....

 Asalamualaikum dan salam Jumaat kengkawan.... kuih yang kak rose buat untuk bawak ke majlis bacaan Al-Khafi kat rumah kawan. buat pun yang mudah2 jer... yang cepat boleh disiapkan pagi tu... tak daya la nak buat yang remeh2 sbb memang kesuntukan masa... majlis stat pukul 9, so ni jer yang mampu kak rose buat... kuih cara manis, pun ramai yang meminati sbb dibuat dengan penuh kasih sayang kan... lagi pun kalau yang home made ni memang jadi pilihan instead of yang beli kan..

apam bali inti kelapa pun cepat jer siapnya... tapi kena siapkan intinya lebih dulu dan paginya cuma nak bancuh batter dan cepat jer buatnya.... Alhamdulillah, kawan pun suka asalkan ianya home made dan fresh dibuat pepagi tu.... berbaloi walaupun bersauna didapo pepagi hari. kalau jadi host kak rose akan sediakan yang berat sedikit untuk brekfast lepas mengaji tu...dah dua kali kak rose buat lontong atas permintaan kawan2... walaupun sedikit penat, tapi tukang masak akan berasa sangat suka bila hidangan yang lontong yang simple pun jadi kesukaan... hingga ada ulangan permintaan...

Thursday, March 30, 2017

Jus belimbing buluh asam boi

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat semua kawan2... kecur tak tengok tayangan amal kak rose ni... apa lagi sekarang dengan cuaca yang sangat panas membahang, semua yang sejuk2 cam jus ni memang sangat laku lah... semalam masa balik dari berlenggang mak limah pepagi tu, kak rose amik buah belimbing buluh yang banyak berbuah kat pokok depan rumah ni... dan terus lah buat juice ni...

walaupun belimbung buluh sangat lah masam, tapi bila dah campurkan dengan asam boi tu, hilang sudah masamnya. tak perlu bubuh gula dah, semata belimbing buluh, air dan asam boi... letak kiub ais dan nikmati lah sejuk2... memang sangat nyaman dihari yang sangat panas ni.... satu jug boleh habis ngadap sorang2! kawan2 yang ada simpanan belimbing buluh boleh lah mencuba buat jus ni, gerenti sedap!

Wednesday, March 29, 2017

Tuesday, March 28, 2017

Makan2 hari minggu....

 kisah makan makan hari minggu yang lepas... sehari selepas buat majlis bacaan al-Khafi kat rumah, kali ni keluarga adik pulak datang ziarah rumah kak rose... sejak berpindah ke shah alam semula, ni la kali pertama derang berkesempatan datang nak ziarah... ya lah bila anak2 bersekolah dan adik kak rose tu asik terbang jer kerjanya, jadi memang tak berkesempatan nak ziarah lagi.... kebetulan semalam hari terakhir cuti sekolah, dan sebelum adik terbang ke bangkok pulak tu yang amik masa berziarah ke rumah kak rose...

 memang ajak derang ni datang time lunch, boleh borak2 dan makan2 sampai pengsan... walaupun menu simple jer yng kak rose sediakan... maklumlah sorang jer tukang masaknya... ada assistant tapi asik dok ngadap komputer jer kerjanya...

 bahan2 untuk siakap tiga rasa yang kak rose masak...

 dan satu setengah kilo daging masak lemok cili api yang tak pedas berposing dalam piok atas dapo lagi!.... daging tu en asben yang tolong potongkan...sementara kak rose tumbuk ciliapi dan kunyit tu... kerjasama kan... goreng ayam jugak, tapi tak dan nak amik gambo... memasing dah lapo katanya... buah2 watermelon dan jambu batu yang adik bawak sebagai dessert pun tak dan nak snap....

dan selepas makan2.... time untuk berkemas pulak...

Monday, March 27, 2017

Hari Jumaat dan Al-Khafi...

 Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua...cuti sekolah dah pun habis dan pastinya ibu2 yang punya anak bersekolah pasti sibuk semula... dan rutin setiap hari jumaat kak rose dengan bacaan Surah Al-Khafi...kali ini kak rose jadi tuan rumah untuk bacaan minggu ini dan menu yang mampu kak rose buat cuma lah lontong dengan sambal tumis dan muffin cokelat, air sejuk dan panas... seperiuk beso kuah lodeh kak rose buat, nasib baik cukup untuk semua...

 selalunya untuk bacaan Al-Khafi ni yang datang tidaklah ramai sangat, tapi kali ni sampai penuh rumah, bersesak2... mohon maaf lah ya kawan2 semua pada segala kekurangan.  Alhamdullilah, terima kasih atas kesudian kawan2 semua datang untuk majlis ini..

30 biji muffin cokelat yang sempat kak rose sediakan...

 antara kawan2 yang sudi hadir....

 selesai bacaan, masa untuk menikmati kuih2 yang dibawa oleh kawan2 semua.... penuh meja, tapi tuan rumah bz, tak dan nak amik gambo...

 macam2 kuih ado!

selepas selesai majlis... time untuk berkemas pulak.... sebahagian pinggan mangkuk yang tunggu masa nak masuk cupboard balik!

Sunday, March 26, 2017

Pendek umurnya!!!

 speaker baru for my darling desktop, peneman setia sepanjang hari... pengganti kepada altec lansing yang dah gone kaput, tapi sbb tergesa2 beli speaker cap ayam made in china ni, sungguh lah tak panjang usianya... tak sampai setengah hari tiba2 bommmm.... terus sunyi sepi! ingat kan computer hang ke atau radio yang terputus ke... puas lah on off kan speaker cap ayam tu.... memang dah tak nak bunyi dah....

sub woofer yang sangat glaring dia punya lampu, sampai en asben tampal dengan cellotape tak nak bagi terang sangat... tapi sayang... tak sampai setengah hari dah kaput jugak... so malam tu jugak pergi semula ke kedai tu di Subang Parade, terus downgrade speaker lah jadinya.... tak kisah lah asalkan ada bunyi pun jadilah buat kak rose ni... tak reti nak analyze bunyi yang bom bom ke, pung pang ker... ishhhh memang tak reti...
 
 so... ini lah penggantinya... dari altec lansing ke ivoomi ke logitech... tak kisah lah asal ade bunyi buat peneman sepenjang ahri kat rumah kan...

 muga logitech ni boleh bertahan lama lah... duduk sana diam2 ya.... serve your master, baik baik ya!

Saturday, March 25, 2017

Sirap buah kabung

 memang heaven sangat dapat minum sirap buah kabung yang sejuk dan sedap ni... dengan cuaca yang panas membahang at 34°C dalam rumah with humidity 55%, memang macam bersauna la jawapnya... tapi kiranya bagus jugak boleh bakar lemak2 degil tu kan... blessing in disguise, gitu

 no rambling rambling, meh sejukkan tekak dengan sirap buah kabung yang sedap ni... berelas2 minum, lupa sekejap yang baru saja baik dari batuk yang berpanjangan tu... harap2 tak la batuk semula kan.

nyaman seh!

suhu petang ni 25 Mar 2017... mmg panas membahang kan...


Ikan sadin masak asam

 ikan sadin masak asam yang sangat sedap... walaupun sangat simple, tapi dengan sampah sarap yang banyak tu menjadikan nya sangat sedap bila dinikmati dengan nasi panas2... tak perlu lauk lain dah, cuma kak rose potongkan timun jepun dan daun salad untuk digandingkan dengan ikan ni... pun boleh makan nasi bertambah2... tak perlu lauk2 yang gedabom pun jadi kan!

resepi simple...

3 ekor ikan sadin
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
sedikit halia
1 cawan air asam jawa
2 biji cili api, dipotong
garam dan gula secukup rasa


ikan sadin dibersihkan, gaul dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan..
untuk kuah, tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi
masukkan cili api dan  masukkan air asam... agak2 jer air asam tu, biar jangan masam sangat
didihkan... dan perasakan garam gulanya.
masukkan ikan goreng tadi, kacau2 sekejap dan siappp.
Bahan : 4 ekor ikan kembung - ikan lain pun sedap juga 1 biji bawang besar - dihiris2 2 ulas bawang putih - dihiris2 1 biji cili merah ( klu nak pedas, guna cili padi ) - dibelah2 @ dihiris2 1 cawan air asam jawa sedikit garam dan gula secukup rasa sedikit kiub ikan bilis sedikit lada hitam yang ditumbuk Cara memasak : Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam, serbuk kunyit dan lada sulah dan goreng, angkat dan toskan. Lebihan minyak goreng ikan, cedok minyak untuk disimpan dan tinggal untuk ditumis ajerk. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga wangi dan masukkan air asam jawa ( pandai2 agak yerk asam jawa tu supaya tak masam sangat kuah tu ), biarkan mendidih dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ikan bilis, kacau sebati dan rasakan, boleh tambah lagi bahan2 untuk seimbangkan rasa tu dan bila ok, masukkan ikan goreng tadi dan serbuk lada hitam,kacau, biarkan seketika dan boleh diangkat. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Bahan : 4 ekor ikan kembung - ikan lain pun sedap juga 1 biji bawang besar - dihiris2 2 ulas bawang putih - dihiris2 1 biji cili merah ( klu nak pedas, guna cili padi ) - dibelah2 @ dihiris2 1 cawan air asam jawa sedikit garam dan gula secukup rasa sedikit kiub ikan bilis sedikit lada hitam yang ditumbuk Cara memasak : Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam, serbuk kunyit dan lada sulah dan goreng, angkat dan toskan. Lebihan minyak goreng ikan, cedok minyak untuk disimpan dan tinggal untuk ditumis ajerk. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga wangi dan masukkan air asam jawa ( pandai2 agak yerk asam jawa tu supaya tak masam sangat kuah tu ), biarkan mendidih dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ikan bilis, kacau sebati dan rasakan, boleh tambah lagi bahan2 untuk seimbangkan rasa tu dan bila ok, masukkan ikan goreng tadi dan serbuk lada hitam,kacau, biarkan seketika dan boleh diangkat. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Bahan : 4 ekor ikan kembung - ikan lain pun sedap juga 1 biji bawang besar - dihiris2 2 ulas bawang putih - dihiris2 1 biji cili merah ( klu nak pedas, guna cili padi ) - dibelah2 @ dihiris2 1 cawan air asam jawa sedikit garam dan gula secukup rasa sedikit kiub ikan bilis sedikit lada hitam yang ditumbuk Cara memasak : Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam, serbuk kunyit dan lada sulah dan goreng, angkat dan toskan. Lebihan minyak goreng ikan, cedok minyak untuk disimpan dan tinggal untuk ditumis ajerk. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga wangi dan masukkan air asam jawa ( pandai2 agak yerk asam jawa tu supaya tak masam sangat kuah tu ), biarkan mendidih dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ikan bilis, kacau sebati dan rasakan, boleh tambah lagi bahan2 untuk seimbangkan rasa tu dan bila ok, masukkan ikan goreng tadi dan serbuk lada hitam,kacau, biarkan seketika dan boleh diangkat. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Friday, March 24, 2017

Salam Jumaat dari keluarga stokin

 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari... anak2 stokin yang dah mula membesar pun nak ucap salam jumaat ... asik nak memanjat keluar dari kotak yang kami sediakan...  dan kali ni kak rose bawak semuanya keluar dan letak dalam tudung saji yang dah tak digunakan ni... nak amik gambo pun susah, asik nak memanjat keluar jer..banyak2 nama, setokin jugak emak bagi kat ibu kucing ni! kucing jalalan yang emak amik dan bela sedari kecik.... dan kini dah ada keturunan pulak...

 emapt beradik yang dah berumur hampir sebulan... pandai nak takut pada orang yang dia tak biasa!

siibu yang marah kalau ada orang yang ganggu anak2 dia.... buntang mata, marah kat kak rose la tu!

Thursday, March 23, 2017

The result.... nangessss!

 Yearly check-up ni patutnya buat by year end hari tu... tapi masa tu kan sibuk sangat dengan mak hospitalised dan sibuk jugan nak berpindah ke shah alam... so tangguh tangguh nak buatnya... bila dah sampai tempat baru, lain pulak sibuknya... sibuk berkemas dan berulang kekampung jaga mak yang masih tak berapa sihat... dan dua minggu lepas kak rose sendiri kurang sihat, berulang amik neb kat klinik dan bila dah agak sihat tu buatlah terus ujian darah ni....
 sebelum demam dan batuk tu memang seminggu empat kali berbrisk walk dipagi2 hari... continue dengan makan oats dan minum susu omega yang to reduced cholesterol tu... tapi bila tiga minggu batuk dan demam... terus tinggal tu semua... dan terus buat blood test ni... dan ini lah resultnya.... kolesterol jahat tu telah naik dengan jayanya compare to last year's 2.7 je. siap dapat H flags, gitu!... uwaaaaa!!!! nak nanges pun tak guna kan... so pagi semalam dah start balik dengan brisk walk dan oats n susu omega... 6 bulan nanti nak check lagi... harap2 the result will be better la kan. Insya Allah.

 yang lain2 tu no problem, kata doctor... tak de flags tu kira ok la kot kan...

balik rumah nak hiburkan hati... makan murcott orange banyak2... bayar balik yang selama tiga minggu doctor tak bagi makan buah sbb batuk tu dengan harap kolesterol jahat tu akan turun bacaannya... boleh cam tu?

Wednesday, March 22, 2017

Kisses

ubat tambah lemak!

Tuesday, March 21, 2017

Kuih getas getas

 kuih untuk minum kami anak beranak petang semalam... buat satu adunan, punyalah banyak jadinya... memang banyak berlebih untuk kami tiga beranak ni.  dan pagi ni masih elok bersalut gula tu, tapi terfikir camner nak reheat pulak kan... atau just makan cenggitu jer... apa apa pun, tak baik membazir... makan jugak lah walaupun dah sejuk tapi masih tetap lembut dan besalut elok.. resepi kak rose amik dari blog Gee, siap ada cara dan petua nak sira tu.... mekasih ya Gee

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng



Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.

Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.



Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar. 

dah siap pun.... kuih getas getas berposing dalam koli lagi! happy sangat bila gula sira ni menjadi.

Monday, March 20, 2017

Lomak ciliapi daging n kentang

 Asalamualaikum dan selamat pagi isnin buat semua... lauk tengahari semalam yang kak rose masak untuk lunch... lama sangat dah tak masak untuk kami anak beranak makan bersama... minggu lepas kak rose kat kampung, so derang ni tapau atau terus makan kat luar masa balik keja tu... so ari ni kira ada kerajinan sikit... masak lah daging lomak ciliapi ni... digandingkan pulak dengan ikan masin... memang bertambah2 nasi la jawapnya... sayur pun tak rajin nak goreng, so fresh salah n timun pun ok jer... kita sendiri yang nak makan kan... healthy vege la kononnya!

 setengah kilo daging dengan sebiji kelapa parut yang kak rose perah santan sendiri... lebih suka dengan santan fresh macam ni... terasa lebih sedap pada kak rose la...

Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang (kak rose guna daging yg biasa jer)

2 batang serai
20 biji cili padi (kak rose bubuh sikit jer... ikut le kepedasan memasing ya!)
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit (tak bubuh lak!!!)
sedikit garam
½ cawan air
sekeping asam 

  fresh iceberg lettuce n timun.. potongkan cili merah, siap!
 
Cara-Cara
 
1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus. (kak rose tumbuk je, lagi sedap tau)

2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.

3. Jika daging telah empuk masukkan santan
cair dan air tadi dan juga asam keping. Kemudian maskukan ubi kentang dan daun kunyit.

4. Apabila ubi kentang telah empuk, masukkan santan pekat dan garam.Tutup api.

Cadangan Hidangan:
Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.

 dan ini lah yang menambah selera... ikan masin gelama goreng.

kombinasi lauk yang buat kami bertambah2 nasik... jahatkah ikan masin dan gulai tu????

Sunday, March 19, 2017

Masak2 di kampung

  masak2 dikampung by my SIL pada hujung minggu lepas, masa kak rose sampai tengahari tu semuanya dah siap, apa lagi terus lah menghadap bersama bonda tersayang dan adik beradik yang sama2 balik kampung masa tu... memang seronok makan ramai2 cenggini, apa lagi dengan bermacam menu seafood... udang size xxl goreng kunyit, ikan terubuk bakar yang tak ingat nak amik gambo, ikan timah gemuk2 goreng, kupang rebus, ayam goreng dan sayur sawi putih dan carrot masak lemak. so makan as if no tomorrow,  lupa sekejap dengan allergic tu...

 kupang fresh dari pasar di Rengit... manis walaupun cuma direbus...

ossjr... old school style jagung rebus... yang juga fresh dan manisssss dari pasar Rengit. 12 biji for rm10.

Saturday, March 18, 2017

Koey teow kungfu

 koey teow kungfu pebret.... dan bila dah pandai buat sendiri, lagi lah tak payah nak berkungfu bagai kalau nak makan kan... mudah jer rupanya nak baut koey teow kungfu ni...sayur mayur dan segala mak nenek dalam tu pun sesuka hati lah nak bubuh... cumanya yang pasti api kena kuat masa nak goreng koey teow dengan telor tu... baru lah cantik jadinya... serupa macam yang kita makan kat kedai tu... tapi tak de lah sampai menjulang api macam dapur dikedai tu ... hihi

meh kak rose kongsikan resepi yang kak rose amik belajar dari blog Sham, mekasih ya kerana siap bagi step by step nak masaknya... memula dulu ikut betul2... bila dah banyak kali buat mula lah cenekeh...suka suki jer, telo dalam kuah pun lupa nak bubuh! tak per la kan sbb sendiri yang nak makan... hihi

Bahan:
secekak kuey teow
sebiji telo
sedikit garam n lada sulah

seulas bawang putih
cili api (kalau nak pedas la kan...)
sedikit udang
sayur sawi, carrot dan putik jagung
sedikit tepung jagung (optional)

cara2
goreng kuey teow yang telah digaul dengan telor dan sedikit garam dan lada sulah.... api kena kuat baru jadi cantik macam kat kedai tu ya...

untuk kuahnya..


Untuk kuah pulak..
- tumiskan bawang putih and cili api (kalau nak pedas).
- dah tu masukkan segala harta karun yang kita suka.. udang ke.. ayam ke.. sotong ke.. goreng sekejap.
- later.. masukkan air. Tunggu sampai mendidih. Pecahkan sebijik telur and kacau. Anyway kut tak suka telur.. boleh la skip this step.
- untuk memekatkan kuah.. ambik sesudu teh tepung jagung.. you know what to do la kan.
- lastly.. adjust la garam and whatsnot.

Friday, March 17, 2017

Pesanan dari Dr Hamid Arshat

Asalamualaikum dan salam jumaat buat kawan2 semua.. pagi ni kak rose nak kongsikan kat sini pesanan dari Dr Hamid Arshat yang lalu kat wall fb. pesanan yang bagus macam ni biarlah kita  kongsikan sama2 buat semua pembaca dapur maya kak rose ni... satu waktu dulu kak rose pun pernah mendapat rawatan dr Dr Hamid Arshat ni di kliniknya. dan sekarang, at the age of 72, masih aktif menjalankan tugasnya sebagai pakar sakit puan... semuga Dr akan terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan tugas dan membantu pesakit2 wanita lain....

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Thursday, March 16, 2017

Bubur candil bersagu

 dessert sempoi tapi sedap buat kak rose... yang penting nak buatnya mudah dan bahan pun sentiasa ada kat dapo kan... bila cepat siap dan cepatlah jugak dapat menikmatinya.... kalau nak makan sejuk2 pun lagi la sedap, tapi kena tunggu masuk dalam fridge dulu lah... tapi kalau dah tak menyabor tu... hangat2 pun sedap gak... punya lah pelahap kan! dah siap, bergambar berlatar belakangkan cookies tart nenas kerang home made yang dioder oleh kawan2... sapa2 yang nak merasa tu boleh ler nak ode dengan kak rose ya... tapi tak de delivery ya, semua self pick up jer.. maklumlah tak de derbar!

resepi bubur candil...

bahan2nya.
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah (kak rose buh suma gula putih)
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat. Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat.