Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 31, 2020

Ayam tumis kunyit

so simple yet sooo sedap... kes malas nak goreng ayam tu, so lebur jer sekali pun sedappp ya amat!

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ketul dada ayam - potong kecil
  • 1bj bawang besar - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 3sk serbuk kunyit
  • 1bj bawang bombay - belah 8
  • 1btg lada hidup - hiris
  • sedikit garam
  • 1/2cwn air
  • kubis bunga
  • kacang panjang

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk dan lada hingga kekuningan.
  2. Masuk bahan-bahan lain,kacau dan tunggu hingga ayam masak
  3. Sedia untuk dimakan

 

Friday, October 30, 2020

Mee udang sedap...

Asalamualaikum dan salam Jumaat semua... PKPB hari ke 227

 berkali2 buat mee udang ni, guna keeper resepi yang sama. terima kasih ros yang kongsikan resepi asalnya.. kepada yang nak buat, resepi kak rose ada tepek kat sini... pasti tak rugi mencuba. sedap tau.
memula rebus spaghetti hingga masak lah kan....
kuah yang pekat dengan udang kering dan juga guna stok udang... memang boleh hrup lah kuahnya!
ready nak di mekapkan dengan dayang2nya...
guna apa yang ada dalam fridge jer... pkpb, tak leh nak keluar selalu cari bahan2 kan... so seadanya lah...
 

Thursday, October 29, 2020

Fillet ayam panggang

bila tukang makan dah jemu makan nasik, dia nak lunch tanpa nasik so tukang masak pun buat lah dengan apa bahan yang ada dalam fridge... ayam isi ni memang selalu beli buat stok kalau2 nak guna senang dah ada kan.. pas tu dengan sayur yang ada cuma cauliflower dan potongkan timun jepun dan tomato... gorengkan fries, tabur sikit garam and lunch is ready. tak perlu sos pencicah dah!
untuk yang ni kak rose guna dua keping dada dan potongkan nipis2 untuk mudahkan serap all the bahan perapan dan jugak sekejap jer bakarnya dah masak. kak rose bakar atas koli ajaib jer, tak menyusah nak on kan oben bagai kan... sos perapan tu kak rose guna lebihan yang buat ayam panggan hari tu. saja buat banyak dan frozenkan... nak guna just defrost jer dan lumur pada fillet, dan kak rose perap dalam 2 jam gitu lah...
cauliflower ni pun kak rose gaulkan dengan bahan perapan dan bakar sekali dengan ayam tu.. sos dari ayam tu menambah sedap pada cauliflower ni
lunch simple dimple dah ready... tak de sos pun tak per, semuanya dah cukup sedap untuk tekak kami berdua... Alhamdulillah... masa ni tukang masak kena rajin sbb en asben masih on mc... kalau sorang duk rumah memang roti jer lah sepanjang hari kan 😜 kerajinan tak dek!
 

Wednesday, October 28, 2020

Tuesday, October 27, 2020

Sambal totok jawa

lama sangat rasanya tak buat sambal totok jawa ni... maklumlah tukang masak ni sangat allergic dengan ikan bilis, so tak berapa rajin lah nak buatnya... tapi bila tukang makan mintak nak makan, ken alah buat kan... jom tengok resepi sambal ni.. ni versi tak pedas sangat, so kalau nak biat tu ikut lah kepedasan memasing ya.

Bahan-bahannya:

  •  Segenggam ikan bilis 
  • 3 cili padi kampung -potong 2(takut meletup2)
  • 2 biji cili merah_saya tambah-di potong2 sebelum digoreng(takut meletup2)
  • 1 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit kiub pati ikan bilis
  • Minyak utk menggoreng 
  • Garam & ajinomoto secukup rasa 
  • Limau kasturi -ikut suka


Caranya:
  1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan goreng seketika bawang merah dan putih, angkat. 
  2. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. -Tumbuk kesemuanya.Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali. 
  3. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

 

Monday, October 26, 2020

Time untuk snacking

 masa untuk snacking dipetang hari...

karipap inti sadin dan nescafe o tanpa gula dalam cawan comel lote ni.  order dari kawan yang rajin buatkan..terima kasih haida, sedap secukup rasa karipapnya
apam perlis inti kelapa manis...kaler kuning dan hijau dah bersatu, gitu ler jadi ropanya 😅
fries, tempura dan potato wedges... semuanya untuk menambah kolesterol yang sedia tinggi!
cekodok yang sangat sedap, pisang tu tak lenyek, tapi potong dadu jer. tq jiran yang bagi pisang yang sangat manis ni.. dua kali kak rose buat cekodok cenggini, tak pernah jemu kalau dengan cekodok ni!
 

Sunday, October 25, 2020

Kuey teow goreng pulak...

 Selamat ber pkpp/pkpb hari yang ke 223 dan semuga pandemic ini cepat berakhir... Aamiin

dan bila ada tukang makan kat rumah, makanya tukang masak pun sentiasa kena rajin nak sediakan juadah untuk dinikmati bersama2... walaupun kekadang2 tu buntu nak masak apa, tapi akan sentiasa ada je menu yang terhidang dimeja. yang pastinya nak buat yang mudah dan cepat jer dapat makan.. jom kita goreng kuey teow pulak.. kak rose kurangkan bahan2 untuk masak sebungkus jer untuk kami berdua. resepi ni untuk panduan, so pepandai nak adjust lah ya.

Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow 
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai
3 biji telor
Garam

Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis


Cara cara:
 
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 
Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 
Kemudian masukkan cili kisar. 

Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak 

Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. 

 Masukkan udang dan kacau rata. Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa

Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata. Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 

Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap
Kacau sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis

 

SAHM... asik masak dan makan

 tukang masak kerjanya enteng...bangun pagi masak nasik goreng...

bila ada nasik berbaki... nasik goreng lah jawapnya..
masak lah apa pun... tukang makan ok jer... sayur tumis prtola, ayam dan ikan masin
ada rajin sikit... buat kari daging, sambal terung dan udang kertas goreng rangup..
store bought pop corn chicken just gorengkan jer, sambal tempe dan ikan bilis dan sayur togeh
nasik goreng lagi... taruk udang banyak2. potongkan timun jepun sebagai dayang nya..
fillet ayam goreng bercili dan sayur jer pun boleh lah... walaupun kerja enteng, kekadang tukang masak pun dah buntu nak masak apa... tapi tukang masak ni memang nak masak yang mudah2 jer dan cepat disediakan.. tak lah berlama2 didapo kan... tukang masak ni jadi rajin masak2 sebab en asben masih on medical leave sejak jatuh motor ari tu. kalau kak rose sorang jer dirumah memang tidak ler nak merajinkan diri memask cam ni... lebih baik makan roti dan ngadap pc kan...😅
 

Saturday, October 24, 2020

Kuey teow kungfu

 kali ni buat sendiri pulak... home made gitew!

kalau g kedai makan asik oder menu ni jer kan... so kali ni cuba buat sendiri dengan bahan apa yang ada dalam fridge lah... gini lah kalau dah kemaruk nak makan, tapi pkpb lah pulak... takut pulaknya nak keluar makan, nak tapau nanti bila sampai dah sejuk tak sedap pulak.. banyak alasan, so buat sendiri jer.. pepandai lah nak adjust rasa tu kan, asalkan sedap ditekak sendiri... i m happy tukang masak dan tukang makan.. buat pun untuk diri sendiri jer, kannnn. en asben memang no no lah kalau yang berkuah cam ni! jom tengok resepinya...
Bahan:
secekak kuey teow
sebiji telo
sedikit garam n lada sulah

seulas bawang putih
cili api (kalau nak pedas la kan...)
sedikit udang
sayur sawi, carrot dan putik jagung
sedikit tepung jagung (optional)

cara2
goreng kuey teow yang telah digaul dengan telor dan sedikit garam dan lada sulah.... api kena kuat baru jadi cantik macam kat kedai tu ya...

Untuk kuah pulak..
- tumiskan bawang putih and cili api (kalau nak pedas).
- dah tu masukkan segala harta karun yang kita suka.. udang ke.. ayam ke.. sotong ke.. goreng sekejap.
- later.. masukkan air. Tunggu sampai mendidih. masukkan sayur mayur tu. Pecahkan sebijik telur and kacau. Anyway kut tak suka telur.. boleh la skip this step.
- untuk memekatkan kuah.. ambik sesudu teh tepung jagung.. you know what to do la kan.
- lastly.. adjust la garam and whatsnot.


 

Friday, October 23, 2020

Asam pedas ikan kerisi


 Bahan2 
 
Ikan kerisi  ( ikan lain pun boleh )
Halia besar ibu jari*
Bawang merah 2 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Serai 2 batang*
Belacan sebesar ibu jari*
Kunyit hidup sebesar ibu jari*
Cili kering kisar asing
Air asam jawa
 
Kisar bahan bertanda * dan tumis sampai garing dan pecah minyak..masukkan cili kering..
tumis lagi sampai garing.. 
masukkan air asam jawa, garam & perisa jika suka.. 
biarkan mendidih 
Dan masukkan ikan.. masukkan daun kesum ,bunga kantan & terung.. 
masak seketika dan hidangkan bersama nasi panas

 

Thursday, October 22, 2020

MLCP daging +kentang

bila datang rajin, nak jugak masak lemak cili api daging dengan kentang ni... sebenarnya kurang sikit kerajinan nak masak yang amik masa lama kat dapo cam ni... tapi bila tukang beli dah bawak balik daging n request nak makan gulai lomak... dan ini lah kejadiannya..  dan bila digandingkan dengan ikan masin gelama ni memang bertambah2 lah nasik nya... sayur tak de pun tak pe, potongkan jer timun. settled!
Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang (kak rose guna daging yg biasa jer)

2 batang serai
20 biji cili padi (kak rose bubuh sikit jer... ikut le kepedasan memasing ya!)
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit (tak bubuh lak!!!)
sedikit garam
½ cawan air
sekeping asam 


Cara-Cara
  1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus. (kak rose tumbuk je, lagi sedap tau)
2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah empuk masukkan santan
cair dan air tadi dan juga asam keping. Kemudian maskukan ubi kentang dan daun kunyit.
4. Apabila ubi kentang telah empuk, masukkan santan pekat dan garam.Tutup api.
Cadangan Hidangan:
Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.


 

Wednesday, October 21, 2020

WW: buah tempatan jer...


 ðŸ˜‹ðŸ˜‹

Tuesday, October 20, 2020

Bubur nasi

 Buat lagi dan lagi dan lagi....

permintaan tukang makan yang demam dan nak makan bubur... dan tukang masak pun suka jer nak tumpang sekaki kalau masak bubur nasi a la mc d ni. sedap dan nak masak pun mudah... just jerang nasi hingga lembut dan masukkan halia dan kiub ayam...siapkan lah bahan dayang pengiring, siap dah la... jom tengok resepi bubur nasi ni..

Bahan-bahan

  • 1  cwn beras 
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah/cili kicap
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan 
  • isi ayam yang dah disiat2
  • kacan tanah goreng 
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng

  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

 

 

Monday, October 19, 2020

Ayam panggang mudah

buat yang simple2 jer..

rasanya lama sangat tak makan ayam cenggini.... asik makan nasik jer kan, sesekali nak jugak bertukar menu tengah hari tu... en asben yang request nak makan simple2 cam ni... so tukang masak ni ikut kan jer lah... resepi ayam panggang ni sangat lah simple, yang pasti semua bahan ada kat dapo kan... jom kak rose kongsikan resepi yang kak rose dapat dari wall fb ni.. gorengkan fries, potongkan timun dan tomato sebagai dayang pengiring untuk ayam ni.

Bahan

  1. 1 sudu kecil lada hitam
  2. 2 biji bawang besar
  3. 3/4 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1 kiub ayam
  6. 1 sudu kicap manis
  7. Garam

 

Kisar semua bahan... gaulkan ayam dgn garam... lumur semua bahagian ayam... kemudian masukkan kicap! sapu rata pada seluruh bahagian ayam

Perap semalaman... letak bekas bertutup di bahagian chiller

Keluarkan dan biar pada suhu bilik,  bakar pada 180° selama 45 minit atau sehingga masak

Lebihan dari air panggang ayam tu akk rose tambahkan sedikit tepung jagung untuk jadikan sos untuk ayam panggang ni


 

Sunday, October 18, 2020

Peria goreng udang

sayur permintaan dari en asben yang nak makan cam ni... suka sangat dengan peria masak simple cam ni. tukang masak jugak tak perlu nak pening kepala kalau dah ada request kan. daging masak lemak cili api kurang pedas ni pun kak rose masak banyak... separuh nya tapau untuk anak, balik kerja just singgah dan amik gulai ni bawak balik... so nanti sampai rumah tinggal nak masak nasik jer kan. dan bila ada gulai lemak ni en asben mesti nak jugak gandingkan dengan ikan masin gelama ni. ikutkan je lah... dan masa hidang tu kak rose saja buat cam ni, semangkuk jer nasik, no tambah2 ya... tapi kalau lauk macam ni, terlajak jugak sudahnya...hihi
jom semak resepi peria goreng dengan udang ni... kak rose suka kalau letak udang banyak2...

  1. Bahan Utama:-
    1 biji peria kambas
    1 mangkuk kecil udang
    1 ketul kiub ikan bilis
    1/2 cawan air

    Bahan Tumbuk Lumat:-
    1 biji bawang besar
    1 biji lada merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 camca teh garam kasar

    Cara membuatnya:-
  2. Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan kiub ikan bilis dan udang, kacau dan tuang air.
  4. Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi

dah setkan dengan satu mangkuk nasik, tapi bertambah2 pulak sudahnya... salah tukang masak sebab masak sedap2 katanya..😜. sebenarnya ikan masin tu yang jadi culprit nya lah!
 

Saturday, October 17, 2020

Kuih dangai

 Selamat berhujung minggu buat semua dan stay safe, stay at home kiterrr!

Kuih dangai versi muffin pan. jumpa cara buat kuih dangai guna muffin pan ni kat blog Linapg yang femes tu... teringin nak mencuba buat lah jugak dengan cara yang mudah ni. kak rose ada pernah buat kuih dangai ni guna acuan yang asal, tapi saja nak guna cara yang mudah ni.. tapi terlalu nipis lak masa isi dalam muffin pan tu...nipis dan garing pulak jadinya, tapi rasa tetap sedap lah. mekasih Lina kongsikan cara mudah ni ya..nak guna sandwich maker pun boleh jugak.

Bahan-Bahan (sukatan cawan biasa)

2 cawan kelapa parut (guna kelapa parut putih)

1 cawan tepung pulut

1/2 cawan gula

Sedikit garam

Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata.Adunan nampak berderai seperti serbuk roti.
  2. Sapukan sedikit minyak pada loyang/muffin tray/bekas yang sesuai.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin tray.Bakar suhu 150'c selama 15-20min hingga mencapai kegaringan yang digemari.
  4. Cara kedua, sapukan sandwich toaster dengan sedikit minyak.Kemudian masukkan adunan ke dalam.Bakar hingga masak.Guna sandwich maker lebih mudah.
  5. Sedia dihidang bersama teh O, makan panas-panas memang sedap.Selamat mencuba.

 

Friday, October 16, 2020

Macam2 ada...

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari... hari ke 212 sejak bermulanya CMO, dan kini CMCO kali ke dua untuk Selangor, KL dan Putrajaya.. so duduk rumah diam2 jer lah ya.. dan ada banyak masa untuk menghadap pc... tepek macam2 menu snek untuk minum petang kami... kuih lapis tu tidak lah rajin nak buat...tapi tak rugi belinya sbb sedap sangat...dah tinggal dua ketui baru teringat nak amik gambo...😁
deli on the go... tapau masa singgah isi minyak kat shell... balik rumah just buat kopi jer.
kek buah beli gak, keropok lekor dan fries tinggal nak goreng, stok sentiasa ada dalam freezer
ubi goreng cicah dengan sambal kicap jawa ni memang pebret lah... rebus dulu ubi tu dan masa panas2 tu gaulkan dalam bancuhan batter dan deep fry... ikut cara arwah emak suka buat cenggini kalau goreng ubi, keledek atau pun keladi... gebus jer jadinya.
keropok lekor all the way from terengganu... sedap sebab sangat terasa ikannya...
air fryer samosa... to me ok jer but en asben kata no no.... dia nak jugak yang digoreng. cam ner lah nak istiqamah dengan healthy food kan!
selalu sangat tak rajinnya... pizza hut jadi penyelamat. tamak pulak tu kalau mengoder.. 2 large super supreme pan pizza. ha ha jenuh nak menghabiskan untuk kami anak beranak..
ni pun tapau jugak... lama tak buat kuih serimuka, boleh beli buat apa nak penatkan diri kan? alasannn!
keledek goreng cicah sambal kicap... nampak sangat kejawaan nya kan...
pandan rolls yang sedap... bertambah2 lemak menempek dan brisk walk pun dah lama tak buat... apa lagi masa sekarang... taman tempat berlenggang mak limah tu pun tak boleh dah nak pergi... covid punya pasal lah ni kan... bertabah jer lah dan semuga virus corona ni cepat berlalu... boleh lah kita kembali pada kebiasaan yang dulu... rindu nak bergader2 membaca surah Al-Kahfi dipagi jumaat...