Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 17, 2015

Masih di sini....


Asalamualaikum dan selamat pagi isnin yang ceria dari Lanai Kijang, Kuala Lumpur.... ni dah hari ke empat kak rose berkampung kat sini.... ikut encik asben yg menghadiri kursus kat sini, kita pun tumpang sekaki sbb takut nak tinggal sorang kat rumah....jadinya kemana dia pergi kita pun kenalah ikut.... dapatlah meronda melepaskan rindu pada Jalan TAR dan semestinya Sogo....bocorlah poket kak rose. Dan kesian pulak pokok2 kak rose yg kena tinggal....harap2 adalah hujan yang akan tolong siramkan pokok yang kurang kasih sayang tu... mlm ni fly balik ke Penang, dapatlah membelai pokok ditaman kak rose yang sekangkang kera tu....

 hari terakhir stay kena tukar bilik pulak.... so berkemas n turun ke 4th floor la kami... bilik yang ni lain sket setting dia dari yang memula tu...x kisah la kan asalkan selesa dan cukup kelengkapan untuk kami nak bermalam..

 ruang untuk bermalas2 sambil menghirup kopi ditemani pokok2 yang rimbun dibalik cermin tu... dan nun dibawah sana nampak kolam renang yang tenang...

 lunch sebelum balik petang tu... en asben makan nasik goreng kambing, but not to his liking, katanya. camner pun habis jugak dia makan!

 and my portion, chickem chop with milky mushroom gravy n segala dayang pengiring. sedap.... sampai dua kali kak rose makan ni semasa stay kat sini. dan healthy bowl yang sangat rich dengan isinya.... laici, kembang semangkuk, sea coconut n sengkuang cina. makan sampai licin.

1 comment:

aizamia3 said...

Bila sesekali dapat peluang, seronok jugak.. tapi dalam hati tetap risau yang dekat rumah.. ;)