Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 6, 2015

Sambal ikan bilis petai

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua.... pagi2 dah nak tepek menu makan2 kan. nak g ber brisk walk hari hujan la pulak.... so ada je alasan untuk nak memulakan aktiviti2 pagi kak rose ni... x pe la kan, hujan rahmat kata orang. so meh la kak rose kongsikan resepi ni dan mana tau nanti ada yang buntu nak masak untuk hidangan tengah hari, boleh lah mencuba sambal ni...

 berposing dalam kuali... too rich dengan petai kata en asben!

 kak rose memag tak pernah beli petai sbb tak pandai nak makan...kebetulan masa buat open house ari tu, ada kawan bagi 6 papan petai yang gemuk2 bijinya... terima kasih Emma n Pak Jo yg bagi petai ni. dan en asben mintak buatkan sambal dengan ikan bilis.... bertambah2 nasik dibuatnya...dan kak rose makan nasik dengan telor dadar n sayur je!

resepi dari kkida macam yang kak rose buat tak de petai ari tu.... tapi yang ni terlebih petai pulak kata en asben! enam papan tu kak rose masukkan semua! dan petai tu kak rose bukak dan buang kulit, togel2 gitu!

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis, goreng setengah garing
1/2 cawan petai, tak perlu buang kulit, hanya dikikis sedikit dan belah dua.
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 sdk serbuk belacan (kak rose gantikan dengan kiub pati ikan bilis)
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, petai dan bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

5 comments:

Liza said...

sedapnya kak rose, peberet liza ni

Azira Abu Bakar said...

Banyaknya petai... super yummy ni

Kak Rose said...

Liza, memang tukang makan kata sedap... tp kak rose x tau sbb tak makan petai.

Kak Rose said...

Azira, rezeki orang bagi... tu yg semua dam dalam sambal tu!

Cik Aann said...

Sedapnya kak rose..saya dah lama nak makan ni..nak yang masak sendiri..tapi petainya belum jumpa..huhu.

Diet Diary: Salmon Panggang bersama Brocolli Goreng