Bahan-bahan
4-5 biji pisang berangan
1 cawan tepung gandum
2 sudu Planta atau mentega/minyak masak
3-4 sudu gula pasir
secubit garam
1/2 tsp soda baikabonat
Cara-cara
1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam.
Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi
sedikit sehingga adunan tidak terlalu lembik. Ini kerana supaya apabila
menggoreng, ianya tidak terlalu lembik dan gebu.
2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas , masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan.
3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. balik2kan selalu. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas
Lanai Kijang
Friday, December 18, 2020
Cekodok pisang gebusss
jom buat cekodok pisang pulak untuk minum petang nanti... guna pisang berangan yang sangat manis ni... so boleh kurangkan gula dalam adunan tepung tu, manis sedang2 jer...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Gebu nya.. bulat2
Post a Comment