Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 25, 2013

Mee hoon goreng singapore

 salam Jumaat kepada kawan2 semua... sekejap je dah nak menjelang tengahari, pastinya dah mula sibuk didapur menyiapkan hidangan untuk lunch tapi kak rose nak tepek mee hoon goreng yang masak untuk dinner petang semalam...kira ade sikit rajin la nak sediakan dinner cam ni, sbb sllunya kak rose cuma sediakan yang paling ringkas jer.... maklumlah malas tp molot tak pernah kata no to makan2.... resepi mee hoon goreng singapore ni kak rose amik dari blog Mama Aimi Najla, mekasih ya....rasa lain sket bila goreng mee hoon ada bubuh halia....

Bahan-bahan
1/2 bungkus mee hoon
10 ekor udang
1/2 inci halia ( ditumbuk)
5 biji bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu kecil lada hitam serbuk
Fish cake  (x dak, kak rose gantikan dengan sotong)
1 biji carrot ( diparut)
Bawang goreng
Cili api (dipotong)
2 sudu sos tiram 
Daun bawang
sedikit kubis...yg ni kak rose tambah

 close-up sket.....
Cara-cara
Rendam mee hoon
Tumis bawang putih dan halia 
Masukkan udang + sotong
Masukkan sos tiram
Masukkan mee hoon bersama 1/2 cawan air 
Masukkan carrot + kubis
Masukkan fish cake
Masukkan lada hitam garam dan serbuk perisa 
Hidangkan bersama daun bawang, cili api ( potong) dan bawang goreng

1 comment:

Sweet red cherry said...

salam kak rose..

terliur tengok udang yang banyak tu kak..