Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 30, 2018

Lemak cili api telo itik +belimbing buluh

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua... hari ni kak rose nak tepek masak gulai lomak cili api tolo itik campur dengan belimbing buluh jeruk yang kak rose buat hari tu.. belimbing tu dah tak de masam langsung, boleh ratah gitu jer. dan gulai tolo pebret ni pun kak rose sorang jer yang makan...masak sampai 6 biji, pas tu sorang pun tak nak makan sbb dah makan kat office katanya.. so.... tukang masak ni jadi tukang perabes jugak lah...lawankan dengan ikan masin, memang bertambah2 nasi. dannnnnn berulang2 makan! dannnnn pas tu merungut kenapa lah banyak na makan nasik! 😢😢😢


6 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

bahan2 ditumbuk lumat:
10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya
belimbing buluh jeruk secukupnya


 
 
1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .

2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak, masukkan jeruk belimbing buluh tadi dan boleh lah padam kan api dapur. dah siap!

No comments: