Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 28, 2016

Tat nenas kerang

 Selamat, selamat, selamat hari raya..... kena nyanyi macam lagu arwah Ahmad Jais tu ya... sebabnya cookies dah sedia dalam balang, tinggal nak hidang jer ni. macam zaman budak2 lak kak rose ni, tak nyabo nak raya... bukan la cam tu sebenarnya..... cumanya tat kerang yang kak rose buat ni terus masuk dalam balang raya sbb idok le rajin nak mengisi semula nanti... penuh satu balang tu, dan yang selebihnya masuk dalam balang untuk bawak balik kampung pulak... semua cookies pun cam tu gak... dua pertiga bahagian adalah untuk bawak balik kampung... kawan2 pun cam tu gak ker?

 first time mencuba buat tat kerang ni... memang jenis tangan tak berseni, so seadanya jer lah kejadiannya tu... yang penting sedap kan... resepinya kak rose copy dari fb yang dikongsikan oleh kawan2... jom chekidout!


Tart Nenas Kerang

Bahannya...

Bahan A
150 gram butter
100 gram majerin
50 gram gula icing
50 gram susu tepung
50 gram tepung jagung
1/4 sudu kecil emplex
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur

Bahan B
350 gram tepung gandum
(tepung nanti boleh diubah suai supaya dpt doh yg lembut)
Inti nenas/epal yang secukupnya

Untu sapuan...
1 biji kuning telur
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu kecil susu cair





Caranya...
-Sebatikan butter, majerin, gula dan telur gunakan senduk saja...kemudian campurkan semua bahan2 kecuali intinya.
- Uli doh sehingga doh tidak lekat ditangan, pastikan doh lembut supaya mudah utk proses menekan doh.
- Siap uli perap doh sekejap supaya bahan2 lebih sebati dan mesra.
- Ambil sedikit doh, masukkan dlm acuan tart kerang ..masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit doh lagi. Kemudian tekan acuan tart kerang..untuk mengeluarkan tart tadi. Susun dalam loyang pembakar.

Oleskan bahagian atas dengan sapuan kuning telur...sedia untuk dibakar...170c selama 25-30 minit atau ikut oven masing2 ye...
Selamat mencuba....


gigih mencari acuan kerang ni.... nasib baik jumpa, boleh la mencuba.

memula tyr test sebiji dulu... nak tau banyak mana inti nak kena isi... maklumlah first taim nak buat,  kenalah cuba dulu kan....

8 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Wah....
Terbaik kak rose..
Dah siap biskut raya..
Saya satu pun tak buat biskut raya huhuhu..
cantik lah kakrose tart kerang tu :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhhh.. dah mengerang ya.. hihihi

mama_nor said...

Wah cntik kejadian nye..nape sy buat xjd rupa kerang..πŸ˜‚πŸ˜‚

mama_nor said...

Wah cntik kejadian nye..nape sy buat xjd rupa kerang..πŸ˜‚πŸ˜‚

mama_nor said...

Wah cntiknye..

Kak Rose said...

Yati, kena siap cepat... esok dah nak ke KL sampai Ahad baru balik... takut tak sempat nnti.

Kak Rose said...

SK, tu la... mata ni tak leh tengok tayangan amal orang lain...mencuba lah kita!

Kak Rose said...

mama nor, guna acuan tu mesti jadik punya!