Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, June 26, 2016

Biskut gajus

 Asalamualaikum dan selamat pagi ya kawan2... jom pagi ni kak rose nak share biskut gajus yang kak rose buat petang semalam... bz dengan cookies, menu bukak puasa pun masak yang simple2 jer... kak rose buat kuey teow kungfu pebret jer untuk iftar... yang penting air teh o yang banyak dan jugak buah2.. en asben makan kuih akok, pebret dia la tu... lepas terawih tu join kawan2 kat sini buat bbq pulak... tapi bila dah kenyang, ayam dan daging kambing bakar tu cuma rasa sikit2 jer.. so tak de nasi la malam semalam... kak rose ada tolong buat 2 bungkus mee hoon goreng, cuma mampu pandang saja... tak de space nak letak dalam perut! harap2 hari ni tak la melepet sbb tak dapat nasik!

 jom kak rose kongsikan resepi biskut gajus yang kak rose cnp dari blog Arah, mekasih ya.. soooo rangup n sedapnya...




Bahan-bahan:

2 biji kuning telur
180 g gula halus 
280 g mentega
320 g tepung gandum 
120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus
1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit gajus di belah 2

 utk hiasan
2 biji kuning telur } utk disapu


Bahan-bahan: K 2 biji kuning telur 180 g gula halus 280 g mentega 320 g tepung gandum 120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus 1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) 1 sudu kecil esen vanilla sedikit gajus di belah 2 } utk hiasan 2 biji kuning telur } utk disapu

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


Cara membuat:

Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla, kacau sebati.
Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik.
Masukkan campuran tepung dan serbuk gajus ke dalam adunan, kacau sehingga menjadi doh yg sebati.
Canaikan doh setebal 1cm kemudian terapkan menggunakan acuan yg digemari
Letakkan gajus diatasnya kemudian sapu dgn kuning telur
Bakar di dalam oven sehingga masak.
Oven 180C. Sejukkan di atas cooling rak kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

alaaa.. sy sebijik biskut pun lom buat lagi kak rose

Blogger said...

Find out how THOUSAND of people like YOU are making a LIVING online and are fulfilling their wildest dreams TODAY.
CLICK HERE TO FIND OUT