Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 24, 2016

Sweet pineapple cocktail

 cuaca panas dalam bulan puasa dengan mengadap oven sepanjang hari membuatkan susah nak menolak bila nampak minuman cocktail yang sejuk menyamankan ni.... apa lagi bila terpandang tayangan amal diblog jintanmanis.com lives from osaka japan tu.... tersangat lah menggoda jiwa dan raga... tak dapat minum  disebabkan masih batuk tidak mengapa, ade jer tukang nak makan kan... nenas dah beli kalau tak buat nanti rosak pulak, so ni lah dia... dan selebihnya simpan dalam fridge, boleh dinikmati bila dah kebah batuk nanti, Insya Allah.

 dan resepinya kak rose cnp dari jintanmanis.com.... mekasih Ros dan tuan punya resepi asal kongsikan minuman sejuk yang menyamankan ni. mohon kak rose nak tepek kat sini pulak ya..

Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco.

ishhhh!!!! tak leh tengok lama2... nanti ada yang tergoda pagi hari puasa ni!

3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Udah tergoda ni kak rose :)
Kat rumah ada nenas..
Boleh lah cuba nanti :)

Kak Rose said...

Yati, kak rose pun selalu tergoda dek tayangan amal kengkawan tu.. nasib baik ade bli nenas...

adda syuhada said...

sedapnyer..