Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 16, 2016

Brokoli bawang putih

 sayur simple yang menjadi kesukaan kami... bahan yang sangat minima dan kesedapannya hingga menjilat jari pada yang suka sayuran hijau cam ni... sekali cuba pasti nanti nak buat lagi... untuk yang berdiet pasti suka makan sayur macam ni, sangat kurang carbo...

resepinya... untuk yang ingin mencuba untuk juadah berbuka nanti...

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. 

1 comment:

Khoo Chee said...

waww..mau cuba..