Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 30, 2016

Milky oreo cookies

 ni la gamaknya kalau tengok orang lain buat dia pun nak jugak... tak kisahlah kalau rupanya sangat lah hazab dek keras tangan kak rose ni.... yang penting sedap dan sangat crunchy. makan satu tak nak berenti pulak.... takut tak sempat nak buat hidangan raya nanti. resepi dari blog Azita Masam manis tu la yang sangat menggoda mata dan jiwa untuk mencubanya... gigihlah mencari oreo, beli sampai 3 pack, rupanya guna sebungkus tu pun tak abes...guna sikit sangat dalam cookies tu tapi sangat membangkitkan rasa yang sangat sedap... mungkin jugak sbb adanya bahan lain yang semuanya menambah keenakkan cookies ni... meh tengok resepinya...


 Bahan A
130 gm butter
70 gm gula
1/4 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Bahan B
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1/8 sudu teh baking powder
20 gm cornflakes ~ di kisar
20 gm serbuk badam
20 gm badan nibs
20 gm oreo ~ di kisar

Hiasan
Coklat putih ~ di cairkan
Coklat Oreo ~ di kisar
Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati
Satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A
Uli adunan hingga menjadi doh
Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak
Sejukkan
Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dsi cairkan
Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar
Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Anak2 tengok ni mesti suka kakrose..
tambahan ada biskut oreo tu..

Kalau kak rose kat shah alam..
mahu datang raya rumah akak :)

Unknown said...

replica bags and shoes replica bags turkey replica bags thailand