Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 13, 2016

Tak payah Qu Puteh dah!

 baru ni ada hakak yang viralkan DIY scrub muka ni... ramai sungguh yang share post ni kan... kak rose pun amik peluang nak kongsikan kat sini... dan dengan lajunya nak mencuba jugak, tengok keberkesanannya... adakah seperti yang diviralkan tu.. dan tu dia, kak rose buat 3/4 cawan beras pulut terus, sukatan garam dan gula tu kak rose agak2 jer.. tak perlu nak bazirkan duit nak beli qu puteh dan alat tepek muka yang mahal tu... kita buat sendiri jer!


 ikut jer cara2 yang dah diberi dalam post tu..



masukkan semua bahan td dalam kuali dan goreng tanpa minyak dalam agak2 5 min gitu biar gula garam sebati dgn beras..smp beras kuning2 sikit terus masuk dalam blender campur ayak panas sikit..jgn bnyk2 tau kang cair xbest sgt nak tepek n skrub kat kulit. Guna air panas sbb nak bg jd macam paste ala2 paste tomyam lembik2 gitu..hahaah

a)Mula2 amek secolet then skrub satu muka.
Satu muka tau skrub sapu tonyoh genyeh tapi jgn sental guna berus besi lak!sapu kat hidung skrub sikit2 bia rata..
b)And then korang basuh muka tau..Basuh guna air bersih bukan ribena atau teh o okay..
c) Ambil lagi paste and tempek kat muka macam mask..sapu rata2 kat satu muka macam mask yg korang duk beli kat watsons tu haaaa..senang je tepek..xtau tepek meh akak pijak!
d) Biarkan je kat muka sampai kering betul2 kering tggu sampai sejam tau..and then jgn trus basuh. Dah kering slow2 skrub n peel off smua yg kering2 kat muka tu.
e) Dah peel off n skrub smua paste yg kering tu barulah basuh sisa2 tertinggal guna air yg bersih and then lap kering2.
P/s :kalau muka anda berjerawat bermasalah akan rasa sedikit pedih2 manja je tak sakit pn mcm akak kulit kering sikit so rasa gak la pedih manja tapi tak membhayakan.



sebab kak rose buat banyak, maka ikut cara sendiri la ya.... blend kering, bila nak guna baru amik sikit dan bancuh dengan air panas melegak untuk nakkan jadi pes tu. yang baki tu boleh la simpan, nanti lain kali bila nak guna, bahan dah ready. mudahkan. harap2 rajin lah nanti nak menyental dan menepek kat muka..

6 comments:

iffah hussin said...

Boleh cuba nanti....

Nooriah Abdullah said...

wah kakrose nanti tunjuk lah muka lepas guna Q putih sendiri ni ya hehe
macam nak try jugak
tapi kena rajin nyental lah

Khoo Chee said...

wahhh.. boleh cuba nanti..

Kak Rose said...

Iffah, silakan...

Kak Rose said...

Noor, q puteh homemade dan buat tapi menyentalnya kureeeenggg rajin la pulak! camner tu???

Kak Rose said...

Khoo Chee, cuba lah...habislah nnti q pueh dah kurang pembeli... hihi