Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, June 19, 2016

Sagu gula melaka

 manisan yang selalu buat masa bulan puasa.... and my all time pebret. makan sejuk2 alangkah nyamannya...tapi tak boleh makan banyak2 nanti nas dah tak leh nak masuk pulak kan.... dan takut mengantuk masa terawih nanti... berpada2 sudah lah kan... tapi selalunya memang terlebih amik lah... selagi tak abes satu mangkuk tu memang payah nak berhenti menyuap... issssshhh... buruk bebeno kan...
 


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan tepung beras (yg ni kak rose tambah)
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan 
Cara-cara

  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

1 comment:

Nooriah Abdullah said...

alahaiiii terliur lah kakrose ku cayang
baru pagi sngt disini tau