Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, June 29, 2016

Mee goreng basah

 mee goreng basah emergency untuk pot luck iftar pada hari ahad lepas.... seharian bersoping sakan hingga terlupa nak sediakan menu untuk pot luck kawasan perumahan kami disini... bila balik petang tu baru check kat whatsapp... maka kelam kabut lah dibuatnya... barulah pikir nak masak apa yang paling mudah dan cepat disediakan... bila dah conform nak buat mee goreng ni barulah g kedai cari bahan basah tu... nasib baik kedai tu semua bahan ada disitu...

 resepi dari blog Azie, kak rose kongsikan kat sini ya... Alhamdulillah, walaupun banyak menu tapi mee emergency kak rose habis jugak derang makan... sedap agaknya masak guna resepi Azie ni.... mekasih ya. kak rose masak tiga packet mee kuning, so kena gandakan bahan2 kat bawah ni ya.

Bahan bahan:
500 gram mee kuning
100 gram isi ayam/daging - potong kecil (kak rose bubuh udang jer)
2 biji telur - pukul rata
1 biji buah tomato - potong kasar
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
Garam, air secukupnya
1 sudu besar gula - letak 1/2 sudu jer (tak letak)
Minyak
1 sudu besar sos tiram) yg ni kak rose tambah
1 packet fish cake)

Bahan tabur:
1 biji cili merah - hiris
Daun bawang
Limau nipis
Bawang goreng


dan ini untuk anak buah en asben yang sedang bertugas dan tak dapat nak join iftar kat rumah... so tapaukan untuk mereka...
 
Cara cara:
 
Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan 1 mangkuk air untuk memasakkan ayam.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati. 
Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.
Mee sedia dihidang dengan daun bawang/daun sup, cili merah dan bawang goreng.

No comments: