Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 13, 2016

Iftar #7 sekali makan, nak lagi pulak...

 Asalamualaikum dan salam isnin... sekejap jer dah seminggu kita berpuasa dan yang pasti hari raya kian cepat menghampiri... kawan2 dah siap ke persiapan raya? kak rose ni tak terpikir lagi pun pasal raya... selalu saja risaukan emak yang tak berapa sihat dan kita pulak jauh nun di utara dan mak diselatan... tak dapat jaga dan berpuasa dengan mak dikampung... cuma doa yang tak pernah putus kirimkan buat emak, semuga emah terus kuat dan sihat dalam menjalani ibadah puasa kali ni... bila hati tak tenang, nak masak2 pun dah kelaut kerajinan... kalau bukan bulan puasa, memang tapau jer. mudahkan kerja... camner pun gagahkan diri memasak walaupun cuma berlauk ikan goreng..

the day before tu pertama kali makan nasi dengan budu, next day tu en asben nak sekali lagi makan yang sama... ikutkan saja, lagi pun mudah kan. cuma gorengkan ikan tenggiri dan sediakan budu. dan kak rose goreng sayur bayam... since tak makan budu, kak rose makan lah ikan goreng tu cicah sambal kicap yang untuk makan dengan keledek goreng tu... simple jer menu berbuka kami berdua.

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Semoga emak kak rose segera sihat ..
Memang risau kan kak bila mak sakit kita tak ada disisi..
Fikiran pun kelaut jer..
Macam saya tahun lepas lah kak..
Tiap2 weekend balik jaga mak..
Alhamdulillah rumah dekat sikit..
Itu pun dalam 30 minit juga drive..
Bila mak masuk hospital..
Bersahur dan berbuka lah saya di hospital..

Ye kak doa jer lah bagi akak yg jauh tu kan..

Lauk simple ni memang sedap kak :)
Saya pun tak makan budu :D

Kak Rose said...

Memang betul Yati.. nasib baik ade teknologi terkini, boleh ikuti perkembangan mak setiap masa... boleh dengar gelaknya, tengok gambarnya... terubat sket hati.