Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 7, 2016

1st iftar kami...

 Asalamualaikum dan selamat pagi Ramadan ke 2... syukur kehadrat Ilahi kita dapat menjalani ibadah puasa dihari semalam dan insya Allah pada hari2 sebulan yang akan mendatang. dan pagi2 hari kak rose nak tepek menu berbuka kami petang semalam.... tak de specialnya menu berbuka kami.... kalau selalunya sebelum berpuasa dah menjadi macam satu kemestian untuk buat rendang daging, but not at this time... x tau kenapa, so masak jer la seadanya....

 untuk manisan kak rose buat kuih badak berendam ni... nasib baik dapat beli kelapa putih yang muda, jadi intinya sangat lembut dan sedap lah pada tekak kak rose... dah namanya pun badak, jadi memang beso2 lah badak dalam mangkuk tu... apa pun sebelum makan yang ni, kenalah makan buah dulu kan... tak de kurma, jadilah dengan apple hijau dan sunkist orange. air teh o satu jug beso untuk kak rose dan nescafe untuk en. asben. minuman sejuk such a no no untuk iftar kami...

 sayur pebret en. asben dan kak rose jugak. sangat mudah nak sediakan dengan bahan yang minima... berulang kali buat pun tak jemu...

sadin masak sambal, yang dulu katanya  lauk orang yang tak berkemampuan nak beli ikan... tapi sekarang tak lagi...dengan isi 4 potong ikan sadin dan harga hampir 9 hengget, mahal kan harga sadin sekarang ni... mungkin ada yang berharga kurang sket, tapi rasa memang tak leh lawan yang cap ayam ni...so bertabahlah dengan harga barang sekarang... syukur Alhamdulillah dengan rezkiNya.

3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Salam Ramadhan Kareem kak rose :)

Badak berendam tu yg mengamit selera tu :D

Mazlan Othman said...

Bulan puasa ni, tengok gambar makanan aje dh menyelerakan.

Gee® said...

Waaa... sedapnya sambal sardin...