Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 20, 2016

Nak kurus? Jom try ni...

 


bermacam petua yang kak rose jumpa untuk nak buang lemak ni... cumanya tidak rajin  nak melakukannya dengan konsisten, so tidak dapat lah result yang duharapkan... apa kata lepas raya dah baham segala yang sedap dan berlemak2 tu kita merajinkan diri untuk amalkan petua ni... boleh caya ke kak rose akan buat nih? apa pun meh la tepek kat sini petua yang dikongsikan di wall fb ni untuk kita cuba nanti....

 Jus limau nipis + madu

Bahan-bahannya ialah:
1. 1 sudu besar jus limau nipis
2. 1 sudu besar madu lebah asli
3. air suam

 1. Potong limau nipis, buang bijinya
2. Perahkan limau nipis ke dalam air suam
3. masukkan madu ke dalam air tadi dan kacau. kalau boleh, biasakan diri untuk kacau lawan arah jam. insyaAllah.
4. tadaa! jus limau nipis madu siap untuk diminum. sedap ni kalau diminum suam-suam. di samping aromanya yang sedap, ia juga sungguh menenangkan. aromanya juga berfungsi sebagai terapi stress. ok, selamat mencuba!


Cara penggunaan : Ambil 2 kali sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. InsyaAllah.
Perhatian : Keberkesanan 'jus kurus' ini bergantung kepada cara pemakanan atau diet harian yang betul juga ya


 



Jus cuka delima + madu

bahan2nya ialah:
1.
1 sudu besar cuka delima
2. 1 sudu besar madu lebah asli
3. air suam

cara2nya ialah:

 larutkan cuka delima dan madu di dalam air suam, kacau. siap untuk diminum.

kalaulah semua orang tahu manfaat delima, memang tiada orang akan tinggalkan delima dalam menu harian. subhanallah!
Ok, ini saya beli yang dah siap disatukan dalam botol. cuka delima + madu, jadilah cuka madu. caranya juga sama, 2 sudu besar cuka madu dilarutkan dalam air. minum pagi sebelum sarapan, malam sebelum tidur. insyaAllah.




Air halia

Nampak tak apa dalam gelas tu? Halia. Hiris banyak2, rendam 5 minit dalam air suam untuk bagi rasa pedas dia keluar. Bismillah, selawat. Then, minum dengan penuh rasa nikmat. InsyaAllah 'angin' kuasa turbo akan keluar dengan jayanya dari tubuh anda. Lega. Angin berkumpul sakit badan oooo. Jangan ambil mudah angin dalam badan ni. Tak tidur lena dibuatnya bila dia berkumpul tak mahu keluar. air halia juga mampu membuang kolestrol berlebihan di dalam darah.

kalau nak lagi sedap, boleh tambah madu lemon jika mahu. madu juga adalah kombinasi yang baik.


1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bagus bagi yg nak kurus ni kak rose..
Saya dah terlebih kurus..
Doktor suruh naikan balik berat badan kepada BMI yg sihat
iaitu 56kg.. skrg saya dah under weight kak rose..
tinggal 48 kg huhuhu