Asalamualaikum dan selamat petang. Salam Nisfu Syaaban jugak... hujan rahmat di pagi Nisfu Syaaban membuatkan kak rose tak dapat nak berbris walk, yang actually nya jalan macam lenggang mak limah tu jer pun. tapi walaupun jalan camtu je, peluh memang menjejeh2 dan lepas tu sambung pulak duduk atas kosi nano bersauna, memang berpeluh sakan la... tapi yang muskilnya kenapa angka di weght scale tu susah sangat nak turun.... kalau ade pun sikit sangat, tapi bila tang menaik memang betingkek2. adoyaiiiii la....
semangat nak berdiet tu memang ada, tapi selalunya tinggal angan2 jer, apa lagi bila jenjalan kat blog kawan2 yang sangat rajin buat tayangan amal dengan menu yang sedap2.... asik la tergoda mata dan tekak ni.... sudahnya, memang la duk situ la lemak dan makin bertambah2 nak menepek... dan lagi toast n jam ni macam ada dadah pulak... tak leh nak tinggal. nescafe o tanpa gula n susu omega for lowering cholesterol pun kena minum jugak dua kali sehari... macam mana kawan2 jaga kesihatan diri ya?
3 comments:
Assalamualaikum K.Rose,
Pilihan yang sihat.
Cuma.. kalaulah Sham segigih K.Rose.
Sham, bukan gigih mana pun... paksa diri!
Kakak saya terpaksa berdiet kerana masalah kesihatan.Lepas 6 bulan dia berjaya meguruskan badan.
Antara petua yang diamalkan:
1) Dilarang/kurangkan makan gula,kek, biskut, roti, manisan, air manis, buah-buahan(ada fructose).Kalau makan gula, guna gula merah/ unrefined sugar dalam kuantiti yang sedikit.
2) Makan whole grain seperti beras perang. Beras putih ,tepung gandum dikurangkan sebab ia mengakibatkan cepat lapar.
3)Lebihkan makan sayur.
4)Kurang/ elak makan daging dan ayam komersial(sebab banyak lemak dan mungkin mengandungi toksin/ bakteria). Makan ikan yang betul-betul segar
5)Dilarang makan makanan goreng deep fry dan pan fry sebab ia berlemak.Boleh rebus, tumis, buat sup etc.
6) Guna minyak masak yang baik seperti extra virgin olive oil dalam kuantiti yang sedikit.
7) Elakan makanan proses, gmo,high fructose corn syrup,msg, shortening, additives, preservatives etc.
8) Berehat yang cukup, senaman ringan, perasaan tenang.
9) Jumpa herbalist untuk mendapatan ubat herbal untuk membuang toksin dalam badan.
10) herbalist ada memberi tip cara pemakanan yang betul:-
a)Eat regular meals at regular times (do not skip meals)
b)Chew your food slowly and properly until mush before swallowing(kunyah sampai halus).
c)Eat only 80% full (do not overeat)
d) avoid cold foods like ice cream, iced drinks/raw food/deep fried greasy foods if you have poor digestion. Eat warm food.
e) Keep a calm balanced mind during meal times.
Mereka yang bedisiplin seperti kakak saya memang berjaya menguruskan badan tapi saya yang suka makan kek, makanan goreng susah sikit nak kurus.
Post a Comment