Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 20, 2015

Iftar #2 Cucur udang rangup


Asalamualaikum dan selamat menjalani ibadah berpuasa untuk hari yang ketiga.... semuga kita semua diberikan kesempatan untuk menjalaninya hingga ke akhir ramadan, Insya Allah. dan yang pastinya kawan2 semua sibuk menjelang petang hari untuk menyediakan juadah berbuka buat keluarga tersayang... kak rose buat yang simple2 je untuk kami berdua berbuka... petang semalam, itulah menu kami.. dan rezki bertambah2 bila ada jiran bagi cekodok pisang dan jugak kuih kaswi... terima kasih Zaiti dan Norma.

resepi cucur udang rangup ni mmg lama dah nak buat, sebelum puasa lagi.....nasib baik daun bawang yang kak rose beli masih elok untuk nak masukkan dalam resepi ni.... sedap n rangup bila goreng nipis2 cam tu....sampai en asben makan mengulang ulang... tak rugi kak rose buat ni. resepi dari Maz Ilham Dapur, mekasih ya Maz... mintak izin nak tepek kat sini resepinya ya. resepi untuk home made sos tu boleh tengok kat sini ya.


Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


Bahan-bahan

1 1/4 cawan allpurpose flour
1/2 cawan isi udang yang dikerat @ lebih
1 cawan lobak merah yang diparut kasar - masa sukat tu tekan sikit
1 cawan daun bawang yang dihiris - tekan juga biar padat
1/4 sudu kecil baking powder 200ml air sejuk jika terus goreng
2 sudu besar minyak panas - masuk masa nak goreng
sedikit garam @ serbuk pati ayam
sedikit pewarna kuning - jika perlu (maz memang kena letak sebab minyak kat sini semuanya minyak sayur, cerah sangat, kalau tak letak nanti cucur pucat)




Cara
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air, pewarna dan gaul sebati (air tu boleh masuk sikit-sikit dulu) dan gaul dengan sudu biar sekata, mcm bancuhan cekodok gitu. Sukatan air kat atas tu memang cukup untuk bancuhan ni, tapi bergantung pada jenis tepung juga, ni dari pengalaman maz sendiri.
3. Panaskan minyak secukupnya, bila minyak dah panas amik 2 sudu makan dan masukkan dalam bancuhan tadi. Kacau sebati dan sedia untuk digoreng.
4. Ambil 1 sudu bancuhan tadi, kirai-kirai sikit dengan garfu dan masukkan dalam kuali sambil dikirai/tarik biar sedikit berderai dan nipis.
5. Bila dan perang, balikkan dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidang dengan sos pilihan.

Nota : setakat ni maz buat untuk sarapan pagi, jadi maz dah siap bancuh malamnya dan simpan dalam peti. Esok pagi cuma goreng je. Kalau lepas bancuh nak terus goreng pun boleh juga, tetap rangup.

No comments: