Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 27, 2015

Iftar #9 Kung pao chicken

 Asalamualaikum dan selamat pagi....Alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk terus menjalani ibadah puasa di samping ibadah yang lain dibulan ramadan... dan buat  tukang masak untuk keluarga macam kak rose ni, menu untuk berbuka memang boleh buat pening kepala... mula lah mengeledah blog kengkawan2 cari idea apa yang nak dimasak... kawan2 cam tu jugak ker? maklumlah selalunya kak rose ni masak seminggu sekali pun dah kira ok, ni kan pulak nak masak tiap2 hari...

so semalam kak rose buat chicken kung pao dan sayur ulangan, tofu and mixed vege bersos tiram...dan panaskan leftover gulai kari kepala ikan hari tu... cukuplah untuk berbuka petang semalam.... nak resepi chicken kung pao tu, meh kak rose kongsikan kat bawah ya..

 kuih manis pulak kali ni... cek mek molek, buat banyak ni pun boleh berbaki hingga ke sahur! jadi sahur kak rose hari adala tambahannya selain dari toast n nescafe o tu...

 buah kiwi dan fragrance pear... yg ni memang tak berbaki la....lepas tarawih sambung mengunyah sambil ngadap pc...

sayur ulangan... tapi sayur ni nak kena makan panas2 baru sedap kan... tu yang tak dapat nak amik gambo complete set juadah berbuka... kak rose masak selepas semayang magrib... nak resepi boleh tengok kat sini ya.

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.
Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis 
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula (kak rose kurangkan sbb x suka manis...)
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.
Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
(kak rose tambah capsicum hijau)

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

No comments: