Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, June 24, 2015

Kerabu daun selom+tauge

 Asalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 semua.... seminggu dah kita berpuasa, cepatnya masa berlalu kan.... kawan2 dah mula buat cookies raya ker? kak rose macam tak de mood nak buatnya... bahan ada la bli sket2 tapi bila entah nak mulakan...tapi mostly kalau buat pun untuk bawak balik kampung rumah emak n MIL... kalau kat rumah ni alamatnya sampai ke sudah la duk situ jer.... mungkin akan buat satu atau 2 jenis cukup la kan. eh!!! nak tepek pasal kerabu tapi jauh lah merapu merabannya... punyala nak makan kerabu ni, gigihlah berjalan kaki kekedai dekat rumah ni untuk cari tauge, daun selom tu dah bli awal2 dan bahan lain pun semua dah ade...

meh kak rose kongsikan resepinya, manalah tau ada kawan2 nak termengidam macam kak rose ni kan... resepi dari Ann yang dah lama menyepi dari dunia blogging, tapi resepinya mmg umph gitu. meratah jer pun sedap!

2 ikat selom - hiris halus (kak rose buat seikat jer)
10 sen taugeh- buang ekornya (kak rose suka banyak2 tauge)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris 
**5 biji cili padi (ikut kepedasan memasing la ya)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti dengan udang kering)
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.
*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

1 comment:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum K.Rose,
Wanginya bau daun selom.
Terus naik selera.