Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, June 3, 2015

Murtabak segera kulit popia

 murtabak segera yang kak rose dah buat banyak kali.... dan kali ni buat lagi, teringat anak yang jauh sangat suka dengan menu yang cenggini.... kalau dia ada empat keping untuk dia sorang jer, tapi bila cuma kami tinggal berdua, buat banyak ni pun terkulat2 nak abeskan.... sbb kak rose buat tebal n lebar2...kira bahan untuk enam keping tu cuma jadi empat keping jer.. makan sekeping pun dah kenyang! kali ni kak rose makan cenggitu jer, tak de bawang kala merah tu, tak rajin nak buatnya... bila inti dah sedap x yah cicah pun ok jer. tapi kalau rajin buatlah pencicah tu ya...

resepi untuk inti murtabak ni oleh minami133@myr... My resipi ni kalau bulan puasa memang jammed, tak leh nak buka... so siap2 la tepek resepi kat sini. buat rujukan len kali bila nak buat lagi...

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur 
  •  
  •  

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

3 comments:

Nooriah Abdullah said...

best jugak ni kakrose boleh buat utk posa nanti macam sedap jeee ni, dan pastinya sedappp kan

Kak Rose said...

ya Noor, salah satu menu untuk berbuka nnti nih...anak suka sangat!

Delores Hope said...

Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/