Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 25, 2015

Paprik udang

 lauk simple petang semalam... mekasih hana, kak rose copy resepinya ya...

Bahan-bahan
  • 500g udang segar (kak rose buat half of it jer)
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk (kak rose buh sebiji jer, ketuk)
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • (kak rose buh tomato, capsicum n putik jagung)
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali.
  2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

3 comments:

Mummydearie said...

Hari ni dah dua kali saya baca tentang resepi paprik udang ni. Duh, tak boleh jadi. Kena try juga!

Kak Rose said...

Mummydearie, sorry kalau tergoda ya...tp boleh jadikan idea nak masak petang nnti kan.

Unknown said...

Kak Rose,
Mujur stok udang baru abis.. kut tak.. memang Sham dah ikut jugak la ni..