Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 13, 2015

Lempeng nasi

 Asalamualaikum dan selamat pagi hujung minggu.... sarapan apa agaknya ya kawan kawan. kalau ramai keluarga berkumpul tentunya sibuk menyediakan juadah untuk sarapan atau pun yang paling senang, beli jer dikedai. tapi buat kak rose yang cuma tinggal berdua ni memang sangat tidak rajin nak keluar pepagi untuk breakfast di kedai...buat jer la apa yang ada didapo, yang penting tak yah nak bersiap dan keluar rumah kan... jom kita sediakan lempeng nasi cicah sambal tumis untuk bekpes.

 resepi dari CMG, kak rose buat separuh jer dari adunan ni, maklumlah untuk dua molot jer kan...


Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
Cara-cara

  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.

2 comments:

李颖芝 said...

看起來好好吃喔xyz資訊工坊

Anonymous said...

Teringin...