Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 23, 2015

Jejari ketam celup tepung

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2.... semuga sentiasa dalam lindungan Nya dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalani ibadah ibadah dibulan ramadan ini, Insya Allah. dan ini menu berbuka kami petang semalam, jejari ketam celup tepung cicah dengan home made sos cili. buat pun setakat 10 sticks, tu pun x leh nak abes... perut dah mengecut kot atau penuh dengan air teh o tu.. tapi memang x leh nak makan banyak menda ni sbb nak makan nasi pulak kan...

meh kak rose kongsikan resepi nya, cnp dari Maz, terima kasih ya...




Bahan-bahan

1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan allpurpose flour
1 sudu kecil baking powder
50ml susu segar
1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam
1-2 titik pewarna kuning
air sejuk peti secukupnya
sedikit serbuk pati ayam @ garam
jejari ketam secukupnya - yg dah lembut
minyak untuk mengoreng sos pencicah

Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit, maz tak sukat pun, jangan cair sangat, biar bila celup jejari ketam tu lekat gitu), kemudian rehatkan sekejap bancuhan dalam 5-7 minit.
2. Panaskan minyak secukupnya, celupkan jejari ketam dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama sos pilihan.

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Allpurpose tepung tu tepung apa ye kak rose..
nak juga cuba membuat utk anak2 saya dirumah..

Kak Rose said...

tepung gandum biasa jer Yati...