Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, June 21, 2015

Iftar #3 murtabak segera

 Alhamdullilah segala puji bagi Nya, sempurna sudah ibadat puasa pada hari yang ke tiga. semuga terus diberikan kesihatan yang baik disepanjang bulan puasa ini. Aamiin. dan menu berbuka kak rose pada hari ketiga... nampak macam banyak, tapi semua tu kak rose buat untuk sekali hidang buat kami berdua.... sbb sahur memang tak makan nasik... so buat ciput ciput je.

 tapi untuk murtabak ni memang kak rose buat banyak.... boleh bagi jiran2 merasa murtabak malas kak rose ni... Alhamdullilah dapat feedback, sedap katanya. siap buat bawang cuka jugak, tapi kak rose makan cenggitu jer, tak de ciciah kuah bagai. cuma en asben yang makan dengan bawang ni...

 resepi murtabak ni dari minami133@myr, mekasih ya... kawan2 kak rose kata sedap ikut resepi ni... mintak izin nak kongsikan kat sini sekali lagi ya.. kak rose buat tiga kali ganda untuk isi murtabak dan guna 7 biji telo... gumuks gumuks murtabak kak rose, makan sekeping dah kenyang!

Bahan-bahan


  • 100 g daging cincang 
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur 

 dua pack untuk jiran kak rose...

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

2 comments:

Anonymous said...

bawang cuka tu wat caner kak rose? just bawang ngn cuka ker or kene tmbh garam gula segala?

Nashriq S said...

tu yang jadi misteri tu..camne dgn bawang cuka tu...