Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 2, 2015

Cucur bawang rangup

 Asalamualaikum dan selamat petang kawan2... semuga dalam Rahmat Ilahi dihari nisfu Syaaban ni, Insya Allah. dah ade menu untuk minum petang ni? apa kata buat cekodok atau cucur bawang rangup ni... sedap dimakan panas2 cicah dengan cili sos atau sambal tumis ataupun kuah kacang macam rojak tu.... masa goreng ni, kak rose terpikir cam ni kot agaknya cucur rangup yang depa dok bubuh dalam pasemboq tu...

 cara nak goreng cucur bawang rangup ni.... tuang seret kat tepi kuali, pertama kali buat cekodok cair cam ni.... dan inilah cara menggorengnya. tapi ni a bit too crowded, penuh kuali, kena pulak buang satu tepek baru lah ok. masa goreng second batch barulah elok, tapi lupa plk nak amik gambo!

 kak rose buat separuh adunan jer, tapi tengoklah satu bakul hasilnya.... meh tengok resepinya dari blog CMG, Dapur tanpa sempadan. boleh jugak buat koleksi untuk juadah berbuka puasa nanti kan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung beras
3 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh baking powder
2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur

 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh) dan baking powder. Gaul rata2. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 camca besar penuh dan tuangkan ditepi kuali (tuang biar sebahagiannya jatuh dalam minyak panas. Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan setiap satu kaedahnya sama, dituang tepi kuali.
  3. Perlahan2, jatuhkan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Angkat dan toskan, susun secara sendeng pada dulang yang dialas kitchen paper towel. Buat hingga siap dan boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan anda..

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap tu kak rose..
Boleh cuba juga tu kan..
Pagi tadi saya buat cucur pisang utk anak2 cuti sekolah ni kan..
Busu macam mana kak rose..
Rindu pulak dgn busu kak rose ehe :)
cerita lah kisa busu pulak ye :)

intandayani said...

Ya Allah tengok kat ofis time mata layu ni boleh meleleh air liur

Kak Rose said...

Yati, busu ok jer, masih kat melaka... baru 2 minggu lepas kena copet wallet, habis semua duit poket baru kuorkan 400/- lesen, ic, atm card..nasib baik duit service keta dan yuran semester dah bayar, kalau tidak lagi la...

dah jauh ni payah nak balik selalu... cuti panjang jer baru boleh... one week after puasa nnti balik penang. he he panjang lak citer busu nih!

Kak Rose said...

intandayani, sori ya.... tp nnti balik rumah boleh lah menggodek.