Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 20, 2015

Nasi goreng daging


Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege 
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

8 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Rose..poberet kitaorg klu g mkn2 kat luar...suka order nasi goreng daging.Nanti leh try....

Nooriah Abdullah said...

best tu nasi goreng mudah dan cepat jugak lengkap kakrose..

Dilah Naim said...

nasi goreng daging, memang mampu bangkit selera..

Kak Rose said...

Atie, dah banyak kali akk rose buat ni... ade nasik lebih boleh buat ya.

Kak Rose said...

Noor, dah lengkap suma ada dalam tu...senang keja.

Kak Rose said...

Dilah, sesekali nak jugak kelainan...tp yg sebenarnya malas nak masak lauk2 tu.

Shamsiah Abdul Rahman said...

Masya'Allah.. ngences Kak Rose.
Mcm nak kena buat sahur ni.

Kak Rose said...

Sham, kalau nak buat untuk sahur pun ok... semua dah dam dalam tu... lengkap lauk n vege. hihi