Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 6, 2015

Petola masak lemak

 Salam hujung minggu buat kawan2 semua.... jalan2 geledah dapur CMG terjumpa pulak entry masak lemak ni... kebetulan ada pulak stok, cuma cendawan tu tidak lah kak rose ade, so pepandailah nak meng adjust, letak je apa yang ada dalam fridge.... so instead of cendawan kak rose gantikan dengan tauhu fucuk n soon... sedap sampai menghirup kuah.

resepi kak rose kopy dari dapur CMG, mekasih ya mat. x de ikan masin nak digandingakan dengan masak lemak ni, kak rose buat sambal ikan bilis tumbuk. sedap, bertambah2 nasik!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
1 paket cendawan (cendawam tiram pun ok) (kak rose x de ni)
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1400 ml santan cair
300 ml pati santan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa
(kak rose gantikan dengan 2 keping tauhu fucuk yg direndam lembut)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petola dikupas kulitnya, cuci dan kerat serong. Cendawan tiram kalau besar, dikerat dua, cuci dan toskan. Kalau guna cendawan macam dalam gambar tu, kerat pangkalnya dan leraikan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan petola dan kacau. Masak sekejap. Masukkan soo hoon (toskan) dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biar mendidih perlahan.
  3. Tambah cendawan, hirisan cili merah dan pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng.

4 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Ni kalau ada sambal gesek.. aduhaii..

Kak Rose said...

Sham, kak rose buat sambal ikan bilis tumbuk... tu yang buat nasik betambah2!

Saufa Sakinah@ hAda said...

terliurnya..kite dalam pantang lagi xleh nak makan

Saufa Sakinah@ hAda said...
This comment has been removed by the author.