Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari. semuga kawan2 semua sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya. dah 2 kali beli keledek nak buat che mek molek ni tapi asik tak kesampaian.... ari tu terbuang keledek yang kak rose beli bila dah tumbuh n jadi soggy. sayang jer kan dan sekali lagi keledek tu jadi kecut lembek pulak.... kali ni gigihkan diri buat jugak kuih ni untuk minum petang semalam... tak de susah mana nak buatnya, tapi bila vit m tu ade banyak dalam diri, satu apa pun tak jadi! dan bila tergoogle kat blog ita masam manis dengan step by step nak buat, lagi la mudah jadinya..
tapi kan kerja keras tangan kak rose tidak la akan sama macam kemasnya ita buat, tapi cukuplah untuk gembirakan hati sendiri yang che mek molek kak rose jadi dengan jayanya... kak rose copy resepinya ya ita, mekasih.
2 cawan keledek yang telah di rebus dan di lenyek halus
secubit garam
2 sudu besar tepung
Gula pasir secukupnya
minyak untuk menggoreng
Keledek yang kita dah lenyek tadi kita campurkan pula dengan sedikit
tepung gandum. Jangan banyak sangat.. tepung tu ya nanti dia liat
pulak.. Sebenarnya semuanya bergantung
pada keledek. Jika keledek kita lembik sangat lebihkan sikit tepung..
biar sampai ia boleh di bentuk. Gaulkan dengan tepung dan uli hingga
menjadi doh yang lembut dan mudah di kepal.
Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola pimpong. Anggaran berat setiap
setiap bulatan doh adalah 25 gm. Untuk adunan ini dapat anggaran 20
biji.
Kemudian leperkan... Letakkan 1 sudu gula di tengahnya dan kemudian tutup semula dan bentukkan membujur. Buat sampai habis.
Bila dah siap semua bolehlah kita menggoreng. Untuk menggoreng, panaskan
dahulu minyak dengan kepanasan yang sederhana sahaja. Bila minyak dah
panas bolehlah mengoreng hingga warnanya kuning keemasan. Angkat dan
toskan minyaknya...
heacen nya dapat menikmati kuih yang lama diidamkan ni... laju jer menyuap, tau2 piring dah kosong!
1 comment:
assalamualaikum Rosnah,
apa khabar kawan sekolah (STMI) 1972-76
semoga Ros sekeluarga sihat sejahtera
Post a Comment