Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, February 28, 2015

Lama tak menjala...

 rasanya lama sudah kak rose tak menjala... sejak berpindah ke Penang ni, masak pun dah malas sangat... apa lagi nak menjala. tapi bila dah tekak ni nak makan sangat, kena lah merajinkan diri mensaunakan muka kat dapo... dan ni lah kali pertama beli kelapa fresh kat sini.... mak ai, manyak tepelanjat bila harga kelapa parut adalah 9 hengget/kg! dulu kat shah alam selalu bli sekilo cuma 6 ringgit jer dan kelapa putih rm6.50/kg...agaknya nanti bulan April, kelapa ni kena 6% gst tak? kena masak yang bening2 jer kot untuk mengelakkan lemak bertambah2 nak menempek! jaga kesihatan, bak kata menteri tu kan!

so bila dah ade kelapa, moh la masak gulai kari dan digandingkan dengan roti jala idaman ni... tak ingat dah kelapa yang mahal dan lemak yang berebut2 nak menepek, yang penting dapat makan roti jala cicah kari ayam yang lemak kaw2 ni... resepi roti jala dari Ummi.

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur (kak rose bubuh 2 biji)
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose tambah warna hijau )

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

3 comments:

Nooriah Abdullah said...

kakrose!!!!!!!!!!!!!!!!
I pun sekali belum pernah menjala, cuaca tak menentu ni, dok teringat je kat anak2 mama teringin lah nak buat roti jala, tapi smpai skrg masih jugak dokkkkkkkkk ja lom pernah tebarrr

Kak Rose said...

Noor, x menebar tapi yang lain2 tu semua menggoda selera... terutama laksam tuuuuu!!!!

Cik Puan Rann said...

Sy pn dah lama x menjala. Dah lama tak buat roti jala kaler kaler cmtu..