Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, February 7, 2015

Lempeng nasi

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua. cepat sungguh masa berlalu kan.... rupanya dah sebulan lebih kak rose berada di penang ni... tapi bulan lepas memang asik berjalan jer dan lebih kurang tiga minggu tak de kat rumah ni. mengemas rumah pun kena hold dulu sbb asik berjalan jer apalagi masak2...memang tak terbuat la. dan kini rasanya dah settle down, mula lah opis kecik kak rose beroperasi semula. pagi ni ada rajin sket dan kebetulan ade lebihan nasik semalam, teringat pulak lempeng nasik CMG dan hana tu. kalau tidak, hari2 asik roti bakar jer!

 lempeng nasi posing atas koli... panas! panas!

 so gigih lah pagi hari menggodek buat lempeng nasik ni.... mekasih CMG dan Hana jugak, laju jer makan lempeng nasik cicah sambal tumis ikan bilis....meh kak rose kongsikan resepinya, cnp dari blog cikgu hana yang dah sunyi sepi tu... neng endi kue delek ndok?

Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
Cara-cara
  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.

4 comments:

trah zain said...

sedap ni buat breakfast ^_^

Kak Rose said...

trah zain, bolehlah cuba buat kalau suka...

iLwani Jusoh said...

akak guna apa ye supaya lempeng nasi ni bentuknya sama bulat n sama saiz je...? comelll hihii...

Kak Rose said...

iLwani, kak rose guna pan yg kecik tu, pas tu balikkan kat pan yg beso pulak.. senang n cepat keja!