Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 26, 2015

Mee hoon sup dengan bebola ayam

 setiap pagi selepas ber brisk walking kak rose akan duduk atas kerusi panas nano sambil bermalas2 membakar lemak2 yang banyak sangat nak bertepek kat badan tu.... sambil tu membelek tab dan masuk rumah maya kawan2... dan mata ni memang tak boleh nampak menu yang sedap2, terus saja nak merasanya! dan tadi bila ternampak mee hoon sup ni pun terus la nak membuatnya... tuan punya resepi guna daging dan bebola daging, kak rose dah derhakakan resepi tu....

resepi asal kat sini, mekasih kongsikan ya... tapi mohon ampun banyak2 sbb telah menderhakan resepi ni... instead of daging kak rose guna ayam n bebola ayam.

Bahan-bahan :
Meehoon - dicelur dan toskan
1/2 kg daging
1/2 kg bebola daging
Taugeh
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 sudu besar ketumbar* - semua bahan* dikisar
2 sudu besar rempah sup
4 sekawan
Air secukupnya
Garam secukupnya
Sambal kicap

Cara-cara :
Tumis semua bahan yang dikisar dan 4 sekawan hingga wangi.
Masukkan air serta daging.
Rebus daging sehingga empuk.
Masukkan bebola daging dan perasakan garam secukupnya.
Masukkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang hiris.
Masakkan hingga mendidih.
Hidangkan bersama meehoon celur serta bahan-bahan lain.
Sedia dihidang.

No comments: