Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 5, 2015

Ikan bilis goreng bawang+ciliapi

 lauk simple yang sangat sedap... dari dulu kini dan selamanya mmemang suka dengan lauk cam ni...  dan satu lagi kalau hiriskan cili hijau banyak2 dan taruk kicap, makan dengan nasik panas2 memang bertambah2 lah jawapnya.... dulu masakan emak yang macam ni lah kami selalu makan dengan racikkan cili hijau muda dan bawang besar goreng berkicap....wallaweiii.. terliur dibuatnya.... since ade stok ikan bilis yang banyak yang kak rose bli masa g KK ari tu, jadilah lauk simple dimple ni...

sejak pindah ke penang ni memang belum ada masa yang betul2 nak masak...asik berjalan kesana sini, dan sekarang ni barulah rasa nak settle down sket... harap tak de la encik asben kena travel lagi lepas ni so boleh la nak projek masak2 pulak... kesian rumah maya ni tak de resepi nak di buat entry kat sini...tapi ikan bilis goreng ni pun boleh la kan... mekasih Azie, kak rose kopi resepinya ya...

Ikan Bilis Goreng Bawang

Bahan bahan:
Segenggam ikan bilis 
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 biji cili padi

Cara cara:
Goreng ikan bilis sehingga garing. Masukkan bawang putih dan biarkan sehingga bawang putih kuning.

Masukkan pula bawang besar dan cili padi. Setelah bawang besar layu, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

4 comments:

Eiryz Eilyz said...

sedapnyaaa

Kak Rose said...

Eiryz Eilyz, yg simple ni la yang sedap kan!

MG schmidt said...

yg simple ni yg sedap bertambah nasi :)

Shelly said...

letak sos tiram