Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 10, 2015

Asam pedas ayam

ayam masak asam pedas yang terlupa masukkan tomato dalam tu... dah senduk nak amik gambo baru perasan yang gulai ayam ni togel jer... hishhhh, lantak la labuuuu....

Bahan Kisar
  • 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • 1 labu bawang besar
  • 4 bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan (kak rose x bubuh yg ni)
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk halus
  • 1 ekor ayam- di potong, bersihkan dan di toskan
  • segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar halba
  • 1 batang serai - diketuk
  • daun kesum - ikut suka banyaknya
  • 1 btng bunga kantan-saya tambah (kak rose x de!)
  • 1 biji tomato - di belah empat
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa . * masam, pekat atau cair kuahnya ikut selera masing2*
  4. Siap untuk di hidang dan dimakan

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Rose....sukernyaaa asam pedas tp kat rmh ni anak2 ngan HB tak minat lak pulak!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tak pernah buat lagi asam pedas ayam kak rose.. tengok tayangan kak rose macam sedap jer wlpn togel :)