Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, February 22, 2015

Terbeli la pulak....

 corak lama sebagaimana tuannya, suka yang lama2....

 Selamat pagi dan selamat berhujung minggu dengan cuti yang panjang. petang semalam baru balik dari KL, jalan ok jer tak de la heavy traffic, buat those yang heading ke KL memang dah mula sesak.... kenderaan banyak dan bila ada sedikit kemalangan memang lah bertambah teruk jemnya... pagi chinese new year masa on the way to KL, jem sepanjang highway heading to utara. nasib baik jer perjalanan kami pergi dan balik sangat selesa sebab kira against the flow of balik kampung....

  corelle ni kak rose bli masa g KL late last month tu, tapi kawan tu lambat hantar kat hotel tempat kak rose tinggal, so tak dapat la nak bawak balik hari tu jugak.... dan kali ni memang tak tunggu lagi lah.. walaupun bunga lama tapi kak rose suka dengan design hot dots ni... menambah koleksi country rose yang sedia ada dan masih elok berbungkus dalam kotak walau dah bertahun membelinya! so yang ni kena terus bukak dan guna, kalau tidak nanti tukang bayo tak nak belikan lagi...he he he.

 merasmikan my new collection.... minum petang semalam dengan buns dari Aeonbig.

masa pindah ke Penang ni, kak rose promised to my self that memang tak nak dah beli apa2 pinggan mangkuk sebab dapo yang comel kat sini memang tak de tempat nak simpan segala harta karun kak rose tu.... tapi kan.... tapi bila ternampak yang ni terus terbeli la pulak. tamak lak tu, amik sedozen terus! camno tu?

2 comments:

nasa mulia said...

Kak, Penang dekat dah ngan langkawi...pergi sana nanti mesti boleh borong lagi corelle.

nasa mulia said...
This comment has been removed by the author.