Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, February 25, 2015

Sambal kicap

 sambal kicap serbaguna.... memang serbaguna sungguh sebab makan segala kudapan pun nak cicah dengan sambal kicap. buat banyak2 dan simpan dalam fridge, bila nak mencicah sambal pun dah ready, tak lah everytime kena buat bila nak guna kan... tu untuk orang malas macam kak rose ler kan. makan segala cekodok atau apa2 gorengan memang nak kena cicah dengan sambal kicap ni.... orang johor kan.... puas dapat makan goreng pisang dengan sambal kicap!

resepi sambal kicap, kak rose amik dari tulip77, tapi pepandai la nak adjust ikut citarasa sendiri kan..

Bahan-bahan

  • 200g cili api hijau (kak rose guna sket jer, x tahan pedas!)
  • 1 botol kicap manis cap kipas udang
  • 2 labu bawang putih
  • 4 senduk minyak
  • 1/2 st garam
  • gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air (kak rose omit yg ni... guna kicap sepenuhnya)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak,goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yg sama, goreng cili api hingga masak. Peringatan : kuali mesti ditutup semasa goreng cili api sbb meletup2 semasa digoreng. Lepas 8-10minit atau hingga cili api tdk meletup lagi,boleh lah diangkat.
  3. Biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil bawang putih dan cili api yg telah digoreng tadi utk diblend. Masukkan juga garam,gula,kicap manis dan sedikit air.
  4. Rasa masin & manisnya,adjust mengikut kehendak masing2. Air perlu diagak2 jgn terlalu byk jika tidak sambal kicap jadi terlalu cair.
  5. Disimpan di dalam balang kaca di dalam peti sejuk utk tahan lebih lama. Sedap makan dengan pisang atau keledek goreng dan juga soto.

1 comment:

Unknown said...

sambal kicap makan dengan apa pun sedpapp je kakrose tambahan dgn cucoq pisang niiii