Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, February 15, 2015

Sup bebola ayam

 hari tu ade ternampak kat satu blog ni pasal sup bebola ikan... dan mata dan tekak jahat ni pun bersatu menggoda soh kak rose masak ni, tapi yang sebenarnya diri sendiri nak makan la tu kan! apa pun kiv dulu sampailah ada masa g bli bebola ni.... ku sangkakan bebola ikan, tapi tupanya terambil yang ayam pulak dah.... padahal kat rumah dah ade sepeket bebola ayam dan bebola daging. so instead of sup bebola ikan sudah jadi bebola ayam la pulak.... apa pun habis jugak masuk perut, siap meratah menghirup supnya.....

 resepi dari sini tapi dah bertukar main ingredients.... jangan marah na tuan punya resepi....
 
bahan-bahan:
20 biji bebola ikan(saiz kecil) (kak rose guna bebola ayam)
1/2 batang carrot(potong ikut suka)
celery - yg ni kak rose tambah
1/2 kiub pati ayam maggie
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*   }ditumbuk
1 inci halia*
secubit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
900ml air
daun sup/daun bawang,bawang goreng
 
cara-cara:
1)tumis bahan tumbuk hingga naik bau..kemudian masukkan kiub pati ayam..kacau hingga kiub hancur
2)masukkan air dan carrot..biar hingga mendidih dan carrot lembut
3)masukkan bebola ikan, celery, serbuk lada sulah dan garam..biar sebentar.
4)last tabur dengan daun sup/daun bawang,bawang goreng..siap tuk dihidang

2 comments:

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum kakrose, colourfull lah sup tu bagi oran gtertarik nak makan tu

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Noor... cantik dimata dan makan pun asik nak menambah jer!