Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 13, 2015

Ayam paprik

 lauk n sayur at one go.... semua keja nak senang dan cepat jer dapat ngapnya. gandingkan dengan telo goreng bermayonis + nasi panas2.... makan pun bertambah2! apa pun sendiri mau ingat la, kena tambah masa morning walk tu.... tapi bila satu jam ber brisk walk, kaki pun rasa dah tak nak melangkah lagi. camner tu?

resepi ayam paprik kak rose kongsikan kat sini ya...

Bahan-bahan

  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
  • bunga kobis/carrot/tomato/celery - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan (x letak sbb I dont like the smell!)
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Emmmmm dapnyaaaaa :)

Kak Rose said...

Emmm dapnya... bertambah2 nasik, Yati.

kehidupan sihat said...

nana pun kalau agak-agak kurang rajin nak masak banyak2,ni la menu mudah ..hihihi

salam perkenalan kak & jemput ke blog nana