Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, February 11, 2015

Congo bars

 selalu tengok jer, takut jugak kalau buat nanti kak rose sorang jer kena perabis menda ni... tapi bila semalam ternampak kat blog koleksi1001resepi, teringin pulak nak mencuba... so for the trial kak rose buat separuh dari adunan tu, Alhamdullilah, tukang rasa kat rumah ni suka pulak dengan menda ni dan kak rose pun tumpang sekaki.... nasib baik dah kurangkan gula tu, so sedang elok la manisnya ditekak kami. mekasih kkida kongsikan resepinya.... mintak izin nak tepek kat sini pulak ya.



 bahan2nya:

2 cawan gula perang (untuk 1/2 adunan kak rose guna 3/4 cup brown sugar)
2/3 cawan mentega masin

pukul kedua bahan atas hingga berkrim

3 biji telur ukuran besar, pukul sedikit, tuang perlahan dan kacau rata dengan butter dan gula tadi...kemudian masukkan 1 sudu teh vanilla esen...gaul rata

2 1/2 cawan tepung
2 1/4 tsp baking powder
1/2 tsp garam

gaul rata bahan diatas dan masukkan ke dalam adunan tadi...masukkan 2 cawan chocolate chips
gaul sebati...ratakan doh ke dalam dulang bakar yang telah digris...bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak...bahagian tengah kek biar tak masak sepenuhnya...lembut gitu...:)

kkida bakar lebih 30 minit sbb nak tengahnya masak betul...anda boleh tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tak terlalu perang...selamat mencuba...

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya kak rose.. macam saya juga kak rose.. kalau mencuba suka buat 1/2 adunan jer.. takut tak jadi :)

kehidupan sihat said...

fav nana ni..tapi tak pernah buat sendiri.biasa adik buatkan sebab dia belajar kulinari di uitm :)
hihi..amik kesempatan sangat kan

salam perkenalan & jemput ke blog nana